Saturday, September 10, 2011

Usaha kelirukan peneroka Felda

PAKATAN pembangkang sekarang aktif mengatur strategi untuk 'menyerang' pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana mereka tahu bahawa warga peneroka merupakan penyokong kuat UMNO dan kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Sebab itu pembangkang giat mengeksploitasi pelbagai isu terutama kedudukan kewangan Felda. Matlamat mereka bagi mengelirukan masyarakat peneroka dan usaha untuk merendah-rendahkan reputasi Perdana Menteri selaku orang nombor satu yang menjaga kebajikan dan kemajuan Felda.
Tidak habis-habis serangan diatur oleh pakatan pembangkang terhadap agensi ini seolah-olah apa saja yang dilakukan oleh Felda semuanya tidak betul.
Banyak isu berunsur fitnah berkaitan Felda sengaja ditimbulkan oleh akhbar rasmi pembangkang seperti Suara Keadilan (milik PKR) dan Harakah (milik Pas). Isu menuduh Felda mengalami kerugian sehingga bankrap bukan sahaja satu tuduhan yang tidak berasas, malah boleh mencetuskan kekeliruan dan kebimbangan terhadap seluruh warga Felda.
Maksud bankrap atau muflis itu sendiri menggambarkan Felda sudah tidak memiliki sebarang aset lagi dan ia nyata tidak benar.
Hakikat sebenar ialah sejak 1956 hingga hari ini, Felda berjaya mengeluarkan sejumlah 112,635 keluarga daripada putaran ganas kemiskinan.
Isu kemerosotan tunai Felda daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 menjadi 'peluru' bagi pembangkang untuk 'menembak' Felda.
Persolannya, kenapa hanya aliran tunai Felda yang merosot dihebohkan, sedangkan kedudukan aset tetap Felda yang berjaya ditambah daripada RM9.71 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion pada 2009 tidak pula dihebohkan.
Memang menjadi tradisi pembangkang yang hanya mahu melaporkan perkara berkaitan kegagalan atau kemerosotan terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan, berbanding dengan pertambahan atau kejayaan yang telah dicapai.
Pakatan pembangkang akan berusaha mencari dan mengorek apa saja, asalkan ia boleh merosakkan imej, maruah dan nama baik Felda.
Dalam hal ini, menurut Prof. Dr. Mohd. Zainul Fithri Othman, pihak yang menjadi mangsa adalah warga Felda terutama mereka yang mudah menerima maklumat tidak tepat dan palsu yang disebarkan oleh pakatan pembangkang.
"Pakatan pembangkang tidak akan jemu-jemu dan tidak akan berhenti menabur fitnah demi kepentingan mereka.
"Memandangkan segelintir generasi kedua Felda sudah dan mudah termakan pujuk rayu dan janji hebat daripada pakatan pembangkang, maka kerajaan perlu serius menggerakkan jentera untuk menyelamatkan mereka daripada terus dibuai mimpi kosong yang dijanjikan pakatan pembangkang," kata Naib Presiden Industri dan Perhubungan Organisasi, Management & Science University (MSU).
Menurut Mohd. Zainul Fithri lagi, Felda merupakan benteng kepada kerajaan dan orang Melayu. Ia antara institusi yang begitu berjaya dan mempunyai dana tunai yang begitu besar sehinggakan mampu melabur dalam projek besar dan terus memberi faedah kepada warga Felda yang semakin ramai.
Pembangunan Felda adalah warisan perjuangan pusaka. Sayangnya, institusi ini cuba dihina, difitnah dan dicemari imejnya.
"Jadi amat tepat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menyelar pihak yang menuduh Felda bankrap sebenarnya pihak yang bankrap idea, moral dan prinsip perjuangan," kata Mohd. Zainul Fithri merangkap Pengarah Institute of Leadership and Human Analysis Malaysia (ILHAM).
Pihak yang mendakwa Felda bankrap telah membuat tuduhan liar yang tidak berasas serta melakukan satu dusta. mereka yang membuat tuduhan itu juga tidak memahami prinsip perakaunan dan perniagaan.
Ini kerana laporan daripada Felda Holdings dan Felda Global baru-baru ini menunjukkan perkara di sebaliknya.
Koperasi Peneroka Felda (KPF) yang membuat pelaburan dalam bisnes bersangkutan aktiviti Felda seperti Felda Angkut, Felda Engineering dan lain-lain yang mana peneroka adalah ahli koperasi ini telah dibayar dividen purata 15 peratus (%) bagi beberapa tahun lalu. Bagaimana sebuah organisasi yang dikatakan bankrap seperti Felda boleh membayar dividen yang tinggi seperti dividen Bank Rakyat?
Sebenarnya Felda jauh daripada 'lubang' muflis. Agensi ini mempunyai aset bernilai RM16 bilion, memiliki kecairan kewangan yang ampuh bagi memenuhi tanggungjawab jangka masa pendek atau panjang.
Sejak ditubuhkan 1956 dan sehingga kini tiada satu pun bank menyaman Felda kerana lewat membuat pembayaran pinjaman dan sebagainya. Jika tiada satu pun bank menyaman Felda kerana masalah wang, maka Felda tiada kena-mengena dengan istilah bankrap.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata Felda pernah meminjam RM4.975 bilion daripada kerajaan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kuwait dan Tabung Saudi, kesemua pinjaman itu telah dibayar balik pada 2000, mencipta rekod 14 tahun lebih awal daripada jadual pembayaran sepatutnya," kata Ahmad.
Sehingga 31 Mei lalu, Felda telah mengelbiayai projek perumahan warga Felda, membiayai program Gedung Makanan Negara dan membiayai pembelian syarikat Malayan Sugar Manufacturing Holdings Bhd. (MSM)," kata Ahmad.
MSM yang telah dibeli sebanyak RM1.3 billion dari Kuok Group pada tahun 2009 merupakan syarikat yang pertama di bawah Kumpulan Felda yang disenaraikan di Bursa Malaysan Felda merupakan dua pemegang saham majoriti MSM masing-masing dengan pegangan 54% dan 20%.
Kini Felda tidak lagi menerima dana daripada Kerjaan Pusat sejak 1996. Ini bermakna Felda menguruskan sendiri kewangannya sejak tarikh itu.
Felda mungkin boleh bankrap sekiranya 341,000 hektar tanah milik agensi itu yang diuruskan Felda Plantations Sdn. Bhd. diserahkan kepada generasi kedua dan ketiga peneroka seperti yang dicadangkan oleh pakatan pembangkang dalam Buku Jingga.
Walaupun Felda Plantations hanya menguruskan 341,000 hektar atau 39% dari tanah Felda (61% tanah peneroka), hasil usaha perladangan inilah juga yang disalurkan semula kepada peneroka dalam bentuk infrastruktur, pembangunan, kebajikan, pendidikan untuk masa depan generasi Felda.
Sekiranya benar Felda akan bankrap, tidak mungkin Felda meneruskan tradisi memberi duit raya sejak 2003 kepada kesemua 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan seluruh negara. Wang itu adalah dari tabung wang Felda sendiri.

No comments:

Post a Comment