Tuesday, July 26, 2011

Konvensyen BN Terengganu Garis 13 Resolusi Kukuh Parti





KUALA TERENGGANU 24 Julai - Konvensyen Barisan Nasional (BN) Terengganu 2011 yang berakhir semalam menggariskan 13 resolusi bagi memperkukuhkan parti, selain memenangi hati rakyat agar terus menyokong BN.

Resolusi itu juga dirumuskan sebagai intipati utama yang perlu dijadikan asas serta tunjang bagi merangka gerakan dan gagasan ke arah pemerkasaan BN menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Antara yang terkandung dalam resolusi 13 perkara itu:

* Menginsafi agar perpaduan dalam BN tidak luntur dan terhakis.

* Menyedari kepimpinan dinamik menjadi tunjang kekuatan parti.

* Menginsafi kemantapan kepimpinan sebagai pasak kepada keutuhan parti.

* Menginsafi semangat kesetiaan menjadi tugu keutuhan parti.

* Memahami hakikat pembentukan modal insan menjadi teras pembinaan negara pada masa depan.

* Menyedari keperluan dalam pasaran pekerjaan semasa yang menjurus kepada kemahiran.

Butiran resolusi tersebut dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sidang Pleno, Kertas Kerja dan Dokumentasi, Zubir Embong.

Beliau kemudian menyerahkannya kepada Ketua Penerangan BN negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman untuk disampaikan kepada Menteri Besar yang juga Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Majlis penutupan konvensyen dua hari bermula kelmarin disempurnakan oleh Ketua Penerangan BN merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di Primula Beach Resorts di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment