Tuesday, October 11, 2011

102,560 peneroka Felda langsai bayaran balik pinjaman


102,560 peneroka Felda langsai bayaran balik pinjaman

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Dewan Rakyat hari ini diberitahu seramai 102,560 peneroka sudah melangsaikan bayaran balik pinjaman berjumlah RM3,105 juta kepada Felda.
Bagaimanapun kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, seramai 10,075 peneroka belum menyelesaikan pinjaman berjumlah RM92.863 juta.
"Daripada jumlah itu, RM28.58 juta masih dalam tempoh bayaran kembali yang dijadualkan berakhir pada 2017, manakala RM64.28 juta adalah dalam bentuk tunggakan,” katanya menjawab soalan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Teluk Kemang) di sini.
Kamarul Baharin ingin tahu butiran terakhir peneroka yang masih berhutang dengan Felda dan jumlah wang simpanan peneroka dalam Tabung Caruman Tanam Semula setakat ini.
Ahmad berkata sehingga 1 Okt 2011, jumlah pinjaman bagi 112,635 peneroka adalah RM3,220 juta, merupakan kos pembangunan yang didahulukan Felda meliputi kos pembersihan hutan, pembangunan ladang, pembinaan sebuah rumah dan pinjaman persendirian. - Bernama

No comments:

Post a Comment