Sunday, September 25, 2011

Burukkan Johor, serlah sikap sebenar Guan Eng

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu disifatkan biadab dan tidak bertanggungjawab apabila mengatakan Johor sebagai negeri tidak selamat sewaktu kunjungannya ke luar negara baru-baru ini.
Kata Ahmad, kenyataan tersebut menghina rakyat negeri itu dan Guan Eng harus menarik balik kenyataannya serta meminta maaf kepada seluruh rakyat Johor.
“Itu merupakan satu kenyataan biadab dan tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang yang memegang jawatan Ketua Menteri.
“Bagi saya, kenyataan itu tidak disokong oleh fakta kukuh. Beliau harus ingat, jenayah berlaku di seluruh dunia dan setiap negeri ada kes penculikan,” katanya.

No comments:

Post a Comment