Friday, September 30, 2011

29 September 2011

 Antara pelajar yg hadir bercita-cita utk masuk U
Merasmi prgm Selangkah ke Universiti di UiTM tadi
 5 Parlimen terlibat dlm prgm yg menarik tadi
Pelajar membaca ikrar dlm Selangkah ke Universiti
 Outlet UTM di Senai Airport & Prgm Selangkah ke Uni
Di tkt atas UTM Faces 29/9/11 dgn VC UTM Prof Zaini
 Rakyat Benut & Pontian yg hadir majlis Raya Pontian
 TPM sedang berucap kpd 5 ribu hadirin di Benut
 TPM merasmi Rumah UMNO Benut sbntr tadi 
 TPM dgn AJK UMNO Bhg Pontian di Rumah UMNO Benut
Kain rentang di Benut ucap selamat datang kpd TPM 
Atas pentas dgn TPM tadi di Benut
Dataran Benut dinamakan semula sbg Dataran Dato Jalok, bekas ADUN Benut yg banyak jasanya.

28 September 2011

 Antara puluhan tetamu yg hadir di pejabat tghari tadi
 Taklimat oleh TS Syed Hamid Jaafar Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAD ptg tadi
Raya UMNO Bhg Cheras ptg tadi bersama D Syed Ali

27 Seetember 2011

 Ramai, mmg ramai, semua rumah terbuka UMNO/BN
 Jika begini momentum hingga PRU13, BN boleh menang besar, Insya'Allah
10 ribu hadir..ramai..di Bandar Tun Razak mlm ini

Monday, September 26, 2011

70 rumah berjaya baiki


Penduduk bergotong- royong membaiki sebuah rumah di Kampung Parit Haji Ahmad, Ayer Baloi, Pontian, semalam,


PONTIAN 25 Sept. - Sebanyak 70 buah rumah berjaya dibaiki menerusi Program Baik Pulih Rumah Rakyat Parlimen Pontian yang dilancarkan Julai lalu dengan kos keseluruhan berjumlah RM500,000.
Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Fauzi Sunawan berkata, baki sebanyak 50 buah rumah lagi akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.
Menurutnya, setiap rumah diberikan peruntukan sebanyak RM4,000 untuk menukar atap zink, mengganti dinding dan siling yang dilakukan secara gotong-royong oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selaku tenaga penggerak utama.
"Sokongan dan kerjasama semua pihak amat penting memandangkan kami tidak melantik sebarang kontraktor untuk melakukan kerja-kerja baik pulih tersebut," katanya.
Beliau menjelaskan demikian selepas mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian menyertai gotong-royong membaik pulih rumah sebuah keluarga di Kampung Parit Haji Ahmad, Ayer Baloi di sini hari ini.
Mohd. Fauzi memberitahu, menerusi konsep gotong-royong, kerja baik pulih itu bukan sahaja dapat mengurangkan kos, malah penduduk kampung berpeluang berbakti kepada golongan yang memerlukan.
"Ahli Parlimen kita amat gembira dengan kemajuan program ini dan berharap semua rumah telah dikenal pasti akan dapat dibaiki sebelum penghujung tahun ini," katanya.
Sementara itu, penerima bantuan, Zulkifli Iskandar, 42, seorang pemandu lori bersyukur dengan pemberian bantuan itu kerana bumbung dan siling yang usang sebelum ini digantikan baharu.
"Pendapatan saya kecil tidak mampu membaiknya. Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana prihatin dengan nasib golongan seperti kami," katanya yang tinggal lima beranak di rumah berkenaan.

