Monday, December 26, 2011

UMNO, BN tidak paksa wakil rakyatnya lepas jawatan

SEREMBAN 13 Dis. – UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak memaksa mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga Ahli Parlimen parti itu untuk menyatakan hasrat melepaskan jawatan mereka.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, apabila perkara itu berlaku sebenarnya ia memberikan ruang kepada pemimpin lain untuk memenuhi tanggungjawab tersebut.
"Ini bukan kerana mereka tidak baik dan mengambil contoh ADUN Bukit Naning, Datuk Abdullah Md Ali yang mengumumkan semalam beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
"Saya kenal Datuk Abdullah ini yang merupakan seorang yang rajin dan dia masih lagi bertenaga walaupun umurnya 68 tahun. Tapi kerana beliau berhasrat, ini memberi peluang kepada orang lain kerana itu kita rakamkan ucapan banyak terima kasih,” katanya kepada pemberita mengulas pengumuman Abdullah itu.
Beliau sebelum itu merasmikan Konvensyen Transformasi Belia Negeri Sembilan anjuran Majlis Belia Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau menghargai pengakuan seorang anggota parti yang lama berkhidmat dan banyak pengalaman seperti Abdullah bagi melepaskan kerusi itu untuk diberikan pada orang lain yang boleh menang.

No comments:

Post a Comment