Tuesday, August 9, 2011

Biro Publisiti & Penerangan Jelajah Negara Jelaskan Isu


KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Biro Publisiti dan Penerangan akan mengadakan Majlis Penerangan Perdana di semua negeri yang akan bermula di Kedah pada 10 September ini dan berakhir di Sawarak pada 30 Oktober depan.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Maslan memberitahu bahawa Biro tersebut bertanggungjawab untuk menjawab isu-isu semasa, memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan, penerangan dasar-dasar serta akan menjadi orang pertama yang mendapat segala maklumat untuk disalurkan ke akar umbi.

“Saya telah dilantik lebih kurang dua bulan yang lalu dan ini menjadi satu sejarah kerana Biro ini menggabungkan semua Ketua Penerangan UMNO bersama parti komponen Barisan Nasional (BN).”

Selaras dengan itu, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memaklumkan Biro yang baru diwujudkan telah melantik semua ketua-ketua Penerangan UMNO Negeri sebagai Pengerusi Biro tersebut di negeri masing-masing.

“Parti komponen BN yang tersebar di setiap negeri akan dilantik sebagai timbalan Biro ini di negeri masing-masing,” ujarnya selepas mempegerusikan Perjumpaan Khas Ketua-Ketua Penerangan UMNO dan Komponan BN di PWTC, di sini hari ini.

Maklumnya juga, Majlis Penerangan Perdana di setiap negeri adalah aktiviti pertama Biro berkenaan yang akan diadakan sebagai kesinambungan daripada MajlisPenerangan Perdana peringkat Pusat pada 10 Julai lalu.

“Ianya dilaksanakan dalam tempoh lebih kurang satu setengah bulan lalu dan secara tidak langsung ini memberi isyarat bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) sudah semakin hampir,” jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment