Saturday, January 28, 2012

INFO MediaUMNO:

MediaUMNO... Dlm Majlis Empat Peringkat MEP Penerangan BN di Kota Kinabalu Sabah pagi tadi, Ketua Menteri DS Musa Aman menekankan ttg pentingnya pimpinan & ahli mengamalkan kesetiaan & keikhlasan dlm perjuangan parti tanpa mengutamakan kepentingan diri..D Ahmad Maslan pula menyebut Sabah adalah negeri ke 13 selesai prgm MEP bulan ini..Beliau meminta agar formula MB, MC, MD, ME diguna utk penerangan iaitu Media Bersemuka, Media Cetak, Media Digital & Media Elektronik.

28 Jan 2012: Majlis Empat Peringkat Penerangan BN Sabah





Tindakan ke atas ahli sabotaj parti



AHLI-AHLI Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat malam tadi bagi membincangkan hal-ehwal parti. Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat itu yang berlangsung di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR 27 Jan. – Jawatankuasa Disiplin UMNO akan mengambil tindakan disiplin lebih awal ke atas mana-mana pemimpin dan ahli yang cuba mensabotaj parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 berlangsung.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah proaktif itu bertujuan membendung anasir tidak sihat yang sering kali menjadi duri dalam daging kepada parti sebelum ini.
Katanya, jawatankuasa itu akan diketuai Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi pada masa sama beliau menegaskan mekanisme tindakan disiplin itu berdasarkan proses perbicaraan yang adil.
“Ini kali pertama langkah itu dilaksanakan. Kita tidak mahu berlaku sesuatu selepas pilihan raya baru kita bertindak ambil tindakan sedangkan pada masa itu parti sudah menerima kesan (sabotaj).
“Dalam parti yang besar seperti UMNO memang ada tindakan yang bertentangan dengan etika dan kepentingan parti. Sebab itu kita perlu bertindak lebih awal,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini malam ini.
Ditanya sama ada jawatankuasa itu sudah menerima aduan berhubung tindakan mensabotaj parti, Najib berkata, sehingga kini belum ada laporan mengenainya diterima.
Mengenai tindakan terhadap Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang dilihat banyak mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan kepentingan parti, katanya, ia akan dirujuk ke jawatankuasa berkenaan.
“Kalau ada apa-apa pun, ini mekanisme yang ada pada kita. Sesiapa yang ini (langgar etika parti), Jawatankuasa Disiplin punyai kuasa untuk bertindak,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang kini mendapat sambutan menggalakkan perlu mempunyai tempoh masa yang secukupnya bagi memastikan semua rakyat yang layak menerima bantuan tersebut tidak akan tercicir.
“Ia perlu kepada proses penentuan supaya yang layak dapat faedah dan tidak tertinggal serta mesti ada peluang untuk merayu supaya ia dapat diagih secara menyeluruh,” katanya.

Tanah rumah, kebun peneroka tiada dalam penyenaraian FGVH

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menjelaskan, tanah kebun dan tanah rumah milik peneroka tidak akan terlibat dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Sebaliknya beliau berkata, tanah terlibat adalah tanah milik Felda sepenuhnya yang telah dipajakkan kepada FGVH selama 99 tahun.
"Tanah ini milik Felda dan tanah peneroka tidak terlibat walaupun segenggam. Segala keistimewaan peneroka selama ini akan diteruskan. Bajet Felda berjumlah RM1.5 bilion itu juga tidak akan terjejas,'' ujar Maslan dalam satu kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu menjelaskan tiada tanah milik peneroka yang akan terlibat dalam projek FGVH kerana apa-apa projek oleh FGVH akan hanya melibatkan tanah-tanah milik Felda di seluruh negara.
Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan kesilapan laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyebut Felda mempunyai strategi mantap bagi penyenaraian FGVH yang dikatakan turut melibatkan pajakan tanah peneroka.

Kuala Lumpur, 27 Jan 2012: Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO




Kangar, 27 Jan 2012




KANGAR, 27 Jan -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melihat model rumah kos sederhana selepas melancarkan projek perumahan generasi kedua Felda sempena Majlis Mesra Rakyat di Felda Chuping di sini hari ini.
Turut sama Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad (tiga, kiri) dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (kiri).

Friday, January 27, 2012

27 Januari 2012







576 pelajar MRSM Pontian gembira terima bantuan



Mohd. Fauzi Sunawan (tengah) bersama pelajar-pelajar MRSM yang menerima bantuan persekolahan RM100 di Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 26 Jan. - Seramai 576 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian menerima bantuan persekolahan RM100 seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2012.
Mereka adalah sebahagian daripada 32,235 pelajar MRSM seluruh negara yang menerima bantuan persekolahan seperti di sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsan dan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri.
Majlis penyampaian sumbangan kepada para pelajar dilakukan oleh Setiausaha Sulit Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Fauzi Sunawan yang mewakili Datuk Ahmad Maslan.
"Bantuan ini jelas menunjukkan kerajaan tidak meminggirkan pelajar di MRSM dan ia diharap menjadi galakan dan rangsangan untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memastikan MRSM terus unggul," katanya ketika berucap pada majlis tersebut baru-baru ini.

Puteri Menangis juara desa cemerlang



PEMENANG Anugerah Desa Cemerlang Parlimen Pontian gembira bersama Mukhriz Mahathir (tengah) dan Ahmad Maslan di Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 26 Jan. – Kampung Puteri Menangis, Ayer Baloi dekat sini muncul juara dalam Anugerah Desa Cemerlang (ADC) 2011 peringkat Parlimen Pontian dengan menewaskan tujuh kampung lain di peringkat akhir, membolehkannya membawa pulang wang tunai RM25,000 serta projek pembangunan bernilai RM150,000.
Ketua Kampung Kawasan (1) Mukim Ayer Baloi, Ahmadon Md. Som berkata, kemenangan itu merupakan kejayaan buat kira-kira 2,000 penduduk Kampung Puteri Menangis melalui moto IPPLIK yang dipetik daripada perkataan jawa, ponorogo yang bermaksud sentiasa bekerja sepanjang masa.
“Melalui moto itu, penduduk di sini yang kebanyakannya berketurunan Jawa mampu meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi dalam bidang pertanian.
“Kampung Puteri Menangis juga melahirkan ramai kontraktor dari kelas F sehingga kelas tinggi dan mampu membina projek jutaan ringgit.
“Hadiah kemenangan RM25,000 akan digunakan bagi meningkatkan lagi keceriaan serta menambah baik kemudahan sedia ada bagi bertanding di peringkat daerah dan negeri,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu di sini baru-baru ini.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz Tun Dr. Mahathir sambil disaksikan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.
Tempat kedua disandang oleh Kampung Parit Haji Omar, Kampung Api-Api pula membawa pulang RM15,000 sementara Kampung Parit Marjunid, Sungai Pinggang di tempat ketiga dengan wang hadiah RM5,000.
Empat kampung lain yang layak ke peringkat akhir masing-masing menerima RM2,000 iaitu Kampung Kayu Ara Pasong. Kampung Parit Yassin, Kampung Permatang Palas dan Kampung Parit Makuasang.
Sementara itu, bagi Setiausaha JKKK Kawasan (1) Mukim Ayer Baloi, Sapari Sohadi menyifatkan kejayaan tersebut cukup manis setelah semua pihak bertungkus-lumus sepanjang beberapa bulan yang lalu melalui produk inap desa yang telah berjaya menarik pengunjung dalam dan luar negara.
“Inap desa itu sesuai bagi mereka yang mahukan suasana kampung dan mengikuti aktiviti pertanian yang dilakukan.
“Kemenangan ini akan menjadi perintis kepada kejayaan lebih besar melalui gandingan generasi lama dan muda dalam pertandingan peringkat daerah nanti,” katanya.

Tuduhan melulu Anak tanpa sandar ilmu ekonomi

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Tuduhan melulu Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) yang diketuai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman bahawa Felda akan mengalami defisit RM1.5 bilion setahun ekoran penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH) ke Bursa Malaysia dibuat tanpa bersandarkan ilmu ekonomi matang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tuduhan itu sengaja dibuat oleh badan propembangkang tersebut bagi menimbulkan rasa kurang senang peneroka Felda terhadap kerajaan.
Katanya, Felda mempunyai strategi mantap bagi memastikan penyenaraian FGVH memberi pulangan memberangsangkan seperti melalui keuntungan bersama setiap tahun, termasuk nilai pajakan tanah peneroka selama 99 tahun, pengapungan, pelaburan sedia ada dan jumlah pelaburan setiap tahun.
"Jadi ini tuduhan orang yang tak bermaklumat dan berlagak pandai, mereka membuat keterangan tanpa merujuk kepada kita. Kalau tidak tahu, tanyalah saya," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Seminar Angkatan Prihatin Terengganu (APT) di sini malam ini.
Beliau mengulas dakwaan Mazlan hari ini yang menyatakan kononnya penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia akan menyebabkan Felda mengalami defisit tahunan RM1.5 bilion.
Ahmad menambah, penyenaraian FGVH juga tidak menggugat para peneroka Felda kerana syarat penyenaraian itu secara jelas melindungi pemilikan rumah dan tanah walaupun dipajak selama 99 tahun.
Dalam pada itu, katanya, seminar APT yang membabitkan 320 bekas penyokong tegar Pas serta Parti Keadilan Rakyat di sekitar Marang dan Besut akan diberi penerangan terhadap program pembangunan yang dilaksanakan Kerajaan Pusat selama ini.
"Dalam seminar tiga hari ini, mereka dibawa melawat sambil belajar ke Putrajaya supaya setelah selesai seminar nanti, mereka menyebarkan kebaikan dan jasa kerajaan kepada ahli keluarga yang masih menyokong pembangkang," katanya.

Wednesday, January 25, 2012

Majlis Penyampaian BR1M dan Sambutan tahun Baru Cina di Pontian





Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Parlimen Pontian 201


 Dirasmikan oleh YB Dato Mukhriz Tun M.. Acara tahunan yang semakin berjaya mengubah sedikit sebanyak 250 kampung-kampung di Pontian







Pelbagai pihak sedia beri ruang pada Hasan Ali

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Pelbagai pihak menyambut baik saranan agar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali diberi ruang untuk berceramah mendedahkan situasi sebenar yang berlaku dalam kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Malah mereka juga sedia bekerjasama dengan Hasan untuk menjayakan program jelajahnya ke seluruh negara agar kebenaran dan pekung pakatan pembangkang terutama Pas dan PKR dapat diketahui masyarakat.
Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar berkata, pihaknya mahu menjadi NGO pertama yang menganjurkan ceramah jelajah Hasan itu sekiranya diberi peluang berbuat demikian.
Menurutnya, usaha Hasan itu harus disokong dan dipertahankan agar kebenaran dapat dijelaskan kepada masyarakat khususnya mengenai perjuangan sebenar Pas yang dilihat semakin menyimpang daripada matlamatnya.
''Saranan ini amat baik sekali dan amat wajar semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dapat bekerjasama menjayakan program jelajah Hasan," katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas saranan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang mahu parti komponen BN menyediakan ruang dan platform kepada Hasan untuk berceramah di Selangor bagi membolehkannya mendedahkan hakikat sebenar yang berlaku dalam kerajaan PKR Selangor.
Tawaran untuk bekerjasama dalam program jelajah Hasan itu turut disambut oleh Biro Penerangan UMNO Melaka yang disuarakan oleh Ketuanya, Datuk Idris Harun dengan mempelawa Hasan memulakan rancangan ceramah di Melaka sebelum bergerak ke seluruh negara nanti.
''Hasan merupakan salah seorang bekas pemimpin Pas yang menjadi mangsa Pas yang mementingkan perjuangan politik daripada mempertahankan hak-hak Islam.
''UMNO sedia membantu beliau untuk berceramah dan menjelaskan kepada masyarakat tentang pekung yang disimpan oleh Pas dan PKR Selangor," kata beliau.
Katanya, adalah amat wajar semua parti komponen BN menyokong hasrat Hasan itu memandangkan hanya beliau yang layak menceritakan tentang situasi sebenar pakatan pembangkang dan berkongsi pengalamannya sewaktu berada dalam Pas.
Sementara itu, seorang penganalisis politik, Prof. Madya Sivamurugan Pandian berkata, BN wajar mengambil kesempatan menjadikan usaha Hasan berceramah ke seluruh negara sebagai salah satu medium parti itu menyalurkan maklumat tentang hal politik semasa kepada masyarakat.
''Bagi saya, saranan yang dibuat itu amat baik sekali dan wajar diterima oleh semua parti komponen BN memandangkan ia sendiri memberi manfaat kepada BN," katanya.

BN diminta beri ruang kepada Hasan Ali

KUALA LANGAT 23 Jan. - Parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menyediakan ruang dan platform kepada bekas Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hasan Ali untuk berceramah di Selangor bagi membolehkannya mendedahkan hakikat sebenar yang berlaku dalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti komponen BN tidak perlu gentar untuk menjemput bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu, kerana beliau bukan lagi ahli mana-mana parti pembangkang.
"Hasan dipecat daripada Pas, maka beliau kini bebas untuk berceramah di mana-mana sahaja dan UMNO mengalu-alukan jika beliau ingin turun ke Kuala Langat.
"Apa yang pasti, beliau akan berceramah atas tiket pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya ahli parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di hadapan 2,000 ahli BN sempena Majlis Penerangan Perdana Parlimen Kuala Langat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jugra, Banting di sini semalam.
Hadir sama, Pengerusi BN Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan.
Melalui Hasan, katanya, rakyat boleh mengetahui hubungan dingin antara Pas dan DAP dalam kerajaan PKR Selangor.
"Rakyat perlu tahu perkara sebenar yang berlaku dalam kerajaan negeri selama ini sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai Pesuruhjaya Pas dan seterusnya sebagai ahli Pas dan Pengerusi yang menjaga hal ehwal agama Islam," katanya.

Zakat Miyazu untuk saudara Muslim Perkim




AHMAD Maslan (tiga dari kiri) mengagihkan wang zakat kepada saudara Muslim di UPM, Serdang, Selangor, baru-baru ini.


