Tuesday, November 29, 2011

Pembangkang Gusar, Cuba Kelirukan Rakyat Konsep 1Malaysia & Wasatiyyah



KUALA LUMPUR 28 Nov – Pembangkang hari ini dilihat berlagak pandai apabila cuba mengelirukan konsep Wasatiyyah dengan 1Malaysia yang disifatkan sebagai cubaan terdesak mereka setelah melihat kejayaan konsep berkenaan.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan berkata apa jua tafsiran mereka dan apa jua pandangan mereka ianya menjelaskan kepada rakyat dan masyarakat umum bahawa mereka khuatir dengan apa yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Orang yang mencetuskan Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia adalah orang yang sama. Yang mencetuskan Gagasan 1Malaysia adalah Datuk Seri Najib Razak dan beliau juga mencetuskan Wasatiyyah. Lain lah kalau orang mencetuskan Wasatiyyah itu Tan Sri Muhyiddin atau orang lain. Mereka silap sangka.
“Setiap kali pemimpin itu berubah dia ada beberapa gagasan dan bukannya satu, konsep, idea yang diketengahkan kepada rakyat itu bukannya satu. Contohnya transformasi…..Jika sebelum ini kita dengar Transformasi Kerajaan, sekarang ini kita dah dengar lima lagi transformasi yang diutarakan oleh Perdana Menteri.
“Itu tidak bermaksud transformasi itu slogannya lain…cuma pecahan-pecahan tertentu….apa dia…transformasi kerajaan, ekonomi, politik  kemudiannya “rural transformation program”, digital transformasi, dan tadi sewaktu perasmian forum antarabangsa Datuk Seri Najib sebut “Social Transformation Program”,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pertandingan akhir Pidato Piala Perdana Menteri anjuran Unit Pidato Pemuda UMNO, di sini, hari ini.
Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya menambah Gagasan 1Malaysia itu merupakan trasformasi program yang besar dan itu sebenarnya membimbangkan pembangkang.
“Mereka khuatir kerana kita ada gagasan yang cantik dan dilaksanakan dengan baik. Mereka cukup khuatir 1Malaysia ini berjaya. Kalau 1Malaysia berjaya mereka lingkup dan mereka tahu 1Malaysia ini banyak menunjukkan ciri-ciri kejayaan.
“Dan Wasatiyyah pula adalah gerakan kesederhanaan yang dipelopori oleh Malaysia untuk dunia supaya ditenggelamkan persepsi Islam itu fanatik, muslim itu ektremis selain untuk tenggelamkan persepsi negatif dunia terhadap Islam.
“Itu sebab ada Global Movement  For The Moderates yang dipelopori oleh Perdana Menteri  dalam tiga ucapan beliau di CHOGM, APEC mahupun di PBB,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment