Monday, October 24, 2011

Kebangkitan Gelombang Biru di Selangor

Kebangkitan Gelombang Biru di Selangor

MUHYIDDIN Yassin (kiri) berucap pada Majlis Perhmpunan Perdana Peringkat Negeri Selangor di Universiti Putra Malaysia, Serdang, semalam.


SEPANG 22 Okt. - Sudah ada kebangkitan Gelombang Biru di seluruh Selangor ketika ini dengan wujud kesedaran baru dalam kalangan rakyat negeri itu mengenai kepincangan pentadbiran pakatan pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berucap di hadapan lebih 5,000 orang pada Program Nurani Rakyat: Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional (BN) di SRJK (C) Dengkil di sini pagi ini, Timbalan Perdana Menteri percaya rakyat Selangor sudah dapat menilai baik buruk pemerintahan tiga tahun kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
"Dalam tiga tahun ini, banyak masalah dan penyelewengan yang berlaku (di Selangor) disebabkan Menteri Besarnya, antaranya sekatan-sekatan berniaga. Contohnya, pemaju perumahan dikenakan syarat-syarat yang susah (untuk dipenuhi)...dahulu di bawah BN, tak susah.
"Kerana syarat-syarat ini, hidup kita susah, (sedangkan) kita di bawah BN ada pengalaman memerintah selama 54 tahun," kata beliau pada program yang turut dihadiri para pemimpin BN negeri itu.
Muhyiddin turut menarik perhatian mengenai sikap tidak ambil serius kerajaan PKR Selangor dalam menyelesaikan isu bekalan air di negeri itu.
Menurut beliau, pengguna yang dianggarkan 1.8 juta orang di beberapa kawasan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal mengalami krisis bekalan air sekiranya Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 masih belum siap pada 2014
"Saya beritahu seorang wakil Selangor dalam mesyuarat Majlis Air Negara baru-baru ini bahawa ini masalah serius dan minta selesaikan, jangan fikir soal berniaga dan nak untung, yang penting dahulukan rakyat.
"Kalau Langat 2 dia (kerajaan negeri) tak izinkan, penduduk di Selangor dan Wilayah Persekutuan akan tanggung kesusahan...Menteri Besarnya hari ini cakap okey, esok tidak okey...ini macam flip flop, saya bercakap soal air, kalau tidak selesai, rakyat akan susah," katanya.
Sementara itu ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Selangor di Universiti Putera Malaysia (UPM), Serdang, hari ini, Muhyiddin mahu segala masalah kepimpinan dalam komponen BN diselesaikan segera bagi mengelak ia menjadi beban kepada parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
"Kalau ada masalah selesaikan masalah sekarang, kita kena akui. Jangan tambah beban kepimpinan dalam parti," katanya pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Selangor di Universiti Putera Malaysia (UPM) di sini, hari ini.
Majlis yang dihadiri kira-kira 4,500 penyokong BN itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan.
Muhyiddin mengingatkan pemimpin di semua peringkat parti supaya mengambil iktibar daripada kekalahan BN di sesetengah kawasan pada pilihan raya lalu.
"Jangan jadi macam pilihan raya lalu, bila Presiden parti buat keputusan nak bubar Parlimen semua kata sudah sedia.
"Bila tanya hendak pilih siapa untuk jadi calon, semua serahkan kepada Presiden, tapi bila sampai masa pilihan raya apa yang dikata tidak dikotakan," katanya. Perdana Menteri mengingatkan pemimpin di semua peringkat parti supaya mengambil iktibar daripada kekalahan BN di sesetengah kawasan pada pilihan raya lalu.
"Jangan jadi macam pilihan raya lalu, bila Presiden parti buat keputusan nak bubar Parlimen semua kata sudah sedia.
"Bila tanya hendak pilih siapa untuk jadi calon, semua serahkan kepada Presiden, tapi bila sampai masa pilihan raya apa yang dikata tidak dikotakan," katanya.

No comments:

Post a Comment