ISLAM tidak menghalang umatnya mencari kekayaan. Malah, umat Islam digalakkan berusaha mencari rezeki untuk kesenangan di dunia. Cuma, Islam menetapkan agar mereka yang berkemampuan itu menunaikan tanggungjawab berzakat yang merupakan rukun Islam keempat.
Menyedari hakikat itu, Miyazu Malaysia Sdn. Bhd. (Miyazu) iaitu anak syarikat Proton Holdings telah menyerahkan wang zakat RM20,000 untuk Saudara Muslim di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).
Wang tersebut diserahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Miyazu, Amrizal Abdul Majid kepada Ahli Majlis Kebangsaan Perkim, Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, baru-baru ini.
Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Kumpulan Rakan Siswa JASA Malaysia (Karisma) dan Perkim itu diadakan di Dewan Seri Harmoni, Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.
Program itu dihadiri oleh 400 orang terdiri daripada saudara Muslim, fakir miskin, orang kelainan upaya (OKU) dan mahasiswa Karisma Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), UPM, Universiti Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Segamat dan Negeri Sembilan.
Menurut Amrizal, semua pihak perlu berusaha mengukuhkan kepentingan ekonomi negara bagi menjayakan transformasi nasional untuk mewujudkan Malaysia yang sejahtera dan berpendapatan tinggi.
Katanya, adalah mustahil untuk melihat kemiskinan sifar. Namun selagi mana umat Islam berusaha sudah pasti Allah akan melimpahi nikmat kepada hamba-NYa.
"Apabila ekonomi umat Islam semakin kukuh maka akan bertambahlah dana untuk bantuan kepada mereka yang memerlukannya.
"Setidak-tidaknya ia boleh dikembangkan untuk melahirkan lebih ramai golongan kelas sederhana dan kelas atasan," katanya semasa berucap pada majlis tersebut.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad dalam ucapannya menggalakkan syarikat korporat meneruskan bantuan kepada saudara Muslim dan mahasiswa melalui salah satu dari saluran asnaf zakat bagi penimba ilmu.
Katanya, program itu sekurang-kurangnya membantu pelajar yang kesempitan wang kerana rutin pelajar adalah mencari ilmu dan menjadi individu cemerlang.
"Saya berharap para pelajar bersyukur dengan kemudahan diberikan dan tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak membawa faedah," katanya.
Turut diadakan adalah forum ehwal Islam bertajuk Menjana Transformasi Ummah.
Ahli-ahli panel terdiri daripada Ridhuan Tee dan Sabri Abdul Rani serta dipengerusikan Haslin Bahrin.
Ahli panel mengajak umat Islam agar mentransformasikan diri dengan berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik dan cemerlang dengan menanamkan azam yang kental demi perubahan diri ke arah yang lebih sempurna.
Ia sebagai mana suruhan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya. (ar-Ra'd: 11)
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan; Setiausaha Agung Karisma, Shafidah Saad dan Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial Perkim, Suariza Hidayah Muhammad.

Empat faktor penentu kemengangan BN - Ahmad Maslan

BANTING 23 Jan. - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menggariskan empat faktor yang akan menjadi tiket kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang termasuklah rekod pentadbiran sebelum ini yang baik dan kepelbagaian dasar yang diperkenalkan ketika ini.

Selain itu, beliau berkata, dua faktor penentu lain ialah masa depan yang lebih terjamin di bawah pentadbiran BN dan pimpinan semua peringkat yang bersama-sama turun ke padang untuk membantu rakyat dari pucuk pimpinan tertinggi sehingga ke anggota Parlimen, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua bahagian.
"Ia (kemenangan BN) tidak bergantung pada sama ada Anwar Ibrahim (penasihat Parti Keadilan Rakyat) bebas atau tidak, salah atau tidak. Itu tidak penting dan ia tidak bergantung kepada sama ada pembangkang kuat atau tidak. Ia bergantung pada empat tunjang ini sendiri, ini tunjang kekuatan BN yang kita teruskan.
"Kekuatan kita ada jadi gunakan kekuatan itu, jangan anggap kita lemah dan jangan anggap kita pembangkang maka kita rasa tertekan. Kita mesti ada psikologi kemenangan dan dengan ada empat perkara itu kita boleh menang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Penerangan Perdana (MPP) peringkat Parlimen di Institut Latihan Perindustrian di Jugra di sini malam tadi. 

Monday, January 23, 2012

Semua saluran pengundi penting

KANGAR 21 Jan. - UMNO menyifatkan semua saluran pengundi perlu diberi keutamaan sebagai persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, langkah tersebut dapat memastikan semua penjelasan yang dilakukan parti itu sampai kepada semua peringkat pengundi bagi meningkatkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
"Bagi UMNO, kita memandang semua saluran penting, tidak hanya menjurus kepada saluran tiga atau empat (pengundi muda) semata-mata," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sebelum memberi taklimat dalam Majlis Empat Peringkat (MEP) BN, di sini hari ini.
Ahmad berkata, 63,000 anggota penerangan UMNO dibahagian dan cawangan telah mula digerakkan sebagai persediaan PRU-13.
Menurut beliau, anggota-anggota tersebut terdiri daripada Ketua Penerangan UMNO di bahagian-bahagian serta sayap terdiri daripada pemuda, wanita dan puteri bahagian dengan sokongan cawangan.
Mengenai MEP BN, Ahmad berkata, Perlis merupakan negeri ke-12 yang dikunjungi beliau untuk memberikan taklimat mengenai isu semasa dan langkah-langkah menghadapi PRU-13.
"Cuma tinggal Sabah dan Sarawak merupakan negeri terakhir bagi program MEP BN," tambah beliau.

Bidang pendidikan akan terus diberi keutamaan



AHMAD Maslan (kanan) memegang buku Perancangan Strategik sempena perasmian bangunan tambahan PPD Pontian di Pontian, kelmarin.


PONTIAN 20 Jan. - Bidang pendidikan akan terus diberi keutamaan oleh kerajaan bagi melahirkan modal insan berkualiti untuk memastikan daya saing negara dalam pelbagai bidang pada masa depan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pendidikan dilihat mampu mengubah nasib seseorang, walaupun mereka datang daripada keluarga miskin dan kurang berkemampuan.
"Dengan adanya pendidikan, sesebuah keluarga dapat keluar dari kepompong kemiskinan. Anak-anak mereka akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama rakan yang lain.
"Pendidikan adalah satu proses kesamarataan kepada seseorang walaupun datang daripada keluarga penoreh getah, nelayan, petani, buruh mahupun kakitangan rendah awam," katanya semasa merasmikan bangunan tambahan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pontian dan melancarkan Perancangan Strategik 2012-2015 PPD Pontian di sini, semalam.
Turut hadir Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon; Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran negeri, Abdul Aziz Redwan dan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Ab. Rahim Lamin.
Bangunan tambahan yang menelan kos kira-kira RM4.5 juta itu mula digunakan tahun lalu bagi menempatkan 72 pegawai dan kakitangan PPD Pontian.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, walaupun pembinaan bangunan baharu itu melibatkan kos yang besar, ia tidak menghalang kerajaan untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat agar mereka dapat menikmati kemudahan yang selesa.
"Saya berharap guru-guru dapat terus melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin bagi memajukan anak-anak dalam bidang pelajaran," katanya.

Penghinaan secara halus terhadap Pas - Ahmad Maslan




Ahmad Maslan bersama sebahagian penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia pada majlis penyerahan BR1M di Dewan Jubli Intan, Pontian, semalam.


PONTIAN 19 Jan. - Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam daripada wakil Pas merupakan penghinaan secara halus terhadap parti itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Pas sewajarnya berasa terhina dengan tindakan berkenaan kerana portfolio berkaitan hal ehwal agama Islam kini tidak lagi disandang wakil parti itu, sebaliknya diketuai oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Pada pandangan saya, tindakan berkenaan merupakan satu penghinaan halus terhadap kepimpinan Pas di Selangor dan mereka seharusnya membantah tindakan itu kerana semakin disisihkan daripada bidang utama.
"Daripada apa yang berlaku ini, kita dapat lihat bahawa mereka semakin disisihkan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Pas selama ini menjaga hal ehwal agama tetapi kini menjaga portfolio belia dan sukan," katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Jubli Intan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali yang digugurkan daripada jawatan tersebut minggu lalu.
Bagaimanapun, Ahmad Yunus hanya bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.
Sementara itu Ahmad berkata, seramai 1,889 penduduk di kawasan Parlimen Pontian layak menerima BR1M bagi fasa pertama dan daripada jumlah itu 386 adalah dari Pontian, manakala baki 1,503 adalah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang.
"Bagi mereka yang tidak menerima BR1M jangan berkecil hati kerana mereka turut merasai bantuan secara tidak langsung daripada kerajaan dalam bentuk pemberian subsidi harga barang. Rakyat juga merasai subsidi dalam bidang pelajaran, perkhidmatan kesihatan dan sebagainya.
"Tahun ini sahaja kerajaan memperuntukkan RM33 bilion untuk pemberian subsidi kepada rakyat. Tidak semua kerajaan di dunia ini memberi subsidi kepada rakyatnya," katanya.

21 & 22 Jan 2012

Di Alor Star,, Kahwin adik ipar Pengarah BTN Perlis, sdra Jazli.. Hadir sama YB Dato Zulkifli Nordin 
 Bersama MB Perlis & Pimpinan BN Negeri dalam majlis Empat Peringkat MEP Penerangan BN Perlis
 Perjumpaan seketika di Felda Rimba Mas
Tapak Majlis PM pada 27 Jan di Felda Chuping, Perlis

Friday, January 20, 2012

Rampas Portfolio Islam : Satu Penghinaan Nyata Kepada Pas, Kejayaan Besar DAP

PONTIAN, 19 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim merampas portfolio hal ehwal Islam yang sebelum ini dipegang oleh pemimpin Pas dalam satu rombakan exco negeri semalam sebagai satu penghinaan nyata kepada Pas.
Tindakan tersebut tegas beliau jelas menunjukkan DAP yang menguasai Selangor dan pimpinan PKR dalam hal ini hanya mengikut telunjuk kerana inginkan undi dari penyokong DAP.
“Adalah suatu penghinaan yang nyata kepada Pas kerana portfolio hal ehwal Islam yang sepatutnya mereka pegang tetapi kini sudah tidak diberi kepercayaan lagi di Selangor.
“Mereka (terutama DAP) tidak mahu Pas mengacau kerja mereka lagi seperti kes Exco DAP Ronnie Liu tentang penjualan arak dan kes JAIS memeriksa gereja DUMC yang tentunya merungsingkan lima Exco DAP iaitu Xavier, Ean, Ronnie, Theresa & Elizabeth”, katanya dalam Majlis BR1M RM500 untuk Parlimen Pontian di sini, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata keadaan ini sepatutnya memberi kesedaran kepada pendokong Pas khasnya dan orang Islam umumnya bahawa perjuangan yang benar akan diranapkan oleh pihak-pihak yang mempunyai serampang banyak mata yang akhirnya akan merugikan usaha mendaulatkan kesucian agama.
“Jika itu tidak disedari, entah petaka apa lagi yang boleh memberikan kesedaran kepada mereka.
“Walaupun Datuk Dr Hasan Ali ditendang keluar dari Pas adalah masalah dalaman parti, tapi sudah tentu antara sebabnya ialah ketegasan beliau ketika menjadi Exco Hal Ehwal Islam telah menyulitkan banyak kerja pihak-pihak tertentu untuk menjalankan dakyah mereka”, ujarnya.

BN to have information panels in all divisions

IPOH: Barisan National (BN) information chiefs in all 14 states have been asked to set up information committees in all their divisions to prepare for the 13th general election, BN and Umno information chief Datuk Ahmad Maslan said.


Ahmad, who is also a deputy minister in the Prime Minister's Department, said the leaders were told to maximise   efforts in conveying BN's message through the print, electronic and digital media as well as in face-to-face meetings.
 
He said  BN's victory in the next polls depended on four main criteria -- leadership at all levels, the government's service track record, federal policies and the rakyat's confidence in the government for the future.
 
"Leaders need to strengthen and increase their respective efforts in getting our message  loud and clear to the public.
 
 "Now is the time to remind people of the government's good service and educate them on the  policies and subsidies which have been provided for their benefit," Ahmad said after meeting Perak BN information leaders at a closed-door meeting here on Monday night.
 
He will next be  heading to Perlis, Sabah and Sarawak.

Thursday, January 19, 2012

BR1M Parlimen Pontian: Bantuan Rakyat 1Malaysia

PONTIAN, 19 Jan -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bersama penerima-penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Parlimen Pontian di Dewan Jubli Intan Pontian di sini hari ini.Seramai 1,889 penduduk di kawasan Parlimen Pontian yang layak menerima BR1M bagi fasa pertama dan daripada jumlah itu 386 adalah dari Pontian, manakala baki 1,503 adalah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang.
PONTIAN, 19 Jan -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan (belakang, empat, kiri) bersama Md Bandi Abd Tulug, 75, (depan, kanan) dan Musa Aula, 65, (kiri) serta penerima-penerima lain gembira menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia bernilai RM500 bagi Parlimen Pontian di dewan Jubli Intan Pontian di sini hari ini.Seramai 1,889 penduduk di kawasan Parlimen Pontian yang layak menerima BR1M bagi fasa pertama dan daripada jumlah itu 386 adalah dari Pontian, manakala baki 1,503 adalah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang.

Anugerah Cemerlang PMR 2011:

  KUALA LUMPUR, 18 Jan -- Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (tengah) menunjukkan isyarat 1Malaysia bersama para pelajar cemerlang PMR 2011 selepas menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2011 Parlimen Cheras di SMK Convent Jalan Peel, hari ini.Turut kelihatan Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee (tiga, kanan), Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Datuk Khairil Awang (dua, kanan) dan Pengetua SMK Convent Jalan Peel, Asiah Husin (kanan).Seramai 293 pelajar cemerlang PMR 2011 menerima anugerah.
KUALA LUMPUR, 18 Jan -- Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (tengah) menyampaikan Anugerah Sekolah Terbaik Parlimen Cheras kepada Pengetua SMK Seri Bintang Selatan, Roaini Jaafar (kanan) pada majlis Anugerah Cemerlang PMR 2011 Parlimen Cheras di SMK Convent Jalan Peel, hari ini.Turut hadir Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee (kiri).Seramai 293 pelajar cemerlang PMR 2011 menerima anugerah.

19 Januari 2012: Program dan Aktiviti

 Program di hari ini di Pontian
 BR1M di Pontian pagi tadi bantuan RM500 untuk rakyat
BR1M di Benut hari ini bantuan RM500

Pas sepatutnya terhina tak jaga portfolio islam di Selangor

Pas sepatutnya terhina tak jaga portfolio islam di Selangor

19/01/2012 6:15pm

PONTIAN 19 Jan. - Pas sepatutnya berasa terhina berikutan tindakan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam yang sebelum ini disandang oleh parti itu sebelum ini, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
"Tindakan berkenaan merupakan satu penghinaan halus terhadap kepimpinan Pas di Selangor. Daripada apa yang berlaku ini, kita dapat melihat bahawa mereka semakin disisihkan dalam pentadbiran kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Jubli Intan hari ini.
Semalam, semasa Khalid mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi daripada Pas sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat daripada Pas berkata, beliau sendiri akan menerajui portfolio agama yang sebelum ini disandang oleh Hasan.

Jangan mudah dipengaruhi pembangkang

Jangan mudah dipengaruhi pembangkang

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Mahasiswa diingatkan supaya tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang dan terjebak dalam demonstrasi yang hanya akan menyusahkan diri mereka sendiri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, mahasiswa sewajarnya mengutamakan pengajian dan menamatkannya dengan keputusan yang cemerlang.
"Saya nasihatkan mahasiswa supaya tidak menjadi hero dan terikut dengan gaya pembangkang yang suka berdemonstrasi sekiranya ada perkara yang tidak memuaskan hati. Ini kerana perbuatan itu hanya akan menyusahkan diri mereka pada akhirnya. Tiada apa yang akan dicapai oleh sekiranya mereka terlibat dalam perhimpunan haram itu.
"Saya lebih gembira sekiranya mahasiswa berkumpul untuk meraikan kejayaan mereka mengharumkan nama negara dengan pencapaian di peringkat antarabangsa seperti memenangi pertandingan ciptaan inovasi, debat dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Anugerah Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan Program Juara Rakyat Parlimen Cheras di sini hari ini.
Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Ahmad yang merupakan Ketua Penerangan UMNO menafikan bahawa beliau menganggap blogger yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sampah menerusi laman sosial Facebook.
Ahmad berkata, beliau tidak pernah sesekali menggelar orang lain sebagai sampah seumur hidupnya, lebih-lebih lagi membabitkan golongan yang membantu UMNO dan BN.
"Saya tidaklah sebodoh itu dan ini merupakan cubaan untuk mencemar usaha berterusan kami sebagai satu pasukan bagi menggagalkan rancangan pembangkang menawan Putrajaya," jelasnya.

Ahmad Maslan: Pas sepatutnya terhina tak jaga portfolio Islam di Selangor


Ahmad Maslan: Pas sepatutnya terhina tak jaga portfolio Islam di Selangor

January 19, 2012
PONTIAN - Pas sepatutnya berasa terhina berikutan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam yang sebelum ini disandang oleh parti itu sebelum ini, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

"Tindakan berkenaan merupakan satu penghinaan halus terhadap kepimpinan Pas di Selangor. Daripada apa yang berlaku ini, kita dapat melihat bahawa mereka semakin disisihkan dalam pentadbiran kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Jubli Intan hari ini.

Semalam semasa Khalid mengumumkan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi daripada Pas sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat daripada Pas, berkata beliau sendiri akan menerajui portfolio agama yang sebelum ini disandang oleh Hasan.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, Pas selama ini menjaga hal ehwal agama tetapi berikutan rombakan, parti itu kini menjaga porfolio belia dan sukan.   
  
Seramai 1,889 penduduk di kawasan Parlimen Pontian layak menerima BR1M bagi fasa pertama dan daripada jumlah itu, 386 adalah dari Pontian manakala baki 1,503 adalah dari kawasan Dewan Undangan Negeri Pulai Sebatang.

Ahmad berkata BR1M bukan bertujuan meraih undi pada pilihan raya umum akan datang sebaliknya untuk meringankan bebanan rakyat.

"Bagi mereka yang tidak menerima BR1M jangan berkecil hati kerana  mereka turut merasai bantuan secara tidak langsung daripada kerajaan dalam bentuk pemberian subsidi harga barangan," kata beliau.

Ahmad Maslan: Saya tak pernah label blogger pro-Umno sampah


Ahmad Maslan: Saya tak pernah label blogger pro-Umno sampah
WARTAWAN SINAR HARIAN
January 18, 2012
AHMAD-MASLAN
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan sebuah Facebook kononnya beliau pernah membuat fitnah dengan melabel pemblog-pemblog pro-Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sampah.

Katanya, dalam hidupnya selama ini beliau tidak pernah menganggap dan menggelar mana-mana pihak sebagai sampah, lebih-lebih 'panglima-panglima' siber Umno-BN.

"Seumur hidup saya sudah 46 tahun, tidak pernah walau sekali menggelar, menuduh, menyebut orang atau pihak lain sebagai sampah, lebih-lebih lagi jika mereka itu membantu Umno dan BN," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen ini menambah, beliau tidak sebodoh itu dan "saya kira ini adalah cubaan untuk mencemar usaha berterusan kita sebagai satu pasukan bagi menggagalkan pihak pembangkang menawan Putrajaya."

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, kenyataan beliau baru-baru ini yang menyebut bahawa negara ini akan hancur jika pembangkang memerintah Malaysia, tentunya menambah usaha mereka menyerang beliau.

"Kita berjuang sebagai anak jantan yang berani mendepani lawan... Kita berjuang atas landasan kebenaran, untuk agama bangsa dan tanah air.

"Cabaran remeh Facebook ini hanya seperti batu kecil di atas lebuh raya yang nak berniat menghalang kemaraan sepasukan kereta kebal yang sedang menyambut semboyan perang," katanya lagi.

Wednesday, January 18, 2012

18 Januari 2012 : SAMPAH?? Ini suatu FITNAH..

18 Januari 2012 : Ada satu fb membuat fitnah bahawa saya anggap bloggers sokong UMNO & BN sbg sampah..Seumur hidup saya sudah 46 tahun, tidak pernah walau sekali menggelar, menuduh, menyebut orang atau pihak lain sebagai sampah, lebih2 lagi jika mereka itu membantu UMNO & BN..Saya tidaklah sebodoh itu & saya kira ini adalah cubaan utk mencemar usaha berterusan kita sebagai satu pasukan bagi menggagalkan pihak pembangkang menawan Putrajaya..Kenyataan saya baru2 ini yg menyebut bahawa negara ini akan hancur jika pembangkang memerintah Malaysia, tentunya menambah usaha mereka menyerang saya..Kita berjuang sebagai anak jantan yg berani mendepani lawan..Kita berjuang atas landasan kebenaran..Untuk agama bangsa & tanahair..Cabaran remeh fb ini hanya seperti batu kecil di atas lebuhraya yg nak berniat menghalang kemaraan sepasukan kereta kebal yg sedang menyambut semboyan perang..Tkasih

Prestasi BN bukan bergantung kepada Anwar

IPOH 17 Jan. - Kemenangan atau kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang bukan bergantung kepada keputusan sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara atau dibebaskan daripada tuduhan liwat yang dihadapinya.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebaliknya, ia bergantung kepada kerja keras kepimpinan BN, rekod baik dalam membantu rakyat, dasar-dasar yang diwujudkan serta keyakinan masyarakat untuk masa depan mereka.
Tegas Ahmad, jika keempat-empat perkara tersebut berjaya dilaksanakan secara terbaik dan diyakini rakyat, medan politik Malaysia pasti dapat dikuasai pihak kerajaan.
''Yang nak memastikan kemenangan atau kekalahan BN bukan sama ada dia (Anwar Ibrahim) bebas atau tidak, keluar atau tidak, masuk atau tidak masuk. Ada perkara lain yang lebih penting daripada hanya isu Anwar.
''Meskipun ia perkara yang perlu diambil kira tetapi bukan segalanya. Biarlah isu tersebut berlalu umpama tiupan angin. Sekarang, tumpukan kepada kekuatan yang kita ada dan ia perlu diperjelaskan pada rakyat supaya mereka tidak terkeliru," katanya.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN ditemui selepas menghadiri Majlis Empat Peringkat Penerangan BN negeri di Bangunan UMNO Perak, di sini, malam tadi.
Hadir sama Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Hamzah Zainuddin dan ketua-ketua penerangan parti komponen BN.
Dalam pada itu, Ahmad mahu jentera penerangan BN bekerja lebih agresif bermula bulan ini dalam menggerakkan jenteranya di peringkat akar umbi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Jelas beliau, momentum semua jentera penerangan parti perlu dipertingkatkan ke tahap paling maksimum terutama ketika tarikh pilihan raya semakin dekat.
''Kerancakan penerangan mulai Januari ini perlu gear lima. Tahun lepas, ada yang gear tiga, gear empat dan ada yang tak masuk gear pun. Sekarang, itu semua tidak boleh lagi berlaku.
''Rakyat menilai setiap kerja yang kita lakukan. Jika penerangan tidak menyeluruh, rakyat tidak jelas dengan apa yang kerajaan lakukan serta berikan kepada mereka. Kemudiannya kesempatan ini diambil oleh pihak lain," katanya.