Friday, October 28, 2011

Hanya Orang Dalam Gua Yang Tidak Faham Konsep Gagasan 1Malaysia – Ahmad

KUALA LUMPUR, 27 Okt – “Hanya orang dalam gua sahaja yang masih tidak faham dan mempertikaikan konsep Gagasan 1Malaysia kerana lebih 70 peratus rakyat Malaysia faham dan tahu asas gagasan tersebut terutama dari sudut perpaduan, keharmonian dan menghormati perbezaan dalam kepelbagaian kaum,” ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan di sini,  hari ini.

Walaupun begitu katanya, sesi penerangan berhubung konsep Gagasan 1Malaysia itu akan diteruskan terutama dalam memberi kefahaman lebih jelas dalam lapan elemen yang terkandung dalam konsep gagasan tersebut.
“Di dalam aspek Gagasan 1Malaysia terdapat lapan nilai iaitu budaya prestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, budaya inovasi, integriti, ketabahan, kesetiaan dan kebijaksanaan. Kita di bahagian Penerangan telah melakukan pelbagai program untuk menerangkan lapan nilai ini kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Hasil daripada program yang berterusan inilah, rakyat Malaysia memahami bahawa Gagasan 1Malaysia adalah gagasan perpaduan, gagasan keharmonian antara pelbagai kaum. Tidak ada lagi di Malaysia ini yang tidak pernah mendengar perkataan 1Malaysia kecuali mereka duduk dalam gua,” katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan UMNO-Online di sini.
Jelas beliau lagi  tidak dapat dinafikan ada pihak yang seboleh-bolehnya cuba menentang gagasan 1Malaysia ini dan pihak tersebut terbahagi kepada dua kumpulan.
Kumpulan pertama tegasnya sudah pasti adalah pembangkang kerana mereka bimbang sekiranya 1Malaysia ini berjaya, mereka sudah pasti akan dipinggirkan malah mereka akan kehilangan kerusi dalam pilihan raya.
Kumpulan kedua pula menurut beliau adalah kumpulan tertentu yang cuba memperlekeh dan mempertikaikan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan walaupun mereka ini bukan terdiri daripada mereka yang suka berpolitik.
“Mereka ini tidak mahu mengambil tahu perkembangan dan tidak pernah merujuk dalam laman web 1Malaysia yang di dalamnya terdapat pelbagai maklumat dan jawapan daripada kemusykilan mereka.
“Pembangkang pula merasakan mereka mempunyai sokongan daripada kumpulan ini atas anggapan seolah-olah kerajaan ini tidak adil kepada pelbagai kaum dan sebagainya sedangkan 1Malaysia ini ada prinsip keadilan sosial untuk semua kaum”, ujarnya.
Malah tambah beliau lagi kumpulan yang suka memperlekeh ini ada mengatakan bahawa kerajaan yang ada sekarang menggadaikan bangsa Melayu dan sebagainya tetapi dalam konsep Gagasan 1Malaysia ini, jelas ternyata tertulis bahawa ianya berlandaskan perlembagaan.
“Apakah yang dimaksudkan dengan berlandaskan perlembagaan? Ianya membawa maksud bahawa Bahasa Melayu masih bahasa rasmi, Islam agama Persekutuan, Raja-Raja Melayu masih ada, masih didokong dan hak-hak istimewa orang Melayu masih kekal sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Inilah yang terdapat dalam konsep gagasan tersebut,” terangnya.
Tegas beliau lagi Gagasan 1Malaysia ini bukanlah sesuatu yang sukar difahami kerana apa yang pasti ianya membawa kepada banyak kebaikan demi perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia berbilang kaum.
“Jadi, terimalah konsep gagasan ini dengan baik kerana ianya memang membawa kebaikan untuk kemajuan negara,” ujar beliau. -MediaUMNO

Dinamika Serantau jadikan Malaysia, Indonesia negara Islam contoh

Tuesday, October 25, 2011

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BAJET 2012 (YB. DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN) TIMB. MENTERI DI JPM (FELDA/APMM/SPAD)








Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat Pertanyaan Lisan PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR [ LEMBAH PANTAI ] 25 OKTOBER 2011 (SELASA)


Mohd. Isa belum dilantik Pengerusi KPF

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad masih belum dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) secara rasmi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pelantikan Mohd. Isa seperti diputuskan Ahli Lembaga Pengarah Felda akan dilaksanakan mengikut undang-undang yang diperuntukkan Akta Koperasi 1993 dan Undang-Undang Kecil KPF.
"Tan Sri Mohd. Isa masih belum dilantik jadi Pengerusi KPF, sekarang ini Pengerusi KPF ialah Pengarah Besar Felda (Datuk Zulkifli Abdul Wahab) .
"Sebenarnya jika beliau menjadi Pengerusi KPF, dia tidak mempunyai kuasa eksekutif sebagai mana yang ada padanya di Felda sebab kita tidak mahu ada kuasa eksekutif dalam KPF. Apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya, bukan apa yang dibimbangkan," katanya.
Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) sebelum itu mempertikaikan pelantikan Mohd. Isa yang dianggap mempunyai konflik kepentingan sehingga menafikan pihak lain yang mempunyai kelayakan menerajui koperasi berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Jabatan Perdana Menteri di Parlimen hari ini.
Ahmad berkata, pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi berkaitan FELDA juga berdasar kepada Tatacara dan Urus Tadbir Syarikat.
"Oleh itu, pelantikan beliau sebagai Pengerusi di dalam beberapa syarikat berkaitan Felda tidak menimbulkan konflik kepentingan.
"Ini kerana, kesemua syarikat berkenaan di bawah Kumpulan Felda dan setiap pertubuhan atau syarikat diurus mengikut akta berkaitan dengan entiti berkenaan," katanya.

RM170,000 setahun urus 170 masjid, surau

PONTIAN 24 Okt. - Parlimen Pontian memperuntukkan sebanyak RM170,000 setiap tahun bagi membiayai pengurusan 170 masjid dan surau, yang mana setiap institusi agama terbabit mendapat RM1,000 sebulan.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah itu 54 daripadanya adalah masjid dan 116 lagi surau.
"Tujuan kita memberikan peruntukan itu bagi membolehkan institusi tersebut menggunakan wang itu untuk tujuan pengurusan termasuk pembayaran bil elektrik, air, mengadakan gotong-royong dan apa juga aktiviti berkaitan.
"Bagi masjid dan surau kita berikan jumlah yang sama iaitu RM1,000 kerana masjid dapat mengumpul dananya pada setiap minggu melalui kutipan derma pada solat Jumaat, manakala surau mempunyai jumlah kariah yang kecil dan hanya dapat mengumpul dana dua kali setahun iaitu pada Aidilfitri dan Aidiladha, " katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Masjid dan Surau Cemerlang Parlimen Pontian yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Datuk Zainal Abidin Osman di sini baru-baru ini.
Dalam majlis tersebut, Masjid Jamek Pulai Sebatang dari Mukim Api-Api mendapat tempat pertama dalam kategori masjid dengan hadiah wang tunai RM4,000, plak dan sijil penyertaan.
Masjid Jamek Parit Betak dari Mukim Benut menduduki tempat kedua dan membawa pulang RM3,000, plak dan sijil penyertaan sementara tempat ketiga dimenangi oleh Masjid Jamek Jalan Parit Ibrahim dari Mukim Pontian menerima RM2,000, plak dan sijil penyertaan.

Monday, October 24, 2011

24 Oktober 2011

Dari ofis saya di PWTC nak ke D Palma Ampang rasmi prgm Institut Profesional Baitulmal mlm ini

Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat : Pertanyaan Lisan DATO’ HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID (KUALA KRAU) 18 OKTOBER 2011


Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat : Pertanyaan Lisan DATO’ MOHD JIDIN BIN SHAFEE 13 OKTOBER 2011


Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat : Pertanyaan Lisan, DATO’ KAMARUL BAHARIN BIN ABBAS, 10 OKTOBER 2011



Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat : Pertanyaan Lisan, DATUK SERI UTAMA SHAHRIR BIN AB. SAMAD [ JOHOR BAHRU ] TARIKH 6 OKTOBER 2011 (KHAMIS)


Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat : Pertanyaan Lisan, DR. TAN SENG GIAW [ KEPONG ] 6 OKTOBER 2011 (KHAMIS)


(Video) Cabar Lim Guan Eng Buat Report Polis

video

23 panel peguam GWGF bantu selesai aduan peneroka

SHAH ALAM 24 Okt. – Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) melantik 23 panel peguam yang terdiri daripada anak-anak peneroka bagi membantu menyelesaikan aduan peneroka di 317 tanah rancangan Felda secara percuma.

Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail berkata, khidmat peguam di bawah program ”Skuad Peguamku” dapat membantu peneroka terutama dalam proses timbang tara berkenaan isu peratusan kadar perahan sawit.
Katanya, GWGF melalui Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) sehingga kini telah menerima 2,297 aduan daripada peneroka Felda, di mana 400 daripada aduan tersebut adalah berkaitan gred buah sawit.
Rozali berkata, jalan tengah kepada isu peratusan kadar perahan sawit itu agar tidak dikemukakan ke mahkamah adalah dengan membawa kes berkenaan kepada Majlis Timbang Tara yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
"Proses timbang tara bermula apabila Felda membuat kajian dan berbincang dengan wakil peneroka yang mengadu dan diwakili Skuad Peguamku,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
"Jika persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak, maka kes dianggap selesai dan jika tiada persetujuan perkara ini akan diangkat ke Mahkamah Timbang Tara,” katanya.

1Malaysia kesinambungan pemimpin terdahulu



Mohd. Shafie Apdal berucap pada majlis Penerangan Perdana Peringkat negeri di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam. - BERNAMA


MELAKA 23 Okt. - Konsep menyatupadukan rakyat berbilang kaum menerusi gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti meneruskan kesinambungan perjuangan yang dipelopori oleh Perdana Menteri terdahulu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, rakyat perlu yakin dengan gagasan tersebut kerana Perdana Menteri mempunyai wawasan serta sangat konsisten dalam melaksanakan dasar-dasar untuk membangunkan negara.
"Dasar-dasar yang dibawa oleh Najib menjurus untuk membantu rakyat berbilang kaum yang meneruskan kesinambungan kepimpinan Perdana Menteri terdahulu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Perdana Menteri mempunyai kebijaksanaan untuk memimpin sebuah negara seperti Malaysia kerana dasar-dasar yang dibawa menjurus kepada kesejahteraan seluruh rakyat berbilang kaum tidak kira India, Cina, Melayu, Kadazan, Iban dan sebagainya," katanya.
Beliau berucap di hadapan kira-kira 5,500 orang pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional, Datuk Ahmad Maslan; pemimpin dan ahli komponen Barisan Nasional (BN) dan pelbagai lapisan masyarakat.
Mohd. Shafie turut menegaskan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini cukup menyeluruh dan konsisten menyentuh kepentingan semua kaum dan peringkat masyarakat.
Beliau menambah, sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini juga telah mewujudkan keamanan dan kestabilan politik sejak merdeka.

Misi menangkan semua calon cabaran berat BN

Muhyiddin rasmi Majlis Penerangan Perdana Sabah 30 Oktober

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijadual merasmikan Majlis Penerangan Perdana peringkat negeri Sabah pada 30 Oktober ini.  Pengerusi Exco Penerangan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad, berkata majlis itu akan diadakan di Dewan Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Sabah, bermula 8 pagi dan dijangka dihadiri 6,000 orang terdiri pemimpin masyarakat dan wakil badan bukan kerajaan. Majlis Penerangan Perdana itu diadakan bagi memberi penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Sapawi berkata, pada majlis itu, taklimat mengenai isu semasa, pilihan raya dan keselamatan negara masing-masing akan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamarudin Baria dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

UMNO tidak terbabit HIMPUN

KUALA LUMPUR: UMNO tidak terbabit dalam penganjuran perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata dakwaan kononnya parti itu menjadi dalang penganjuran perhimpunan itu bersifat liar dan tidak berasas. 
“UMNO tidak ada kena mengena. Ini kerja NGO (badan bukan kerajaan),” katanya kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam. Beliau mendakwa terdapat pihak tertentu cuba mempolitikkan perhimpunan itu dengan menuduh ia program dianjurkan UMNO yang kononnya cuba membangkitkan sentimen perkauman.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, UMNO bagaimanapun tidak menyekat ahlinya untuk menyertai perhimpunan berkenaan memandangkan ia diadakan di tempat bertutup dan mendapat permit polis. 

“Ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah berbanding perhimpunan jalanan atau demonstrasi yang tidak terkawal,” katanya. 

Perhimpunan yang bertemakan ‘Selamatkan Akidah’ itu anjuran bersama NGO Islam, institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau serta tenaga guru.

Kebangkitan Gelombang Biru di Selangor

Kebangkitan Gelombang Biru di Selangor

MUHYIDDIN Yassin (kiri) berucap pada Majlis Perhmpunan Perdana Peringkat Negeri Selangor di Universiti Putra Malaysia, Serdang, semalam.


SEPANG 22 Okt. - Sudah ada kebangkitan Gelombang Biru di seluruh Selangor ketika ini dengan wujud kesedaran baru dalam kalangan rakyat negeri itu mengenai kepincangan pentadbiran pakatan pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berucap di hadapan lebih 5,000 orang pada Program Nurani Rakyat: Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional (BN) di SRJK (C) Dengkil di sini pagi ini, Timbalan Perdana Menteri percaya rakyat Selangor sudah dapat menilai baik buruk pemerintahan tiga tahun kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
"Dalam tiga tahun ini, banyak masalah dan penyelewengan yang berlaku (di Selangor) disebabkan Menteri Besarnya, antaranya sekatan-sekatan berniaga. Contohnya, pemaju perumahan dikenakan syarat-syarat yang susah (untuk dipenuhi)...dahulu di bawah BN, tak susah.
"Kerana syarat-syarat ini, hidup kita susah, (sedangkan) kita di bawah BN ada pengalaman memerintah selama 54 tahun," kata beliau pada program yang turut dihadiri para pemimpin BN negeri itu.
Muhyiddin turut menarik perhatian mengenai sikap tidak ambil serius kerajaan PKR Selangor dalam menyelesaikan isu bekalan air di negeri itu.
Menurut beliau, pengguna yang dianggarkan 1.8 juta orang di beberapa kawasan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal mengalami krisis bekalan air sekiranya Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 masih belum siap pada 2014
"Saya beritahu seorang wakil Selangor dalam mesyuarat Majlis Air Negara baru-baru ini bahawa ini masalah serius dan minta selesaikan, jangan fikir soal berniaga dan nak untung, yang penting dahulukan rakyat.
"Kalau Langat 2 dia (kerajaan negeri) tak izinkan, penduduk di Selangor dan Wilayah Persekutuan akan tanggung kesusahan...Menteri Besarnya hari ini cakap okey, esok tidak okey...ini macam flip flop, saya bercakap soal air, kalau tidak selesai, rakyat akan susah," katanya.
Sementara itu ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Selangor di Universiti Putera Malaysia (UPM), Serdang, hari ini, Muhyiddin mahu segala masalah kepimpinan dalam komponen BN diselesaikan segera bagi mengelak ia menjadi beban kepada parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
"Kalau ada masalah selesaikan masalah sekarang, kita kena akui. Jangan tambah beban kepimpinan dalam parti," katanya pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Selangor di Universiti Putera Malaysia (UPM) di sini, hari ini.
Majlis yang dihadiri kira-kira 4,500 penyokong BN itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan.
Muhyiddin mengingatkan pemimpin di semua peringkat parti supaya mengambil iktibar daripada kekalahan BN di sesetengah kawasan pada pilihan raya lalu.
"Jangan jadi macam pilihan raya lalu, bila Presiden parti buat keputusan nak bubar Parlimen semua kata sudah sedia.
"Bila tanya hendak pilih siapa untuk jadi calon, semua serahkan kepada Presiden, tapi bila sampai masa pilihan raya apa yang dikata tidak dikotakan," katanya. Perdana Menteri mengingatkan pemimpin di semua peringkat parti supaya mengambil iktibar daripada kekalahan BN di sesetengah kawasan pada pilihan raya lalu.
"Jangan jadi macam pilihan raya lalu, bila Presiden parti buat keputusan nak bubar Parlimen semua kata sudah sedia.
"Bila tanya hendak pilih siapa untuk jadi calon, semua serahkan kepada Presiden, tapi bila sampai masa pilihan raya apa yang dikata tidak dikotakan," katanya.

