Thursday, August 11, 2011

UMNO taja IbuBapa Asyraf ke London


Tghari tadi bersama ayah & ibu Ashraf Haziq, pelajar MARA yg dicederakan & dirompak dlm rusuhan di London..juga hadir 7 wakil beberapa Kelab UMNO UK..UMNO taja tambang pergi balik En Rossli & Pn Maznah utk menziarah anak mereka itu..prgm spontan kita bantu rakyat yg susah..bapa bekas askar, ibu guru.
Turut sama majlis ringkas di PWTC itu ialah Dato Rauf SUK UMNO..kisah Ashraf ini disebut oleh David Cameron PM UK yg nyatakan kekesalan terhadap Ashraf yg cedera tapi tak dibantu malahan dirompak barang & basikalnya..Kejadian rusuhan di London jadi iktibar penting kita di negara ini..

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Umno akan menaja kos perjalanan ibu bapa dan adik bongsu kepada pelajar Muhammad Asyraf Haziq yang diserang sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan di London Isnin lalu, untuk ke ibu negara Britain itu esok. Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Umno terpanggil untuk membantu keluarga Muhammad Asyraf Haziq yang kini khuatir dengan keadaan anak mereka itu memandangkan mereka bukan berasal daripada keluarga berada dan perjalanan mereka memerlukan perbelanjaan minimum RM20,000. Rossli Harun iaitu bapa Muhammad Asyraf Haziq merupakan pesara tentera manakala ibunya Maznah Abu Mansoor ialah guru tadika. "Jadi tajaan ke London adalah untuk memudahkan dan meringankan perjalanan keluarga Asyraf, dan tanggungan mereka di sana akan ditaja sepenuhnya oleh pihak Kelab Umno di London," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ibu bapa pelajar itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau dimaklumkan bahawa Muhammad Asyraf Haziq, 20, telah selamat menjalani pembedahan di Hospital Royal London dan keadaannya dilaporkan stabil. Pelajar tahun satu bidang perakaunan di Kolej Kaplan, London itu diserang perusuh ketika berbasikal bersama seorang rakannya di Barking, timur London iaitu satu daripada tempat berlaku kekacauan, untuk berbuka puasa pada Isnin lepas. Ahmad berkata Majlis Amanah Rakyat (Mara) menanggung segala kos perubatan pelajar itu.

Maznah, 44, berkata beliau ada menerima panggilan daripada anaknya sebelum pembedahan itu dijalankan semalam. "Asyraf lemah sahaja dan tidak boleh bercakap sangat kerana rahang dan mulutnya sakit," katanya. Katanya beliau "berdebar" apabila melihat video serangan ke atas anaknya yang disiarkan dalam YouTube terutama apabila melihat keadaan Asyraf yang berdarah. Maznah berkata beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak Wisma Putra pagi tadi yang memaklumkan pembedahan anaknya selamat dijalankan. "Kami ibu bapa Muhammad Asyraf mengucapkan terima kasih kepada Umno, kerana tidak menyangka Umno akan menyediakan sekali kos pemergian untuk adik Asyraf, memandangkan Muhammad Fitri kini sudah mula faham dan sedih dengan keadaan abangnya," katanya.

No comments:

Post a Comment