Monday, November 21, 2011

Penjelasan PFN memuaskan

Kabinet tak perlu bincang isu: TPM

KUALA LUMPUR: Kerajaan berpuas hati dengan penjelasan berkaitan Pusat Fidlot Nasional (PFN) dan menganggap isu berkenaan tidak perlu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan sudah mengetahui kedudukan sebenar mengenai perkara itu dan kini terserah kepada masyarakat untuk menerima segala penjelasan yang dibuat oleh syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
“Kita cuma nak tahu fakta sebenar dan mereka sudah pun beri penjelasan. Malah media juga sudah diberi peluang untuk melawat (NFC) (kelmarin).“Bagi kerajaan, memang kita tahu kedudukan sebenarnya. Kita tidak termakan dengan cerita yang dibuat oleh pembangkang dan sebagainya,” katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari UNESCO Malaysia di ibu negara semalam yang diadakan buat kali pertama selepas 53 tahun negara menganggotai pertubuhan pendidikan, saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu.Kelmarin, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengadakan taklimat yang diikuti sidang media hampir dua jam bagi menjawab semua sembilan tuduhan yang dilemparkan pelbagai pihak termasuk pembangkang berkaitan projek PFN. Antara tuduhan yang dilemparkan itu termasuk mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil selain dakwaan penyelewengan dana bagi membeli kondominium mewah.Mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan sudah menerima laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu, Muhyiddin berkata, terserah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.“Itu terserah kepada polis mengenai siasatan dan sebagainya,” katanya.Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, menyifatkan penjelasan NFC itu melegakan banyak pihak dan membuktikan syarikat itu bertanggungjawab dengan apa yang sudah dilakukannya terhadap projek kerajaan itu.“Penjelasan itu sangat baik dan memberikan perspektif yang betul kepada rakyat mengenai isu berkenaan. Pada masa sama juga ia memperlihatkan taktik kotor pembangkang yang cuba memberikan fakta tidak cukup sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.“Saya rumuskan pembangkang cuba membangkitkan isu ini dengan mengemukakan fakta yang tidak lengkap dan cuba mengaitkan dengan UMNO kerana kedudukan Mohamad Saleh sebagai suami Shahrizat, sedangkan jelas syarikat itu tiada kaitan langsung dengan UMNO mahu pun Shahrizat sendiri,” katanya.Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Harun pula menyifatkan penjelasan itu cukup memberi gambaran sebenar isu berkenaan.“Penjelasan itu juga serta membuktikan syarikat terbabit bertanggungjawab dan tidak menyembunyikan fakta serta mampu menolak segala fitnah yang dilemparkan pembangkang kepada mereka.“Rakyat menilai sendiri dengan penjelasan ini dan berharap tiada lagi pihak akan mempertikaikan apa yang sudah dijelaskan,” katanya.Polis jamin siasat isu kondo RM10jKUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan isu pembelian sebuah kondominium mewah bernilai hampir RM10 juta di ibu negara yang didakwa menyalahgunakan dana projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Nasional (PFN) akan disiasat secara terperinci jika dakwaan itu terbukti sahih.Ismail turut mengesahkan laporan mengenai kontroversi itu, yang membabitkan keluarga seorang menteri Kabinet, sudah diserahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, malah beliau sudah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman untuk menjalankan siasatan lanjut.“Kita sudah terima laporan itu semalam dan dalam proses penelitian. Jika didapati wujud elemen penipuan atau pecah amanah dalam isu berkenaan, maka tindakan selanjutnya akan diambil, termasuk membuka kertas siasatan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat keselamatan kepada wakil kedutaan asing di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, di sini semalam.Isnin lalu, SPRM melalui kenyataan medianya memaklumkan menyerahkan siasatan kepada polis selepas diklasifikasikan sebagai kesalahan mengikut Kanun Kesek-saan.Projek PFN baru-baru ini yang dikendalikan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), anak syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd di Gemas, Negeri Sembilan dikecam pembangkang yang mendakwa wujud penyelewengan dana kerajaan membabitkan pinjaman mudah bernilai RM250 juta.Isu berkaitan PFN turut disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 selepas ia berdepan masalah apabila sasaran pengeluaran dikurangkan daripada 60,000 lembu kepada 8,000 lembu.Sementara itu, Ismail menyatakan kesal dan malu berhubung kehilangan wang RM11,700 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam Selasa lalu, yang juga sebahagian daripada bahan bukti kes samun membabitkan pegawai SPRM terhadap seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 15 September lalu.Katanya, siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian itu mengikut prosedur sepatutnya, malah tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pegawai dan anggota terbabit jika didapati berlaku kecuaian semasa mereka menjalankan tugas. 

No comments:

Post a Comment