26 Sept 2011

PWTC pagi ini 
Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Msia pagi ini di Dewan Merdeka PWTC..kali pertama..Tema: Pemacu Transformasi Ummah..dirasmikan oleh SPBYDP Agong..saya hadir dgn MB Perak, MB Perlis, Panglima Angkatan Tentera, wakil Sabah, Sarawak dll jemputan..jam 10.30, live di TV RTM..
SPBYDP Agong, Raja2 Melayu & PM hadir dlm Kongres
 SPB YDP Agong sedang bertitah merasmi Kongres
 Raya Pej Pentadbiran UMNO Hq di PWTC tadi
 Raya DS Shahrizat Kem Wanita & Keluarga di Sri Melayu 
sbntr tadi 
PM, MB Perak, saya, TS Yusof Nor, Gabenor Melaka..

Sunday, September 25, 2011

Felda is financially strong

KUALA LUMPUR: Felda is financially strong and has about RM8bil in shares and funds, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, who sat in on Felda's management meeting yesterday, said he was pleased with the performance of the company.
“Its finances are getting stronger. Its performance is encouraging and almost all its activities have brought in profits.
“The value of its shares and Amanah Raya funds is about RM8bil in total,” he said at the Felda Hari Raya do here.
Najib said there were big plans for Felda and an announcement would be made soon.
Festive do: Najib, Isa and Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Ahmad Maslan cutting ‘pulut kuning’ at the Felda Hari Raya do in Kuala Lumpur Tuesday. — Bernama
The focus will be on second generation Felda settlers, and housing schemes for them.
Silencing Felda critics, Najib said the scheme had come a long way and continued to thrive, adding that its community was moving towards middle-income, with those involved in palm oil and rubber earning about RM4,500 a month.
Najib also said the country was on the right development path, with the Government successfully implementing policies that gave confidence to the local and foreign community.
He cited the example of his meeting with 450 chief executive officers during the Forbes conference dinner.
Earlier, Najib witnessed the signing of a collaboration agreement between Felda's information technology arm Felda Prodata Systems Sdn Bhd and global firm Tata Consultancy Services (TCS) to develop and deliver strategic IT services and solutions for the Malaysian market.
TCS is part of the Tata Group, which is India's largest industrial conglomerate.
Both companies will jointly develop and market IT solutions and services to local, government-linked and global companies within the country.
Felda chairman Tan Sri Isa Abdul Samad said the strategic collaboration would benefit Felda as it strived to transform itself into a globally respected entity while accelerating Prodata's goal to become a national IT company.
TCS Asia-Pacific president Vish Iyer said they were excited at the power of combining the capabilities of both companies to create a full service portfolio leveraging a larger pool of local talents.

25 September 2011

 Interview bersama Radio AuraFM BTR sempena Jamuan Rakyat di PPRT Sri Labuan Bandar Tun Razak
 Bersama Kepimpinan kanan PEKIDA Wilayah Persekutuan 25/9..
 Anak2 muda Rabbani yg terkenal seluruh negara
 Dgn kumpulan nasyid Rabbani & pra pelancaran dinar Rabbani sbntr tadi..
 Raya dgn PEKIDA Wilayah sekejap tadi 
 Beri sumbangan peribadi kpd anak2 tahfiz
 Lebih seribu hadir di Bandar Tun Razak tadi tghari
 Bendera UMNO & bendera Msia perjuangan suci kita
 Beri bantuan kpd Melayu Cina India yg memerlukan
 Sedang berucap dlm prgm mlm ini sempena raya
 Jamuan raya sebuah sykt antarabangsa di KL mlm ini
Cabutan bertuah utk seorng India di Lembah Pantai
Beri hadiah cabutan bertuah kpd warga emas Cina
Membaiki rumah org miskin di Benut Pontian hari ini

Burukkan Johor, serlah sikap sebenar Guan Eng

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu disifatkan biadab dan tidak bertanggungjawab apabila mengatakan Johor sebagai negeri tidak selamat sewaktu kunjungannya ke luar negara baru-baru ini.
Kata Ahmad, kenyataan tersebut menghina rakyat negeri itu dan Guan Eng harus menarik balik kenyataannya serta meminta maaf kepada seluruh rakyat Johor.
“Itu merupakan satu kenyataan biadab dan tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang yang memegang jawatan Ketua Menteri.
“Bagi saya, kenyataan itu tidak disokong oleh fakta kukuh. Beliau harus ingat, jenayah berlaku di seluruh dunia dan setiap negeri ada kes penculikan,” katanya.

