Sunday, August 7, 2011

1Malaysia untuk kemajuan negara

1Malaysia untuk kemajuan negara


KHAIRY Jamaluddin dan Ahmad Maslan serta para tetamu yang hadir menunjukkan semangat '1MALAYSIA' ketika hadir pada Seminar Gagasan 1 MALAYSIA di Dewan Sri Rembau, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, semalam.


REMBAU 27 Julai - Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja bertujuan memantapkan lagi perpaduan antara kaum di negara ini tetapi juga untuk membawa negara ke tahap kemajuan yang lebih kukuh.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menjelaskan, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat seperti yang dilakukan oleh negara-negara maju lain.

''Ini adalah satu cara kita perlu bersama, bukan untuk berlawan sesama sendiri. Lawan sebenar kita bukan di sini tetapi negara luar seperti England, Korea dan China.

''Kita lawan mereka dengan cara berdagang dan memberikan perkhidmatan yang terbaik hingga berjaya mengangkat Malaysia sebagai negara maju bersandarkan konsep gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Gagasan 1Malaysia di Dewan Seri Rembau di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, maksud gagasan 1Malaysia akan diperjelaskan oleh Biro Tatanegara (BTN) menerusi seminar di seluruh negara yang kini giat dijalankan secara berfasa.

''Fasa pertama meliputi 320 seminar gagasan 1Malaysia yang akan dihadiri lebih 70,000 peserta dari pelbagai peringkat.

''Ini bukannya sesi 'brain wash', penjelasan itu memang salah satu tugas mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment