Thursday, August 18, 2011

UMNO perlu kuasai media baru untuk tangkis fitnah

UMNO perlu kuasai media baru untuk tangkis fitnah

KUALA LUMPUR 15 Ogos — Ahli UMNO perlu menguasai kemahiran dalam dunia siber terutama berkaitan media baru bagi menangkis secara efektif segala tohmahan dan fitnah pihak tertentu terhadap parti itu dan kerajaan, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, kemahiran seperti itu amat penting bagi mengubah sebarang persepsi negatif masyarakat terhadap UMNO dan kerajaan yang cuba dibawa pihak tertentu menerusi media baru.

"Kalau kita tidak menguasainya kita akan tertinggal kerana orang muda akan membaca apa yang ditulis,” katanya selepas menghadiri wacana politik bertajuk ‘Pembentukan Persepsi Politik’ anjuran Jabatan Penerangan UMNO di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment