Saturday, September 10, 2011

PM sampai sumbangan RM149,000 dana kemanusiaan Somalia

PUTRAJAYA 9 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM149,000 kepada Dana Kemanusiaan Somalia, Malaysian Relief Agency dan keluarga Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang terkorban di Somalia baru-baru ini.

Majlis penyampaian sumbangan itu berlangsung pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di sini.
Daripada jumlah RM149,000 itu, sebanyak RM70,000 disumbangkan kepada keluarga Noramfaizul, RM50,000 kepada Dana Kemanusiaan Somalia yang dikendalikan oleh Wisma Putra dan RM29,000 kepada Malaysian Relief Agency, yang juga merupakan tabung kemanusiaan Somalia.
Wang itu adalah hasil sumbangan beberapa individu dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.
Sementara itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO meminta rakyat di negara ini terus menghulurkan sumbangan bagi membantu rakyat Somalia yang kini dilanda kebuluran.
"Kutipan tidak semestinya sebesar ini. Ia juga merupakan peranan kita sebagai umat sejagat untuk membantu mangsa kebuluran,” katanya.

No comments:

Post a Comment