Wednesday, January 25, 2012

Empat faktor penentu kemengangan BN - Ahmad Maslan

BANTING 23 Jan. - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menggariskan empat faktor yang akan menjadi tiket kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang termasuklah rekod pentadbiran sebelum ini yang baik dan kepelbagaian dasar yang diperkenalkan ketika ini.

Selain itu, beliau berkata, dua faktor penentu lain ialah masa depan yang lebih terjamin di bawah pentadbiran BN dan pimpinan semua peringkat yang bersama-sama turun ke padang untuk membantu rakyat dari pucuk pimpinan tertinggi sehingga ke anggota Parlimen, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua bahagian.
"Ia (kemenangan BN) tidak bergantung pada sama ada Anwar Ibrahim (penasihat Parti Keadilan Rakyat) bebas atau tidak, salah atau tidak. Itu tidak penting dan ia tidak bergantung kepada sama ada pembangkang kuat atau tidak. Ia bergantung pada empat tunjang ini sendiri, ini tunjang kekuatan BN yang kita teruskan.
"Kekuatan kita ada jadi gunakan kekuatan itu, jangan anggap kita lemah dan jangan anggap kita pembangkang maka kita rasa tertekan. Kita mesti ada psikologi kemenangan dan dengan ada empat perkara itu kita boleh menang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Penerangan Perdana (MPP) peringkat Parlimen di Institut Latihan Perindustrian di Jugra di sini malam tadi. 

No comments:

Post a Comment