Tuesday, August 30, 2011

Tidak banyak pembangunan di Kedah


ALOR SETAR 25 Ogos - Rakyat Kedah tidak perlu beri peluang kedua kepada pentadbiran kerajaan negeri semasa, memandangkan mereka dilihat tidak mampu melaksanakan amanah mentadbir negeri dengan baik, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh menerajui Kedah sejak tiga tahun lepas, rakyat Kedah tidak melihat sebarang usaha daripada kerajaan negeri yang diterajui Pas itu, untuk membangunkan prasarana dan pembangunan rakyat Kedah yang diharapkan.
Katanya, program-program pembangunan dan juga prasarana yang dinikmati rakyat Kedah ketika ini rata-rata merupakan hasil daya usaha Kerajaan Pusat yang berhasrat membawa kesejahteraan kepada rakyat.
"Kita tidak nampak sebarang perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Mereka tidak mencari pelaburan luar untuk dibawa masuk ke Kedah demi kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita pada satu persidangan media di Pokok Sena dekat sini semalam.
Menurutnya, kerajaan negeri perlu peka mencari peluang pelaburan di negara luar untuk dibawa masuk ke Kedah bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan sumber pendapatan negeri sendiri dan sekaligus generasi muda ini dapat membangunkan negeri sendiri agar lebih maju.
Terdahulu Ahmad Maslah turun padang melawat tiga veteran UMNO yang terlantar sakit dan menyampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada 80 anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.
Turut serta Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena Datuk Ahmad Lebai Sudin dan Skuad Sayang Wanita UMNO Pokok Sena. - Bernama

No comments:

Post a Comment