Monday, October 24, 2011

Muhyiddin rasmi Majlis Penerangan Perdana Sabah 30 Oktober

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijadual merasmikan Majlis Penerangan Perdana peringkat negeri Sabah pada 30 Oktober ini.  Pengerusi Exco Penerangan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad, berkata majlis itu akan diadakan di Dewan Kuliah Pusat, Universiti Malaysia Sabah, bermula 8 pagi dan dijangka dihadiri 6,000 orang terdiri pemimpin masyarakat dan wakil badan bukan kerajaan. Majlis Penerangan Perdana itu diadakan bagi memberi penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Sapawi berkata, pada majlis itu, taklimat mengenai isu semasa, pilihan raya dan keselamatan negara masing-masing akan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamarudin Baria dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

No comments:

Post a Comment