Monday, November 28, 2011

Wasatiyyah tenggelamkan fahaman ekstremis



KUALA LUMPUR 26 Nov. - Amalan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dilihat mampu 'menenggelamkan' fahaman ekstremis khususnya di kalangan orang Melayu dan umat Islam.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia juga memberi mesej agar semua pihak mengetepikan fahaman tersebut dalam apa jua tugas dan amanah yang dijalankan.
"Pendekatan wasatiyyah adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia dan ia semakin diterima baik kalangan lapisan masyarakat.
"Wasatiyyah adalah akar kepada gagasan 1Malaysia. Ia memberi mesej mengetepikan ekstremis dalam pelbagai tugas serta amanah yang dijalankan,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di seminar kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Seminar anjuran Penerangan UMNO itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, konsep berkenaan mampu 'memandu' seseorang ke arah kebaikan, kemajuan, benar dan merdeka.
"Dalam Perlembagaan negara juga ada wasatiyyah iaitu berlaku adil. Kita perlu berlaku adil kepada semua kaum.
"Selain adil, konsep tersebut merangkumi keseimbangan, pertengahan dan kesederhanaan. Inilah yang perlu diamalkan oleh semua pihak," ujarnya.

No comments:

Post a Comment