Monday, December 26, 2011

Program Juara Rakyat terus diperkasakan - Ahmad Maslan

MELAKA 24 Dis. — Pelaksanaan program Juara Rakyat akan terus diperkasakan mulai Januari depan dengan melibatkan seluruh rakyat di negara ini, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, Majlis Penerangan Perdana atau juga dikenali Ceramah Juara Rakyat yang menjadi antara pengisian program tersebut, akan diteruskan bukan hanya di peringkat negeri malah di peringkat parlimen.
"Ia bukan program syok sendiri kerana perlu melibatkan rakyat secara keseluruhan dan dilaksana mengikut tema yang telah diputuskan seperti keluarga, perpaduan, kebajikan, pendidikan, sukan, belia dan kerjaya,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Anggota Jawatankuasa Penerangan Barisan Nasional (BN) Melaka di sini, hari ini.
Ahmad berkata, antara kumpulan sasar program tersebut ialah anggota UMNO dan BN, belia, badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan swasta.
Katanya, sebanyak 2,400 aktiviti telah dilaksanakan di bawah program tersebut pada tahun lepas berbanding 2,100 akvitivi pada tahun ini. 

No comments:

Post a Comment