Sunday, January 15, 2012

BN yakin menang di semua negeri pembangkang

14/01/2012 3:05pm

KOTA BHARU 14 Jan. - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat menguasai semula negeri yang diperintah pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana rakyat telah muak dengan janji parti berkenaan yang tidak ditunaikan.
Beliau berkata, sudah ada tanda-tanda rakyat mula tidak percaya dengan pemimpin parti Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang banyak menabur janji tetapi tidak dilaksanakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, mereka banyak menabur janji termasuk melalui manifesto pilihan raya.
"Rakyat mula muak dengan kerenah pembangkang yang sering menabur janji, termasuk di Kelantan yang diperintah Pas lebih 20 tahun tetapi tidak melaksanakan janji terutama untuk melaksanakan hukum Hudud," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan jentera penerangan BN Kelantan di
Pejabat UMNO Negeri di sini hari ini.
Negeri yang kini diperintah pembangkang ialah Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment