Sunday, October 2, 2011

2 Oktober 2011 - Guan Eng Dicabar Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Sultan Johor

PERMATANG PAUH, 2 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  untuk menghadap Sultan Johor untuk memohon maaf secara berdepan berhubung dakwaan buruk terhadap negeri Johor yang dibuatnya baru-baru ini.
“Jika Lim Guan Eng tidak sanggup membuatnya, ini membuktikan bahawa permohonan maafnya tidak ikhlas, masih membuat kenyataan penafian di sebalik kenyataan permohonan maafnya sedangkan secara bertulis, secara rakaman terutama di Singapura itu jelas menunjukkan bahawa beliau telah menyatakan bahawa orang Singapura tidak selamat di Johor, kemungkinan diculik dan sebagainya,” ujar beliau selepas Majlis Penerangan Perdana di UiTM Permatang Pauh di sini, hari ini.
Justeru, beliau selaku anak Johor mencabar Lim Guan Eng untuk memohon maaf secara bersemuka dengan Sultan Johor atas kenyataan biadapnya yang melukakan hati Sultan Johor dan rakyat Johor keseluruhannya.
“Sebagai Ketua Menteri, beliau sebenarnya tidak perlu berbuat demikian untuk menaikkan pelaburan di negeri Pulau Pinang.
“Pulau Pinang tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Maida, MITI, MATRADE yang jauh lebih besar jasanya membawa pelaburan ke sini berbanding usaha beliau sendiri”, katanya.
Dalam masa yang sama, Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon menyifatkan Lim Guan Eng tidak jujur dalam permohonan maafnya kepada Sultan Johor dan rakyat Johor kerana beliau masih terus menyalahkan media yang didakwa di bawah kawalan BN seolah-olah memutar belitkan kata-kata dan kenyataan yang dibuatnya sendiri.

Kerusi 2800 penuh di Dewan UiTM Pmtg Pauh Majlis Penerangan Perdana hari ini..9 ADUN BN & 8 Ketua UMNO Bhg hadir serta MIC, MCA, Gerakan, PPP, NGOs, Agensi, Belia..TS Koh Tsu Koon rasmikan ganti DS Zahid Hamidi..Saya, SPR D Kamarudin Baria, Polis D Rosli KCK Penang berikan input..Bahan2 bercetak juga diberi..hadirin penuh dari 8 pg hingga 1 tgh.. salam
 Berucap menerang mencabar menjelas di UiTM tadi
 Bersama Ketua PPP, Ketua Gerakan, KP ICU, SU Politik depan UiTM Pmtg Pauh pagi tadi
Di airport Penang bersama TS Koh Tsu Koon & pegawai

No comments:

Post a Comment