Thursday, November 3, 2011

Usaha langgar norma masyarakat, hormati Perlembagaan



umno
KUALA LUMPUR - Umno membantah program Seksualiti Merdeka 2011 kerana ia tidak sesuai dianjurkan di negara ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, program berkenaan adalah usaha melanggar norma masyarakat di mana majoritinya adalah beragama Islam.Menurutnya, ini bukan budaya rakyat negara ini, malah percaya agama lain juga tidak setuju dengan penganjuran program yang tidak bermoral seperti ini.“Mungkin di negara barat ia sesuai dilakukan tetapi budaya ini tidak boleh disamakan dengan kehidupan dan kepercayaan rakyat negara ini.“Agama rasmi di negara ini adalah Agama Islam, justeru itu penganjur harus faham dan menghormati peruntukan Perlembagaan negara,” kata Ahmad Maslan selepas merasmikan Pra Pelancaran Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) 2011 di D’Saji Villa Felda, Jalan Semarak semalam.Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat negara ini pastinya tidak bersetuju dengan penganjuran ini dan yakin parti Pas juga menolak program negatif ini.Katanya, beliau juga mahu mendengar jawapan daripada Ketua Pembangkang dan parti Pas berhubung perkara ini yang sebelumnya menyokong Himpunan Bersih yang dianjurkan oleh Datuk S Ambiga sebelum ini.“Umno jelas dengan pendirian menolak program ini dan mahukan penganjur hentikan hasrat untuk mengadakan program ini. Perlakuan kepada ‘seksualiti songsang’ jelas tidak diterima oleh rakyat negara ini,” katanya.Mengulas lanjut berhubung Pra Pelancaran ABFM 2011, Ahmad Maslan berkata kira-kira 18 anugerah akan dipertandingkan dalam ABFM (Piala Perdana Belia Felda Malaysia) melibatkan 317 kawasan di seluruh negara.“Penilaian pertandingan sedang berlangsung dan anugerah tersebut dijangka akan disampaikan pada Februari 2012, ” katanya.

No comments:

Post a Comment