Wednesday, August 31, 2011

Salam Lebaran.. Salam Kemerdekaan.. Maaf Zahir Batin


Salam Lebaran,,, Salam Kemerdekaan.. Maaf Zahir Batin..

Program Ramadhan di Kuching, Sarawak



 
Beri bantuan kpd anak2 yatim dgn Tan Sri Adenan
 Antara team BTN Sarawak
 Dgn wartawan pelbagai media sarawak



Lawat kws Yayasan Swak dgn TS Adenan Pengerusi Yayasan & dgn Roslan, Yunus Pengarah & Timb BTN
 Dgn Tan Sri Adenan Satem Menteri Tugas2 Khas Swak
Sidang media ttg Tabung Somalia anjuran BTN Swak

Tuesday, August 30, 2011

Tabung Somalia BTN Sarawak kutip RM29,000


Tabung Somalia BTN Sarawak kutip RM29,000

AHMAD Maslan (tengah) memasukkan kutipan wang sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Somalia sambil diperhatikan oleh Abang Khalid Abang Marzuki (tiga dari kanan) di Kuching, Sarawak, semalam.


KUCHING 27 Ogos - Tabung Somalia Biro Tata Negara (BTN) negeri mendapat sambutan hangat apabila berjaya mengutip RM29,000 hanya dalam masa sejam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah tersebut dijangka terus meningkat kerana yakin dengan kemurahan hati penduduk di negeri itu.
"Pelancaran tabung ini inisiatif pihak BTN negeri bagi menyokong usaha Malaysian Relief Agency (MRA) dan Kumpulan Utusan mengumpulkan dana untuk rakyat Somalia.
"Kita harap lebih ramai pihak akan tampil untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu mereka yang diancam kebuluran," katanya ketika ditemui selepas melancarkan tabung tersebut di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah BTN negeri, Roslan Baharuddin.
Antara penyumbang awal Pengerusi Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) negeri, Datuk Abang Khalid Abang Marzuki; usahawan syarikat-syarikat swasta serta kakitangan BTN.

Tidak banyak pembangunan di Kedah


ALOR SETAR 25 Ogos - Rakyat Kedah tidak perlu beri peluang kedua kepada pentadbiran kerajaan negeri semasa, memandangkan mereka dilihat tidak mampu melaksanakan amanah mentadbir negeri dengan baik, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh menerajui Kedah sejak tiga tahun lepas, rakyat Kedah tidak melihat sebarang usaha daripada kerajaan negeri yang diterajui Pas itu, untuk membangunkan prasarana dan pembangunan rakyat Kedah yang diharapkan.
Katanya, program-program pembangunan dan juga prasarana yang dinikmati rakyat Kedah ketika ini rata-rata merupakan hasil daya usaha Kerajaan Pusat yang berhasrat membawa kesejahteraan kepada rakyat.
"Kita tidak nampak sebarang perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Mereka tidak mencari pelaburan luar untuk dibawa masuk ke Kedah demi kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita pada satu persidangan media di Pokok Sena dekat sini semalam.
Menurutnya, kerajaan negeri perlu peka mencari peluang pelaburan di negara luar untuk dibawa masuk ke Kedah bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan sumber pendapatan negeri sendiri dan sekaligus generasi muda ini dapat membangunkan negeri sendiri agar lebih maju.
Terdahulu Ahmad Maslah turun padang melawat tiga veteran UMNO yang terlantar sakit dan menyampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada 80 anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.
Turut serta Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena Datuk Ahmad Lebai Sudin dan Skuad Sayang Wanita UMNO Pokok Sena. - Bernama

Wednesday, August 24, 2011

Disiplinkan penulis blog


JOHOR BAHRU 23 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta ‘mendisiplinkan’ penulis blog yang ghairah menyebarkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, SKMM perlu bertindak segera kerana fitnah dan tohmahan liar kini berleluasa di alam maya dan mengundang pelbagai masalah jika dibiarkan berlanjutan.
“Jika pihak bertanggungjawab itu membiarkan fitnah dan tohmahan berleluasa di alam maya tanpa sebarang tindakan, ia akan memberi gambaran kepada rakyat bahawa apa yang didakwa itu adalah benar.
“Pihak yang difitnah juga diseru mengambil tindakan dengan memfailkan saman terhadap mereka yang melakukan tohmahan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dataran Bandaraya, di sini, hari ini.
Kempen anjuran Jabatan Penerangan negeri itu turut disertai ahli Pertubuhan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi/Limosin Malaysia (Petekma).
Hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Hamdan Hasnan dan Pengerusi Petekma, Yusuf Lahir.
Sementara itu, Ahmad memberi sokongan terhadap tuntutan Petekma agar kerajaan membatalkan pelaksanaan sistem kupon teksi kerana ia belum diwartakan.
Menurut Ahmad, memorandum bantahan terhadap sistem kupon tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar ia dapat diselesaikan segera.
“Saya juga akan mengemukakan surat sokongan yang salinannya diberikan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad.
“Tindakan saya menyokong Petekma adalah selaras dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya.

23 Ramadhan..


Melawat rakan, Husaini SU UMNO Cwgn kpg sendiri di ICU Hospital JB tghari ini
 Letak lambang 1Msia di teksi JB sempena kibar Jalur Gemilang pagi tadi di Dataran Bandaraya JB
Saya sokong bantahan oleh pemandu2 teksi JB ttg sistem kupon..cukup guna meter..akan hantar kpd PM & SPAD memorandum itu. 
 253 guru2 cemerlang Daerah Pontian di Dwn Jubli
Prgm ptg ini di Pontian..Anugerah Khidmat Cemerlang utk Guru2 & staff Kem Pelajaran
 Antara pimpinan & ketua kpg yg hadir prgm buka tadi
Beri anak2 yatim Pontian bantuan ptg tadi 
Beri bantuan raya kpd 6 isteri nelayan yg dipenjarakan di Bengkalis Indonesia yg dlm proses rayuan ke Mahkamah Agong..kesian mereka raya tanpa suami.

Disiplinkan penulis blog


Ahmad Maslan melekatkan Jalur Gemilang pada cermin teksi sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang bersama Pertubuhan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi/Limosin Malaysia di Johor Bahru, semalam.





JOHOR BAHRU 23 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta ‘mendisiplinkan’ penulis blog yang ghairah menyebarkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, SKMM perlu bertindak segera kerana fitnah dan tohmahan liar kini berleluasa di alam maya dan mengundang pelbagai masalah jika dibiarkan berlanjutan.
“Jika pihak bertanggungjawab itu membiarkan fitnah dan tohmahan berleluasa di alam maya tanpa sebarang tindakan, ia akan memberi gambaran kepada rakyat bahawa apa yang didakwa itu adalah benar.
“Pihak yang difitnah juga diseru mengambil tindakan dengan memfailkan saman terhadap mereka yang melakukan tohmahan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Kibar Jalur Gemilang di Dataran Bandaraya, di sini, hari ini.
Kempen anjuran Jabatan Penerangan negeri itu turut disertai ahli Pertubuhan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi/Limosin Malaysia (Petekma).
Hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Hamdan Hasnan dan Pengerusi Petekma, Yusuf Lahir.
Sementara itu, Ahmad memberi sokongan terhadap tuntutan Petekma agar kerajaan membatalkan pelaksanaan sistem kupon teksi kerana ia belum diwartakan.
Menurut Ahmad, memorandum bantahan terhadap sistem kupon tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar ia dapat diselesaikan segera.
“Saya juga akan mengemukakan surat sokongan yang salinannya diberikan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad.
“Tindakan saya menyokong Petekma adalah selaras dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya.

SKMM perlu disiplinkan blogger tempatan yang sebar fitnah


JOHOR BAHRU 23 Ogos - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta “mendisiplinkan” blogger-blogger tempatan yang menyebarkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, SKMM perlu bertindak segera terhadap blogger terbabit kerana fitnah dan tohmahan kini berleluasa di alam maya.
"Kita berharap pihak yang bertanggungjawab seperti SKMM dapat mendisiplinkan blogger-blogger yang menyebarkan fitnah dan tohmahan. SKMM perlu bertindak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen kibar Jalur Gemilang bersama Pertubuhan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi/Limosin Malaysia (Petekma) di Dataran Bandaraya di sini, hari ini.
Beliau berkata, jika pihak bertanggungjawab itu membiarkan fitnah dan tohmahan berleluasa di alam maya tanpa sebarang tindakan, ia akan memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang didakwa itu adalah benar. - Bernama

Tuesday, August 23, 2011

Menerima Kunjungan Keluarga Asyraf Haziq..

