Monday, October 17, 2011

Pembangkang guna isu kaum, agama

Pembangkang guna isu kaum, agama
2011/10/17

HISHAMMUDDIN berucap ketika menutup Majlis Penerangan Perdana peringkat negeri Perlis di  Dewan Warisan, Kangar, di sini, semalam.
HISHAMMUDDIN berucap ketika menutup Majlis Penerangan Perdana peringkat negeri Perlis di Dewan Warisan, Kangar, di sini, semalam.
Cetus propaganda kelirukan masyarakat, sasar agensi keselamatan: Hishammuddin KANGAR: Pembangkang kini dilihat semakin terdesak apabila sanggup menggunakan isu keagamaan dan perkauman sebagai senjata khusus untuk mewujudkan propaganda dalam masyarakat.

Malah, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang selama ini mengekang kebebasan mereka dalam memanipulasi isu terbabit, dilihat mula digunakan sebagai kesempatan untuk menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat dengan menjadikan beberapa agensi tonggak keselamatan negara sebagai sasaran.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kegiatan itu walaupun sudah lama dikesan berlaku, namun semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini terutama selepas pengumuman pemansuhan ISA. Sehubungan itu, katanya, beliau memberi jaminan penuh tindakan pemansuhan ISA terbabit tidak akan memberi ruang yang mudah kepada mana-mana pihak. “Kita tidak akan biarkan ada yang mengambil kesempatan walaupun akta lapuk sudah dimansuh. Sebaliknya, akta baru sebagai satu penambahbaikan akan diwujudkan dan ia akan disediakan dengan lebih jelas dan telus. “Ia (akta baru) akan sediakan perlindungan kepada rakyat supaya perkara sedemikian tidak jejaskan keharmonian, selain sentiasa menjamin apa yang kita bina sejak merdeka. Yang penting, ia mampu membawa pihak tidak bertanggungjawab yang menghuru-harakan negara ke muka pengadilan,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.Beliau berkata demikian selepas menutup Majlis Penerangan Perdana peringkat negeri Perlis yang dihadiri lebih 4,000 orang di Dewan Warisan, di sini. Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. Mengulas mengenai propaganda pembangkang, katanya, pihak berkenaan bukan saja menjadikan isu berbaur perkauman dan keagamaan sebagai formula, tetapi turut memperlekeh sistem kehakiman negara serta menyerang agensi yang menjadi tonggak keamanan serta keselamatan negara, terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, secara dasar selain soal keagamaan dan perkauman, empat lagi isu dikesan turut menjadi sasaran pembangkang termasuk meliputi soal kewarganegaraan, warga asing, indeks jenayah serta pengundi hantu. “Kita terpaksa turun padang untuk jawab tohmahan sedemikian walaupun ia sememangnya hanya bersifat tuduhan semata-mata. “Sebagai contoh isu pemberian taraf kewarganegaraan kepada warga asing terutama Bangladesh yang bukan saja dinafikan pihak Pesuruhjaya Bangladesh, tetapi turut disahkan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), " katanya. 

No comments:

Post a Comment