Monday, August 15, 2011

Pembangunan minda sasaran baru Felda

NAJIB Tun Razak bergambar bersama para wakil penerima replika cek raya pada Program Rahmat Ramadan 2011 di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI 14 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan minda penduduk tanah rancangan adalah sasaran Felda untuk tempoh 50 tahun akan datang selepas menumpukan kepada pembangunan fizikal sejak setengah abad lalu.

Perdana Menteri berkata, Felda perlu mempunyai kekuatan dalam menghadapi ujian masa kini kerana penguasaan ilmu adalah penting supaya masyarakatnya mempunyai kemampuan setanding dengan mereka di bandar.

"Kalau kita lihat hari ini rumah-rumah peneroka banyak yang sudah bertaraf banglo, yang kalau di Kuala Lumpur harganya mungkin mencecah RM1.5 juta. Ramai yang mempunyai kereta, sebahagiannya dua buah dan ada yang memiliki empat buah kereta.

"Proses transformasi ini akan kita perjuangkan agar maruah dan martabat negara kita diletakkan di tempat yang paling tinggi, Insya-Allah," katanya dalam ucapan perasmian Program Rahmat Ramadan Warga Felda Peringkat Kebangsaan 2011 di Masjid Al-Faizin, Felda Air Tawar 2, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohamed Isa Samad dan Pengurus Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut menyampaikan cek duit raya berjumlah RM42.6 juta kepada Pengurus Besar 11 Wilayah Felda iaitu Terengganu, Gua Musang, Kuantan, Jengka, Mempaga, Alor Setar, Trolak, Raja Alias, Johor Bahru, Segamat dan Sahabat.

Najib sebelum itu sempat menghadiri majlis khatam al-Quran sebelum berbuka puasa, menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat terawih bersama penduduk.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim dan enam orang warga emas berusia 90 tahun ke atas.

No comments:

Post a Comment