Tuesday, January 17, 2012

Azlina dilantik jadi Mentor Usahawan Siswa Malaysia




Ahmad Maslan (dua dari kanan) melancarkan Mikro Francais Smart Konsumer & Smart Student sambil disaksikan oleh
Saifuddin Abdullah (dua dari kiri) dan Azlina Che Abdullah di Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 15 Jan. - Kementerian Pengajian Tinggi hari ini mengumumkan pelantikan Pengasas Syarikat D'Navechee Beauty (M) Sdn. Bhd. Datuk Azlina Che Abdullah sebagai Mentor Usahawan Siswa Malaysia.
Pelantikan itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pada Majlis Pelancaran Mikro Francais Smart Consumer & Smart Student di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Azlina pada sidang akhbar selepas itu menyambut baik pelantikannya dan mempelawa seramai mungkin mahasiswa untuk terlibat dalam program mentor menti itu.
Katanya, pihaknya tidak mengehadkan jumlah penyertaan mahasiswa dalam program itu dan ia terbuka kepada sesiapa yang berminat sahaja.
''Dengan pengalaman yang ada, saya harap mampu mengaplikasikannya kepada mahasiswa dan mereka bersedia untuk berguru dengan saya," katanya di sini semalam.
Majlis Pelancaran Mikro Francais Smart Consumer & Smart Student itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Sementara itu, Saifuddin ketika mengulas perkara sama berkata, program Mentor Usahawan Siswa Malaysia diadakan bagi membolehkan mahasiswa berjaya dalam bidang perniagaan dengan mendapat bimbingan daripada usahawan berjaya.
Katanya, ketiadaan mentor didapati menjadi punca kepada jumlah usahawan di kalangan mahasiswa selepas menamatkan pengajian masih hanya pada sekitar tiga peratus berbading negara maju iaitu 20 peratus.
''Justeru, kita menggalakkan lebih banyak lagi usahawan berjaya untuk menjadi mentor kepada mahasiswa kerana Malaysia mensasarkan jumlah mahasiswa untuk menjadi peniaga akan mencecah kadar lima peratus pada 2020," katanya.

No comments:

Post a Comment