Thursday, August 18, 2011

UMNO perbaiki kaedah kuasai media baru

UMNO perbaiki kaedah kuasai media baru

KUALA LUMPUR 15 Ogos - UMNO akan memperbaiki kaedah penguasaan media baru bagi membolehkan ia menangani persepsi negatif yang sering dilemparkan pelbagai pihak terhadap parti itu.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti itu akan bertindak lebih agresif dalam aspek itu walaupun ia bukan perkara baru untuk dilaksanakan.

"Persepsi negatif ini perlu kita tangani dengan lebih baik mulai sekarang. Kita mahu lebih agresif dalam perang siber. Ini kita akan ambil serius," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Siri Wacana Penerangan UMNO ke-2, di sini hari ini.

Siri wacana yang dihadiri bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar dan Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar sebagai panel perbincangan itu memperkatakan tentang bagaimana parti itu perlu menyekat persepsi negatif terhadapnya walaupun pada hakikatnya telah banyak perkara baik yang dilaksanakan sebelum ini.

Ahmad berkata, wacana yang akan menjadi acara tahunan UMNO itu bertujuan mendapatkan perspektif yang lebih luas mengenai isu-isu semasa politik yang berlaku di Malaysia daripada pandangan pakar-pakar terkemuka.

Katanya, semua cadangan yang telah dikemukakan di dalam siri wacana itu akan dikemukakan kepada Majlis Tertinggi (MT).

No comments:

Post a Comment