Asyraf Haziq menjadi ikon akibat rusuhan di London..3 juta org tonton youtube ttg beliau dikasari oleh perusuh..Dia dermakan kutipan dana utk bantu beliau kpd kebajikan..Ibu bapa & 2 adiknya berkunjung ke rumah mlm ini utk ucapkan tkasih kerana UMNO taja penerbangan ke London..Kelab UMNO pula urus ketika mereka seminggu berada di sana.
 En Rossli & Pn Maznah serta 2 adik Asyraf Haziq yg baru pulang dari London datang ke rumah mlm ini utk ucapkan tkasih atas tajaan tiket oleh UMNO Msia.

Monday, August 22, 2011

Masjid, surau perlu ada akaun bank

Ahmad Maslan (empat dari kiri) menyaksikan penyerahan kunci oleh Mohd. Fauzi Bachok (kiri) kepada Sariman Mardi di Pontian, baru-baru ini

PONTIAN 20 Ogos – Masjid dan surau yang belum mempunyai akaun bank diminta berbuat demikian supaya pengurusan kewangan kedua-dua institusi itu dapat ditadbir dengan baik sekali gus mengelak daripada berlakunya usur penyelewengan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, walaupun individu yang memegang amanah kewangan boleh dipercayai, namun penyimpanan di bank lebih selamat dan teratur.
“Bagi masjid dan surau yang tidak mempunyai sumber kewangan tetap perlu mempunyai akaun di bank dan tidak menyimpan sumbangan yang diterima daripada orang ramai di rumah.
“Ia juga memudahkan pengagihan bantuan kepada kedua-dua institusi tersebut,” katanya pada majlis penyerahan kunci Masjid Jamek Parit Wak Jabir oleh Pejabat Agama Daerah Pontian kepada ahli jawatankuasanya di Benut, kelmarin.
Hadir sama Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, Zaid Abdul Rahman; Penghulu Mukim Benut, Abdul Jabal Kiman dan Ketua Kampung Kawasan (9) Mukim Benut, Pungot Selamat.
Penyerahan dilakukan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Pontian, Mohd. Fauzi Bachok kepada Pengerusi Masjid Jamek Parit Wak Jabir, Sariman Mardi.
Masjid berharga RM1.2 juta itu mula dibina setahun lalu menerusi peruntukan Jabatan Perdana Menteri.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut menyampaikan sumbangan RM170,000 untuk 55 buah masjid dan 115 buah surau di kawasan Parlimen itu.
Pada majlis sama, RM30,000 turut diagihkan kepada 5,748 pelajar tingkatan lima dalam bentuk akaun di Lembaga Tabung Haji bagi mendidik amalan menabung.

Pintu Perpaduan Melayu Masih Terbuka

Tamu Sahur di Jalan Masjid India (20 Ramadhan)

Sunday, August 21, 2011

Program Tamu Sahur 2.0


Program Tamu Sahur meriahkan Jalan Masjid India



KUALA LUMPUR 20 Ogos - Jalan Masjid India yang merupakan salah satu lokasi 'wajib' dikunjungi warga kota untuk membeli persiapan menyambut Aidilfitri, turut menjadi destinasi pilihan Program Tamu Sahur siri kedua awal pagi ini.

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan itu dimulakan dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada setiap peniaga.
Selepas itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO bersahur bersama orang ramai di kawasan itu serta menyampaikan duit raya dan hamper kepada 100 anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan golongan fakir yang tinggal di sekitar ibu kota.
Pengarah Projek Tamu Sahur 2011, Mohamad Nazari Ahmad berkata, program itu diteruskan buat kali kedua berikutan sambutan yang menggalakkan pada program sama di Jalan Raja Alang pada 13 Ogos lalu.
"Program ini bagi merapatkan lagi hubungan pemimpin bersama rakyat selain cuba mengetengahkan konsep berlainan iaitu bersahur bersama pemimpin yang jarang-jarang dilakukan.
"Insya-Allah, melihatkan kejayaan kedua-dua siri program ini kami merancang meneruskannya pada tahun hadapan," katanya ketika ditemui pada program itu.
Program tersebut dianjurkan secara bersama oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuk Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Majlis Permuafakatan Ayahanda Malaysia (Permas) dan Persatuan Bekas Anggota Perisikan Malaysia (Baris).



















Prgm Buka Puasa di PWTC dgn PM & pimpinan BN

Rakaman Tadbir Raya dgn PM & ahli Majlis Tertinggi
Kump Nasyid & derma anak yatim antara acara UMNO
Antara yg hadir buka puasa di PWTC
Prgm Buka Puasa di PWTC dgn PM & pimpinan BN
Menulis ucapan Selamat Hari Raya..smlm di PWTC
Antara wartawan dlm sidang media Mesy MT