Pas Jadikan Hudud Sebagai Modal Pilihan Raya – Ahmad Maslan



KUALA TERENGGANU, 24 Sept – Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata isu pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam merupakan modal politik Pas yang lama dan ia dibangkitkan setiap kali menjelang pilihan raya.
Katanya rakyat tidak seharusnya mempercayai janji-janji dilontarkan oleh Pas kerana parti itu telah diberi peluang sebanyak lima kali untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan hingga sekarang namum gagal melaksanakannya dengan memberi pelbagai alasan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata buat masa ini Malaysia masih belum bersedia melaksanakan hukum hudud.
“Barisan Nasional (BN) tidak menentang hukum hudud tetapi menentang permainan politik Pas, ia adalah dua perkara yang berbeza, saya mencabar Pas atau DAP keluar dari pakatan pembangkang dan jangan hanya pandai bermain ‘sandiwara politik’ sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Bestari di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu.
Beliau berkata berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada gabungan pembangkang sekiranya tidak bersetuju dengan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.
Ahmad berkata para pemimpin Umno dan semua anggota komponen BN sentiasa konsisten dengan apa yang dijanjikan dalam pilihan raya dan menunaikannya selepas membentuk kerajaan.
BN sentiasa menunaikan janjinya sejak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.
Ahmad berkata kesemua parti komponen BN juga menerima agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia malah negara-negara luar menjadikan Malaysia sebagai contoh sebuah negara Islam.
“Apa yang dibangkitkan oleh pembangkang ini sebenarnya adalah untuk mengalih perhatian dan menutup kelemahan mereka akibat pelbagai masalah yang dihadapi oleh pucuk pimpinan mereka, baik dari Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP,” katanya.

24 September 2011

Mcm2 org buat waktu 645pg..saya ke Tganu naik Air Asia ada 4 prgm balik jam 2ptg..sekejap yg bermakna..berkhidmat utk rakyat Sabtu Ahad..moga diberkati 
Memeriksa perbarisan para pelajar Kolej Teknologi Bestari 
 Pengarah Kolej Teknologi Bistari pagi ini di Tganu
 Pakaian perasmi Konvokesyen Kolej Teknologi Bestari
 Ramai hadir di Taman Tamadun Islam pagi ini 
 Beri sedikit bantuan kewangan & cenderahati kpd balu Allahyarham Dato Awang Jabar tokoh lama UMNO Terengganu yg meninggal dunia kemalangan jalanraya di Marang pada 20 Sept dlm perjalanan utk hadir prgm YAB TPM di Dungun.
 Bersama D Yahya, Pok Chang, Mazri Bhg Marang
 Persandingan anak YB Dato Yahya Khatib di Marang
 Bersama dikir barat wanita bhg Marang & YB Dato Yahya Khatib Ketua Bhg..Timb Pengerusi Neg Tganu
 Prgm ke 4 di Tganu..Raya UMNO Bhg Kuala Nerus
 Raya dgn Pemuda UMNO Bhg Kuala Nerus bersama Ketua Bhg YB Dato Nasir & Hj Hasan Ali Naib Ketua
Raya dgn pimpinan UMNO Bhg Kuala Nerus hari ini
 
Ptg tadi: balu2 polis & tentera & Deklarasi Kuala Lumpur menentang mereka yg spt Mat Sabu
 Ptg tadi: Prgm dgn Persatuan Bekas Polis & Veteran Tentera Melayu di Bandar Tun Razak
 Mlm ini: Raya Persatuan Orang Kota Bharu & Datuk Fatmi SU Politik YAB PM
 Mlm ini: Raya Kementerian Pertahanan & DS Dr Zahid
 Mlm ini: Pengantin adik Ketua Pemuda UMNO Cheras
Mlm ini: Raya UMNO Bhg Seputih