Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan kepada semua, ikhlas dari saya...

Salam Ramadhan kepada semua, ikhlas dari saya...

Umno still open to talks with PAS on Muslim unity - Ahmad Maslan Read more: Umno still open to talks with PAS on Muslim unity - Ahmad Maslan


SHAH ALAM: Umno Information Chief Datuk Ahmad Maslan has said that Umno was still open to having talks with PAS to unite the Muslims and Malays in the country, especially with the advent of the Ramadan fasting month next week.

"Although the offer was turned down before, Umno has not closed the door to
talks with PAS, more so now with the advent of Ramadan," he told reporters last
night.


Ahmad, who is a deputy minister in the Prime Minister's Department, had
earlier closed a forum organised by the Kota Raja Umno Division, here.

Anak edar borang tipu peneroka - Ahmad Maslan


HULU SELANGOR 30 Julai - Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) yang diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman disifatkan sebagai penipu kerana giat mengedarkan borang kononnya untuk membolehkan pihak tertentu memperolehi tanah milik Felda Plantation apabila pembangkang berkuasa kelak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penipuan itu jelas tidak berasas kerana Felda Plantation hakikatnya tidak mempunyai tanah walau seekar sekali pun.

Jelasnya, tanah yang dimaksudkan adalah milik Felda secara keseluruhan dan Felda Plantation hanyalah syarikat yang dilantik bagi menguruskan ladang di atas tanah tersebut.

"Perkara pertama yang mereka sebut iaitu tanah itu milik Felda Plantation sudah tidak betul. Memang mereka ini penipu besar kerana syarikat itu tiada tanah walau seekar.

"Kalau Felda Plantation dibubar sekali pun, tanah itu tetap milik Felda. Jika diberi kepada 1.6 juta anak peneroka Felda yang ada sekarang, mereka cuma akan terima kira-kira seekar (0.4 hektar) seorang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Peneroka Peringkat Negeri Selangor di Felda Sungai Tengi di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail; Presiden Persatuan Peneroka Felda Malaysia (PPFM), Saad Latib serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar.

Tidak sekadar mengedarkan borang kepada anak-anak peneroka, Anak turut menyerahkan borang tersebut kepada kakitangan dan pegawai Felda berpendapatan rendah serta bekas tentera.

Lebih menyulitkan katanya, 100,000 hektar daripada 340,000 hektar tanah dimaksudkan itu berada di Sabah.

"Adakah logik untuk orang Semenanjung diberikan tanah di Sabah? Tambahan pula ia tidak termaktub dalam Akta Tanah Berkelompok (GSA 1960) yang membolehkannya dijual atau digadai.

"Jadi saya percaya, kalau anda dapat tanah seekar hari ini, mungkin esok dah jual. Lebih-lebih lagi tanah-tanah ladang itu berada di ceruk-ceruk pedalaman," ujarnya.

Disebabkan semua faktor itu katanya, kerajaan tidak bercadang untuk mengagih-agihkan tanah tersebut kepada peneroka kerana faedahnya terlalu sedikit untuk dinikmati.

"Adalah lebih baik hasilnya dikumpul oleh kerajaan dan diserahkan kembali kepada peneroka seperti yang dilakukan sekarang. Hasil Felda Plantation kini mencecah sehingga RM1 bilion setahun.

"Bajet Felda tahun ini sahaja RM1.6 bilion. Duit bajet ini bukan datang dari Kerajaan Persekutuan, sebaliknya perlu dicari sendiri kerana kita telah diberikan tanah. Sebab itu kita kena beringat," katanya.

JAWAPAN KEPADA SOALAN NO: 19 (15 JUN 2011)

JAWAPAN KEPADA SOALAN NO: 19 (15 JUN 2011)

Pentadbir

Saturday, July 30, 2011

JAWAPAN KEPADA SOALAN NO: 113 (13 MEI 2011)

JAWAPAN KEPADA SOALAN NO: 113 (13 MEI 2011)



Rasmi Konsert Ana for Gaza, di stadium terbuka Kajang, libatkan Rabbani, Saujana, Nowseeheart, Inteam, Aisyah, Dr Ibrahim (penyajak),

Ana for Gaza bersama Aishah, Rabbani, Inteam, Nowseeheart, Dato Ghafar, Dato Norbaayah
Rasmikan Ana for Gaza di Stadium Kajang Sabtu
Bersama sdra Lukman CEO Ana Edar yg menaja..kutipan derma rm17k mlm itu..
Antara produk yg dipamer 3 hari Ana for Gaza..usaha kutip derma utk bantu perjuangan rakyat Palestin

Mlm ini saya rasmikan Konsert Ana for Gaza, di stadium terbuka Kajang, libatkan Rabbani, Saujana, Nowseeheart, Inteam, Aisyah, Dr Ibrahim (penyajak), Dato Siti Norbahyah (penceramah)..penuh stadium..ramai..suasana syahdu & kumpulan rakyat ini merentas parti politik, bersatu untuk suci perjuangan Palestin.

Peneroka Felda diminta rujuk jawatankuasa timbang tara

Peneroka Felda diminta rujuk jawatankuasa timbang tara

30/07/2011 7:36pm

HULU SELANGOR 30 Julai — Peneroka Felda diminta merujuk kepada jawatankuasa timbang tara bagi mengatasi sebarang masalah dengan agensi itu dan bukan membawanya ke mahkamah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan itu juga selaras dengan Akta Penempatan Berkelompok 1960 yang memperuntukkan peneroka menyelesaikan pertikaian dengan Felda menerusi timbang tara.

"Jawatankuasa berkenaan sudah lama wujud tetapi kerana ia tidak dihebahkan secara berkala, ramai yang lupa atau tidak tahu mengenainya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Selangor, di sini hari ini.

Katanya, jawatankuasa itu yang dipengerusikannya akan mencari penyelesaian terbaik bagi menghasilkan situasi menang-menang antara peneroka dan Felda.

Beliau juga berkata, peneroka berdepan kerugian jika membawa kes ke mahkamah seperti yang berlaku kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 di Kelantan, yang hanya menerima antara RM9,000 dan RM11,500, berbanding RM17,000 dan RM23,000 yang dibayar Felda jika tuntutan dibuat menerusi timbang tara.

Konvoi Berbasikal di Felda Sg. Tengi

Suatu yg menarik berbasikal dgn GWGF & peneroka
Berbasikal di Felda Sg Tengi sempena hari Peneroka di Hulu Sngor, prgm GWGF
Menerima kenyataan sokongan warga Felda Sngor
Antara yg hadir di Dwn Felda Sg Tengi
Dialog dgn GWGF wakili Felda Gugusan Sg Dusun
Hadiah utk veteran sumbangan TS Rozali GWGF

Majlis Kemuncak Seminar Gagasan 1Malaysia Anjuran BTN di Putrajaya


Majlis Kemuncak Seminar Gagasan 1Malaysia Anjuran BTN di Putrajaya

120 rumah miskin dibaik pulih sebelum raya


PONTIAN 27 Julai - Sebanyak 120 buah rumah di Parlimen Pontian akan dibaik pulih melalui Program Baik Pulih Rumah Rakyat Parlimen Pontian 2011 membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM500,000.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, program baik pulih rumah tersebut dibiayai oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan kesemua rumah terlibat adalah milik golongan miskin tegas dan miskin yang akan dibaikpulih dengan kos sebanyak RM4,000 bagi setiap rumah.

''Kita tidak melantik mana-mana kontraktor untuk program ini sebaliknya kerja-kerja baik pulih rumah ini akan dijalankan secara gotong-royong bersama penduduk kampung.

''Dijangka kesemua rumah yang terpilih akan siap dibaik pulih selewat-lewatnya sebelum penghujung bulan Ramadan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Program Baik Pulih Rumah Rakyat Parlimen Pontian 2011 dan Program Kelab Media Johor Masuk Kampung di sini, semalam.

Turut hadir adalah Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon dan Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak.

