Monday, October 17, 2011

MRT, kerajaan jamin bangunan di Jalan Sultan tidak diroboh

 

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Kerajaan memberi jaminan bahawa 20 bangunan di sepanjang Jalan Sultan di sini tidak akan dirobohkan berikutan perancangan membina projek Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana bangunan berkenaan merupakan sejarah penting bagi bandar raya ini walaupun ia tidak diwartakan sebagai bangunan warisan.
Keputusan itu, katanya dibuat selepas mengambil kira lebih 7,000 pandangan orang ramai terutama penduduk serta pemilik bangunan kawasan sekitar yang disampaikan melalui e-mel, surat serta borang.
Beliau menjelaskan, sebanyak 70 peratus jajaran projek itu melalui tanah kerajaan, namun terdapat beberapa lokasi yang memerlukan pengambilan tanah dan prosesnya dibuat mengikut lunas undang-undang dengan pampasan ditentukan berdasarkan harga pasaran.
"Pemilik projek akan melakukan apa yang diperlukan untuk memastikan kerja terowong tidak menjejaskan bangunan itu,” katanya ketika menjawab soalan Tan Sri Dr. Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) yang ingin tahu perkembangan rancangan membina MRT bawah tanah pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

No comments:

Post a Comment