Majlis Penerangan Perdana Negeri Melaka (23 Oktober 2011)

 MPP Melaka pagi tadi..hampir 5 ribu hadir
 Laungan Hidup Barisan dlm Ceramah MPP Melaka
MPP Melaka hari ini dirasmi DS Shafie Afdal sblh tgh & DS Ali sblh pagi..hadir lebih kurang 5 ribu org di Dwn Seri Negeri..satu lagi kejayaan dan 9 negeri dah selesai.

Majlis Penerangan Perdana Negeri Selangor (22 Oktober 2011)

 Berucap dlm MPP Selangor dgn latar gambar PM & TPM
 Antara yg hadir dlm MPP Selangor di UPM

19 Oktober 2011

 Bersama YBM Tengku Razaleigh di Dewan Rakyat smlm 
Rasmi Restoren D'Ladang Bistro milik rakan keluarga Asyraf Haziq London di Seri Kembangan tghari tadi
Tutup Seminar 1Msia & Ketahanan Negara tadi di Seri Pacific ptg ini

Sunday, October 23, 2011

Pasangan warga emas terima bantuan Kemas

PONTIAN 20 Okt. - Pasangan warga emas, Karno Samaini, 104, dan Rupiah Kardi, 90, tidak menyangka akan menerima kunjungan rombongan pemimpin dan pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang prihatin dengan kehidupan mereka.

Lebih membuatkan pasangan itu terkejut apabila rombongan yang diketuai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Fauzi Sunawan bukan sahaja bertanya khabar, malah menyampaikan bantuan sara hidup oleh Kemas.
Bantuan berupa barangan makanan itu disampaikan Mohd. Fauzi sebagai mewakili Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian di Benut di sini hari ini.
Selain pasangan warga emas itu yang tinggal bersama anak perempuan mereka yang juga seorang ibu tunggal, rombongan tersebut yang turut disertai Penyelia Kanan Kemas Parlimen Pontian, Muhamddan Ahmad dan Penyelia Perhubungan Kemas Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Rahmat Abdullah.
Rombongan berkenaan turut menyampaikan sumbangan kepada Zainon Zainal, 56, seorang ibu tunggal yang tinggal bersama tiga cucu serta seorang anak perempuan yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Lebih menyedihkan, Zainon yang menghidapi penyakit jantung hanya mengharapkan hasil jualan membuat kuih-muih bagi membiayai kehidupan mereka sekeluarga.
Sementara itu, Muhamddan berkata, bantuan sara hidup itu bertujuan membantu golongan yang memerlukan bagi meringankan kehidupan seharian mereka.
Beliau berkata, penerima bantuan dikenal pasti menerusi kerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat.

Monday, October 17, 2011

17 Oktober 2011

 Pertemuan dgn wakil2 Persatuan Teksi Bandaraya JB di Parlimen hari ini
Perjumpaan dgn wakil Menteri negara Bangladesh hari ini di Parlimen

Majlis Penerangan Perdana Negeri Perlis (16 Oktober 2011)

MPP Perlis hari ini.. Penerangan oleh DS Radzi Sheikh Ahmad, Saya, Dato Rosly PDRM, Dato Nordin SPR, DS Dr Md Isa Sabu MB & dirasmi oleh DS Hishamuddin.. dlm dewan ini 1500, luar & dewan kecil sebelah 1 ribu lagi.. 3500 adalah besar utk negeri kecil Perlis..DS Azmi Khalid & YB2 majoriti hadir..

 MPP Perlis di Dewan Warisan Kangar
Depan Pejabat Menteri Besar Perlis di Kangar pagi ini