Menurutnya, kenyataan itu dilihat sebagai permainan yang sering digunakan untuk mengalih pandangan, seterusnya menutup kelemahan Pas, khususnya di Kelantan.Beliau mengingatkan pemimpin Pas, tidak terus menyalahkan orang lain hanya untuk mencari populariti demi kepentingan politik.“Tuduhan Nik Aziz adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat, apabila masalah HIV dan Aids semakin serius di negeri itu.“Kalau masalah itu diakui sendiri oleh seorang anggota Exco bertanggungjawab, ini bermakna masalah tersebut juga cukup serius sekali,” katanya selepas program korban di Masjid Parit Sikom, di sini.Katanya, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan perlu menjaga negerinya dan tidak menuding jari kepada pihak lain, semata-mata untuk melarikan diri dari sesuatu masalah yang berlaku.Kelmarin, Nik Aziz ketika ucapannya pada Majlis Penghayatan Hari Wukuf di Kota Bharu, menyalahkan Umno sebagai punca utama merebaknya gejala seperti seks bebas dan murtad.