Sunday, August 7, 2011

Bantuan Raya

MUHYIDDIN Yassin, Ahmad Maslan dan pemimpin setempat bersama wakil-wakil peneroka Felda menerima cek sumbangan hari raya di Masjid Jamek Felda Moakil, Pagoh, Muar, semalam

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa untuk menghadiri majlis tahlil dan berbuka puasa bersama penduduk tempatan di Masjid Jamek Felda Maokil, Labis, Johor, semalam.

Pada majlis yang dihadiri lebih 500 orang itu, Muhyiddin turut menyampaikan hamper barangan kepada 20 orang daripada golongan yang memerlukan serta cek sumbangan hari raya kepada para peneroka di enam kawasan rancangan Felda di Parlimen Pagoh.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Taat serta ADUN Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh.

No comments:

Post a Comment