Menurut Ahmad, program seumpama itu diharap dapat membantu masyarakat kurang berkemampuan untuk memiliki rumah yang lebih selesa selain bermatlamat untuk membasmi golongan miskin tegar di parlimen tersebut.

Sementara itu, Muji berkata, berdasarkan program pembasmian kemiskinan, e-Kasih, daerah Pontian mencatatkan seramai lima keluarga miskin tegar, 421 keluarga miskin dan 587 keluarga mudah miskin.

Katanya, daripada jumlah tersebut Parlimen Pontian pula mempunyai tiga keluarga miskin tegar, 236 keluarga miskin dan 345 keluarga mudah miskin.

Siri Kedua Seminar Gagasan 1Malaysia Selepas Aidilfitri - Ahmad Maslan

Interview malaysiandigest.com



Thursday, July 28, 2011

FELDA sedia peruntukan RM15.77 juta sempena Ramadan

KUALA LUMPUR: FELDA memperuntukkan RM15.77 juta untuk pelbagai aktiviti sempena Ramadan dengan jumlah terbesar sebanyak RM12.3 juta bagi membaik pulih infrastruktur di 246 sekolah agama di tanah rancangan itu di seluruh negara.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata peruntukan itu diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang bertanggungjawab mengenai FELDA.
"Ini termasuk peruntukan sebanyak RM2.6 juta untuk 260 masjid dengan masing-masing menerima RM10,000 bagi menjalankan program sempena Ramadan," katanya semasa melancarkan program Pra Ramadan FELDA di sini, hari ini.Tahun lalu, setiap masjid hanya diperuntukkan RM3,000 untuk program sempena Ramadan.

Di bawah peruntukan itu, sebanyak RM540,000 dikhaskan untuk 54 kawasan Parlimen yang terletak di kawasan FELDA mengadakan program Ihya Ramadan dan RM330,000 pula untuk program kerohanian dan kemasyarakatan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, program gotong-royong dan majlis meraikan bakal haji warga FELDA di setiap wilayah.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan peruntukan RM2.6 juta kepada wakil masjid dari setiap wilayah FELDA.

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM12.3 juta kepada 246 sekolah agama akan disampaikan sendiri oleh Najib kepada wakil sekolah agama tersebut di FELDA Air Tawar 2, Kota Tinggi Johor pada 14 Ogos ini. - BERNAMA

Poster Barangan Subsidi Untuk Rakyat

UMNO Tidak Pernah Tutup Pintu Rundingan Kerjasama Dengan Pas


SHAH ALAM, 28 Julai – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata parti itu masih berharap Pas dapat bekerjasama dengan UMNO bagi menyatupadukan umat Islam dan Melayu di negara ini terutamanya dengan ketibaan bulan Ramadan pada minggu hadapan.

“Walaupun tangan yang dihulurkan oleh UMNO tidak disambut sebelum ini tetapi UMNO tidak pernah menutup pintu rundingan kepada Pas apatah lagi sempena bulanRamadan,” katanya selepas menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran UMNO Bahagian Kota Raja di sini malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berkata kesanggupan UMNO untuk bekerjasama dengan Pas bukanlah kerana UMNO berada dalam keadaan terdesak tetapi untuk masa hadapan umat Islam terutamanya dalam soal sosio-ekonomi.

“Lagipun, sejak Pas menukar haluan perjuangannya daripada memperjuangkan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan, akan memudahkan lagi kerjasama kedua-dua parti memandangkan UMNO telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan ini,” katanya.

Kata beliau lagi penduduk bukan Melayu tidak perlu bimbang jika orang Melayu dalam UMNO dan Pas bersatu kerana orang Melayu akan kurang berpolitik dan lebih menumpukan perhatian untuk membangunkan tahap sosio ekonomi mereka.

Felda terima RM15.77 juta


KUALA LUMPUR 27 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan sebanyak RM15.77 juta untuk penganjuran pelbagai program keagamaan di tanah rancangan Felda di seluruh negara sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah itu merangkumi peruntukan sebanyak RM10,000 kepada 260 buah masjid di seluruh tanah rancangan Felda.

Menurutnya, sumbangan tersebut adalah untuk program-program Ramadan di masjid seperti tadarus, majlis khatam al-Quran, dan sebagainya.

‘‘Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding tahun lepas iaitu hanya RM3,000 diberikan kepada setiap masjid,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pra Ramadan Felda di sini hari ini.

Menurut Ahmad, peruntukan sebanyak RM540,000 pula diberikan kepada 54 kawasan Parlimen Felda yang melibatkan wakil rakyat kerajaan bagi program-program Ramadan yang dikendalikan bersama Unit Seranta Felda dan Jabatan Perdana Menteri

“Selain itu, peruntukan sebanyak RM330,000 akan diberikan bagi menampung program kerohanian dan kemasyarakatan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri dan majlis meraikan bakal-bakal haji warga Felda.

“Selebihnya, iaitu RM12.3 juta akan diberikan kepada 246 buah sekolah agama, yang mana masing-masing akan terima RM50,000.

“Ia bertujuan menambah baik infrastruktur sekolah seperti bangunan, bilik darjah, bilik air, peralatan sekolah dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, peruntukan sebanyak RM12.3 juta itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri sendiri pada 14 Ogos ini di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.

“Ini merupakan pemberian terbesar pada tahun ini dan ia juga diberikan bersempena dengan bulan Ramadan.

“Diharapkan dengan peruntukan ini, warga Felda dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa lebih-lebih lagi dengan kehadiran Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya.

120 rumah miskin dibaik pulih sebelum raya

PONTIAN 27 Julai - Sebanyak 120 buah rumah di Parlimen Pontian akan dibaik pulih melalui Program Baik Pulih Rumah Rakyat Parlimen Pontian 2011 membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM500,000.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, program baik pulih rumah tersebut dibiayai oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan kesemua rumah terlibat adalah milik golongan miskin tegas dan miskin yang akan dibaikpulih dengan kos sebanyak RM4,000 bagi setiap rumah.

''Kita tidak melantik mana-mana kontraktor untuk program ini sebaliknya kerja-kerja baik pulih rumah ini akan dijalankan secara gotong-royong bersama penduduk kampung.

''Dijangka kesemua rumah yang terpilih akan siap dibaik pulih selewat-lewatnya sebelum penghujung bulan Ramadan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Program Baik Pulih Rumah Rakyat Parlimen Pontian 2011 dan Program Kelab Media Johor Masuk Kampung di sini, semalam.

Turut hadir adalah Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon dan Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak.

Menurut Ahmad, program seumpama itu diharap dapat membantu masyarakat kurang berkemampuan untuk memiliki rumah yang lebih selesa selain bermatlamat untuk membasmi golongan miskin tegar di parlimen tersebut.

Sementara itu, Muji berkata, berdasarkan program pembasmian kemiskinan, e-Kasih, daerah Pontian mencatatkan seramai lima keluarga miskin tegar, 421 keluarga miskin dan 587 keluarga mudah miskin.

Katanya, daripada jumlah tersebut Parlimen Pontian pula mempunyai tiga keluarga miskin tegar, 236 keluarga miskin dan 345 keluarga mudah miskin.

1Malaysia untuk kemajuan negara

KHAIRY Jamaluddin dan Ahmad Maslan serta para tetamu yang hadir menunjukkan semangat '1MALAYSIA' ketika hadir pada Seminar Gagasan 1 MALAYSIA di Dewan Sri Rembau, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, semalam.

REMBAU 27 Julai - Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja bertujuan memantapkan lagi perpaduan antara kaum di negara ini tetapi juga untuk membawa negara ke tahap kemajuan yang lebih kukuh.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menjelaskan, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat seperti yang dilakukan oleh negara-negara maju lain.

''Ini adalah satu cara kita perlu bersama, bukan untuk berlawan sesama sendiri. Lawan sebenar kita bukan di sini tetapi negara luar seperti England, Korea dan China.

''Kita lawan mereka dengan cara berdagang dan memberikan perkhidmatan yang terbaik hingga berjaya mengangkat Malaysia sebagai negara maju bersandarkan konsep gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Gagasan 1Malaysia di Dewan Seri Rembau di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, maksud gagasan 1Malaysia akan diperjelaskan oleh Biro Tatanegara (BTN) menerusi seminar di seluruh negara yang kini giat dijalankan secara berfasa.

''Fasa pertama meliputi 320 seminar gagasan 1Malaysia yang akan dihadiri lebih 70,000 peserta dari pelbagai peringkat.

''Ini bukannya sesi 'brain wash', penjelasan itu memang salah satu tugas mereka," katanya.

Tuesday, July 26, 2011

Majlis Penerangan Perdana Bersama YAB Perdana Menteri

Kuala lumpur 10 JULAI 2011 - Majlis Penerangan Perdana bersama YAB PM, YAB TPM dan ahli MT UMNO di Dewan Merdeka PWTC pagi 10 Julai anjuran Penerangan UMNO Malaysia dihadiri lebih 6 ribu pimpinan UMNO, 70 NGOs, wakil agensi, swasta, GLCs, belia, veteran, yayasan, koperasi, dunia persilatan, kumpulan ayahanda dan org perseorangan..demi alif ba ta..agama bangsa & tanahair..Hari bersejarah untuk perjuangan orang Melayu selepas peristiwa hitam Bersih yang kotor pada 9 Julai..Hidup UMNO..Hidup BN..1Malaysia



Ketibaan PM & TPM dlm majlis yg bersejarah 10/7
YAB PM menyampaikan amanat yg cukup hebat

Kain rentang sokongan kpd PM, TPM & kerajaan BN
Saya sedang berucap..memulakan majlis dgn semangat yg disambut baik oleh hadirin..syukur
Lautan manusia yg membanjiri Dewan Merdeka tadi
Pimpinan tertinggi UMNO bersama pimpinan NGOs dll
Anak sulung saya Umar & anak ke 3 Luqman turut hadir sama..latihan awal utk mereka fahami UMNO

4 lagi gelanggang futsal akan dibina di Pontian


PONTIAN 18 Julai - Sebanyak empat lagi gelanggang futsal akan dibina di kawasan Parlimen Pontian melibatkan kos keseluruhan hampir RM1 juta tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, gelanggang tersebut bagi memberi kemudahan kepada golongan belia untuk bersukan dan beriadah terutama di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, pihaknya akan mengenal pasti segera lokasi atau tempat yang sesuai bagi tujuan pembinaan gelanggang futsal tersebut.

''Menyedari minat terhadap permainan tersebut, kerajaan bercadang menambah jumlah gelanggang termasuk bagi Parlimen Pontian.

''Walaupun ia akan dibina Kementerian Belia dan Sukan (KBS) namun, penjagaannya diserahkan kepada pihak tertentu bagi memastikan kemudahan sentiasa terjaga termasuk bayaran bekalan elektrik dan air," katanya pada majlis penutup dan penyampaian hadiah pertandingan Futsal 1Belia 1Malaysia di sini malam tadi.

Program anjuran Gerakan Belia 4B Parlimen Pontian di Kampung Permatang Sepam, Benut itu turut dihadiri Pengerusinya, Sumali Reduan; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, Muzaizi Muhammad dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Nasrihat Turiman.

Sebanyak 72 pasukan termasuk enam pasukan wanita mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Kategori lelaki dijuarai Tok Bulat FC, diikuti Sepam Prasarana B dan ketiga, Galatica FC manakala kategori wanita dimenangi oleh De Zealous, tempat kedua, Lunati dan ketiga, Sepam Hunted.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menambah, penyertaan menggalakkan yang diterima menunjukkan permainan tersebut mendapat sambutan.

Sehubungan itu, beliau berharap penambahan gelanggang futsal kelak mampu meningkatkan lagi minat bersukan di kalangan belia sekali gus melahirkan generasi yang sihat dan cergas.