Tuesday, August 30, 2011

Tabung Somalia BTN Sarawak kutip RM29,000


Tabung Somalia BTN Sarawak kutip RM29,000

AHMAD Maslan (tengah) memasukkan kutipan wang sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Somalia sambil diperhatikan oleh Abang Khalid Abang Marzuki (tiga dari kanan) di Kuching, Sarawak, semalam.


KUCHING 27 Ogos - Tabung Somalia Biro Tata Negara (BTN) negeri mendapat sambutan hangat apabila berjaya mengutip RM29,000 hanya dalam masa sejam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah tersebut dijangka terus meningkat kerana yakin dengan kemurahan hati penduduk di negeri itu.
"Pelancaran tabung ini inisiatif pihak BTN negeri bagi menyokong usaha Malaysian Relief Agency (MRA) dan Kumpulan Utusan mengumpulkan dana untuk rakyat Somalia.
"Kita harap lebih ramai pihak akan tampil untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu mereka yang diancam kebuluran," katanya ketika ditemui selepas melancarkan tabung tersebut di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah BTN negeri, Roslan Baharuddin.
Antara penyumbang awal Pengerusi Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) negeri, Datuk Abang Khalid Abang Marzuki; usahawan syarikat-syarikat swasta serta kakitangan BTN.

No comments:

Post a Comment