Monday, November 21, 2011

Amanat PM sentuh persediaan pilihan raya, transformasi politik

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Amanat khas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, yang julung kali diadakan khas bagi sayap Pemuda dan Puteri di sini hari ini, antara lain menekankan usaha transformasi politik serta persediaan parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata, amanat yang disampaikan Najib itu menetapkan rentak bagi membentuk minda dan suasana menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula 29 November ini.
Amanat itu adalah permulaan yang cukup baik bagi perhimpunan yang akan diadakan nanti, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berkenaan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata, taklimat itu turut menyentuh mengenai strategi untuk menawan negeri-negeri yang Barisan Nasional (BN) kalah, serta usaha mengekalkan kemenangan di negeri-negeri yang dimenangi pada pilihan raya umum lepas.
Ahmad berkata, selain itu pada pilihan raya umum akan datang, pengundi muda merangkumi 38.8 peratus daripada 12 juta pengundi, dan mereka berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun, dan memainkan peranan sebagai penentu kemenangan BN pada pilihan raya umum nanti.
Ke arah itu, katanya Pemuda dan Puteri UMNO memainkan peranan penting dalam mendekati kalangan pengundi muda ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment