Sunday, October 23, 2011

Pasangan warga emas terima bantuan Kemas

PONTIAN 20 Okt. - Pasangan warga emas, Karno Samaini, 104, dan Rupiah Kardi, 90, tidak menyangka akan menerima kunjungan rombongan pemimpin dan pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang prihatin dengan kehidupan mereka.

Lebih membuatkan pasangan itu terkejut apabila rombongan yang diketuai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Fauzi Sunawan bukan sahaja bertanya khabar, malah menyampaikan bantuan sara hidup oleh Kemas.
Bantuan berupa barangan makanan itu disampaikan Mohd. Fauzi sebagai mewakili Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian di Benut di sini hari ini.
Selain pasangan warga emas itu yang tinggal bersama anak perempuan mereka yang juga seorang ibu tunggal, rombongan tersebut yang turut disertai Penyelia Kanan Kemas Parlimen Pontian, Muhamddan Ahmad dan Penyelia Perhubungan Kemas Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Rahmat Abdullah.
Rombongan berkenaan turut menyampaikan sumbangan kepada Zainon Zainal, 56, seorang ibu tunggal yang tinggal bersama tiga cucu serta seorang anak perempuan yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Lebih menyedihkan, Zainon yang menghidapi penyakit jantung hanya mengharapkan hasil jualan membuat kuih-muih bagi membiayai kehidupan mereka sekeluarga.
Sementara itu, Muhamddan berkata, bantuan sara hidup itu bertujuan membantu golongan yang memerlukan bagi meringankan kehidupan seharian mereka.
Beliau berkata, penerima bantuan dikenal pasti menerusi kerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat.

No comments:

Post a Comment