Monday, December 26, 2011

Belia Parit Jawa muncul Pertubuhan Belia Cemerlang




Ahmad Maslan (dua dari kiri) bersama Persatuan Belia Integrasi Kampung Parit Jawa yang memenangi anugerah Pertubuhan Belia Cemerlang di Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 22 Dis. - Pertubuhan Belia Integrasi Kampung Parit Jawa muncul johan kategori Pertubuhan Belia Cemerlang pada majlis Anugerah Belia Cemerlang Parlimen Pontian 2011 yang diadakan di sini baru-baru ini.
Tempat kedua dan ketiga, masing-masing diraih oleh Gerakan Belia 4B Sinar Wawasan dan Persatuan Belia Gemilang.
Bagi kategori kepimpinan, Timbalan Pengerusi Belia 4B Parlimen Pontian, Rosdi Hassan dinobatkan sebagai pemenang, manakala Md. Sulaiman Muhammed pula meraih kategori kesukarelaan.
Anugerah Tokoh Jasa Belia pula diberikan kepada Pengerusi Alumni 4B Pontian, Mohd. Jahis Othman; Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Megah, Tan Soo Hao dan Saraswathy Dewi daripada MIC Bahagian Pontian.
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Pertubuhan Belia Cemerlang, Kepimpinan, Kesukarelaan dan Tokoh Jasa Belia.
Menurutnya, anugerah itu diadakan sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan kepada sumbangan golongan belia terhadap masyarakat dan negara.

No comments:

Post a Comment