Tuesday, August 9, 2011

UMNO cadang tubuh jabatan pemasaran politik

UMNO Cadang tubuh Jabatan Pemasaran Politik

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO bercadang mewujudkan satu komponen pemasaran dalam Jabatan Penerangan yang akan berperanan melaksanakan kerja-kerja pemasaran parti yang lebih sistematik kepada rakyat.

Jelas beliau komponen pemasaran itu amat penting bagi memastikan tugas-tugas seperti melakukan analisis, merancang dan melaksana aktiviti politik yang pada masa ini dilaksanakan oleh jabatan penerangan parti, dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Saya akan bawa perkara ini ke dalam mesyuarat penerangan UMNO induk yang akan diadakan esok untuk dibincangkan di peringkat yang lebih tinggi,” katanya selepas menghadiri Wacana Penerangan UMNO yang bertajuk “Metodologi Pemasaran Politik”, di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata metodologi pemasaran politik merupakan satu istilah yang harus difahami setiap anggota UMNO dan penting untuk dilaksanakan dalam menyampaikan hasrat parti kepada rakyat.

“Jika semua anggota UMNO tahu istilah ini dan tahu melaksanakannnya ia akan memudahkan kita untuk buat kerja,” katanya.

No comments:

Post a Comment