Sunday, March 27, 2011

AKTIVITI

Silat gayung mlm ini 25/3 diUiTM Segamat
Malam Pahlawan Gayung di UiTM Segamat
PM di Kluang dgn rakyat/UMNO/MCA/MIC
Dgn anak2 muda yg setia bersama BN 26/3
Di Kluang..Belajar di SM Sains 1979-83
PM di SM Chung Hwa ptg ini 26/3
Masyarakat Cina Kluang dengar ucapan PM
Rekod: rasmi 5 Mesy PIBG sepagi hari ini
2 anak peneroka, KSU KPT & TKSU JPM

Saturday, March 26, 2011

MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM


BUKU PM TENTANG PERKHIDMATAN AWAM
MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM DI PICC 22/3
YAB PM MERASMIKAN MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM

Wednesday, March 23, 2011

MUKA BARU PBB CONTOH TRANSFORMASI POLITIK YANG BAIK - AHMAD MASLAN

KONTRAKTOR KELAS F PERLU PELBAGAIKAN PERNIAGAAN - AHMAD MASLAN

Pengundi Tidak Akan Perjudi Nasib Mereka Ke Tangan Pakatan Caca Merba

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan percaya rakyat khususnya pengundi di Sarawak tidak akan memperjudikan nasib mereka di tangan pakatan pembangkang yang semakin cacamerba.

Selain pimpinan tinggi mereka yang tidak habis-habis bermasalah kata beliau pertelingkahan di kalangan pakatan pembangkang termasuk yang berlaku di Sarawak juga menjadi faktor penilaian penting pengundi di negeri itu.

“Isu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tiada kesepakatan selain percanggahan pendapat antara Pas dengan DAP membuktikan pakatan pembangkang kelam-kabut.

“Sementara pakatan pembangkang semakin caca merba, pelaksanaan perubahan dan transformasi BN Sarawak untuk mengetengahkan ramai muka baru pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kini berjaya membuktikan pembaharuan dan meningkatkan keyakinan rakyat kepada BN”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Tegas beliau lagi rakyat tidak akan beroleh untung dari pakatan yang caca merba yang sebenarnya hanya mahu mendapatkan undi untuk berkuasa.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata kesepakatan, perubahan dan transformasi untuk penampilan pemimpin pelapis yang dilaksanakan oleh BN Sarawak dan komponen-komponennya akan membawa kemenangan besar.

“Rakyat tentunya menerima dan menyakini transformasi ini dan masa depan akan lebih cerah untuk menikmati pembaharuan dan kemajuan,” katanya.

Beliau berharap semua jentera BN yang sudah pun mengikuti kursus parti, dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka untuk bekerja kuat dan memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak.

“Jabatan Penerangan UMNO akan bekerjasama dengan Penerangan BN Sarawak dan semua jentera penerangan komponen BN di sana untuk berkempen memenangi pilihan raya itu”, ujarnya.

Wednesday, March 16, 2011

Anwar Jangan Berselindung Lagi, Rakyat Sudah Meluat – Ahmad

KUALA LUMPUR, 16 Mac – “Orang ramai, rakyat dan banyak NGO sekarang bangkit, berdemonstrasi minta Anwar serah DNA kerana sudah meluat melihat kes ini dan gelagat Anwar”, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Justeru tegasnya Anwar tidak perlu lagi berselindung dengan isu DNA ini sebaliknya berpegang kepada prinsip ‘berani kerana benar, takut kerana salah’.

“Tidak ada sebab untuk beliau tidak memberikan sample DNAnya, dan apabila pendakwa meminta mahkamah minta Anwar memberikan samplenya, tidak ada sebab untuk beliau mengelakkannya.

“Yang berlaku di bawah itu (demostrasi rakyat mendesak Anwar memberikan sample DNAnya) adalah reaksi spontan daripada rakyat yang sudah meluat melihat kes ini, meluat melihat gelagat Anwar Ibrahim yang bersembunyi di sebalik tabir perundangan yang begitu dan menuduh konon ada konspirasi”, katanya kepada UMNO-Online di sini,

Pada masa yang sama kata beliau lagi orang yang di sekeliling Anwar turun-naik mahkamah suatu masa dahulu kini tidak lagi bersama untuk membelanya.

“Malah orang-orang yang pernah menjadi orang kuatnya satu ketika dulu kini bersama-sama berdemonstrasi menuntut Anwar memberi DNA. Mereka juga sudah meluat.

“Anwar jangan fikir keadilan untuk dia sahaja, tetapi fikirkan juga keadilan untuk Saiful dan orang-orang lain. Jangan dia fikir dia orang besar maka keadilan untuk dia, orang kecil juga perlukan keadilan. Dalam kes ini, keadilan juga harus diberikan kepada Saiful”, katanya.

Secara sinis, beliau mencadangkan kepada Anwar, “kalaulah dia marah sangat kerana didesak memberikan DNA, dia boleh meludah sahaja, kerana DNA ini bukan hanya pada air mani, malah rambut, air ludah juga merupakan sample DNA yang boleh dikira pakai”. -MediaUMNO

Tuesday, March 15, 2011

Permaisuri Agong, PM terima anugerah tertinggi pengakap

PUTRAJAYA 15 Mac – Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dianugerahkan Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah itu sempena Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat PPM peringkat kebangsaan di Istana Melawati di sini, hari ini.

Bintang Semangat Padi adalah anugerah tertinggi PPM yang disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang dan penerima yang layak hanya daripada kalangan pemimpin negeri dan negara.

Pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong turut dimahsyurkan selaku Pesuruhjaya Pengakap Negara Kehormat manakala Perdana Menteri diisytihar sebagai Presiden Agung Pengakap Malaysia.

Turut hadir Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.

Seramai 130 orang dikurniakan bintang dan pingat hari ini iaitu Bintang Pahlawan, Bintang Semangat Padi Perak, Bintang Semangat Rimba Emas, Bintang Semangat Rimba Perak, Bintang Semangat Rimba Perak (Kehormat) serta pingat perkhidmatan Gemilang dan pingat perkhidmatan Cemerlang.

Ia dikurniakan sebagai pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin pengakap yang telah berjasa kepada bangsa dan negara selaras dengan komitmen terhadap PPM.

Anugerah khas Bintang Pahlawan iaitu anugerah tertinggi yang diberi kepada pemimpin dan anggota-anggota pengakap yang telah memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya diterima Pengakap Remaja Sekolah Menengah Kapar Indah iaitu Muhammad Syazwan Zakaria.

Sementara itu, antara penerima Bintang Semangat Padi Perak iaitu anugerah kedua tertinggi PPM adalah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Noriah Kasnon adalah antara penerima Bintang Semangat Rimba Perak iaitu anugerah yang disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti terpuji kepada pergerakan Pengakap. - Bernama

Friday, March 11, 2011

Petang ini saya di lantik menjadi penasihat Persatuan Peniaga Kecil Negeri Selangor dan Kuala Lumpur