Thursday, September 15, 2011

ISA adalah penahanan tanpa bicara

ISA adalah penahanan tanpa bicara.. sesuai untuk masa sebelum ini.. PM melakukan sejarah malam ini dengan umum penghapusan ISA.. tapi kita akan gubal undang2 tertentu untuk gantikan ISA dengan peraturan yang tentunya lebih baik, lebih diterima ramai.. kita akan terus tahan orang yang disyaki bersalah tapi kita akan  bicarakan.. sebab kita yakin kepada sistem kehakiman.. kita yakin kepada kebebasan bersuara.. kita junjung hak asasi manusia.. banyak pandangan juga melarang penahanan tanpa bicara.. ini sesuatu tindakan yang berani kerana negara ini aman.. pembangkang setuju ISA dihapuskan, negara dunia anggap Msia selama ini menzalimi rakyatnya kerana ada ISA.. selamat tinggal kepada persepsi negatif itu.. Polis ada tentera ada utk jaga.. undang2 ada, sistem kehakiman ada, hukuman denda dan penjara masih ada utk mereka yang bersalah.. bukan bermakna ISA hapus, hal2 itu hapus.. yang terhapus ialah pandangan negatif bahawa kerajaan ini zalim.. PM kita berani kerana kita membawa obor kebenaran.. kerajaan kita kini yakin bila rakyat didahulukan pencapaian diutamakan maka tiada apa lagi yang perlu dikhuatirkan.

No comments:

Post a Comment