Monday, November 28, 2011

Jom Chat bersama Ahmad petang ini

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Orang ramai berpeluang untuk berbual secara interaktif dengan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan apabila beliau akan tampil dalam ruangan"Jom Chat Bersama..." di laman web Utusan Online (www.utusan.com.my) pada pukul 5 petang esok, (Hari ini).

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan menjawab secara langsung soalan-soalan yang akan dilontarkan oleh pembaca Utusan Online, terutama berkaitan UMNO.
Pengarang Kanan Online, Gamal Nasir Mohd. Ali berkata, inilah kali pertama ruangan tersebut menampilkan seorang pemimpin politik kerana sebelum ini "Jom Chat Bersama..." sering membawakan artis-artis dan selebriti terkenal selain ahli-ahli sukan tempatan.



"Kehadiran Ahmad yang akan menjawab pertanyaan secara langsung oleh para pembacaUtusan Online ini amat bertepatan dengan Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung mulai Selasa ini," katanya.
Beliau berkata, "Jom Chat Bersama..." yang diadakan sejak lebih setahun lalu mendapat sambutan hangat kerana ia membuka peluang orang ramai serta para peminat bersoal jawab secara langsung dengan individu yang dibawakan.
Justeru katanya, Utusan Online berusaha untuk membawakan individu-individu dari pelbagai segmen bagi membolehkan mereka berinteraksi secara langsung dengan pembaca laman web tersebut.
Orang ramai boleh mengikuti bual interaktif bersama Ahmad itu menerusi laman web Utusan Online di www.utusan.com.my.

No comments:

Post a Comment