Thursday, January 5, 2012

Nelayan Pontian ditahan Indonesia dibebaskan


PUTRAJAYA - Enam nelayan dari Pontian, Johor, yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara itu tahun lepas dibebaskan semalam setelah diberi pengampunan  oleh Presiden
Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada 24 Disember lepas.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, yang juga Anggota Parlimen Pontian, berkata mereka akan dibawa pulang dan dijangka tiba di Jeti Bandar Hilir Melaka pada 2 petang esok."Urusan membawa mereka pulang sedang dibuat oleh Pejabat Konsul Malaysia di Pekan Baru, Indonesia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Keenam-enam nelayan itu bersama seorang lagi warga Indonesia ditahan pada 3 Mac tahun lepas dan dituduh memiliki, menguasai dan membawa alat bantu penangkapan ikan yang mengganggu dan merosak sumber daya ikan di wilayah pengelolaan perikanan Indonesia.Mereka dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda berjumlah 1 milyar Rupiah yang bersamaan RM380,000 seorang, dengan tambahan penjara enam bulan sekiranya tidak mampu membayar denda itu. Hukuman itu dikekalkan walaupun setelah dibawa ke Mahkamah Rayuan pada 5 Mei.Malah, hukuman berkenaan ditambah kepada kepada penjara empat tahun setelah dibawa ke Mahkamah Agung di Jakarta pada 9 Ogos tahun lepas sebelum diberi pengampunan oleh Presiden untuk mengurangkan hukuman sebanyak tiga tahun dan tiga bulan justeru membolehkan  kesemua mereka dibebaskan semalam.Ahmad berkata pengampunan itu diperoleh setelah perkara itu dibangkitkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun  Razak dalam dua pertemuan beliau dengan Presiden Susilo."Saya sebagai wakil ahli keluarga nelayan yang terlibat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri,  Presiden Indonesia, Wisma Putra, Konsul Pekan Baru, Kedutaan Malaysia di Indonesia, Kedutaan Indonesia diMalaysia dan semua  yang terlibat dalam proses ini."Ini merupakan sesuatu yang baik dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara dua negara ini dan ia juga wajar dijadikan  pengajaran kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dalam semua perkara," katanya.Nor Aisyah Jamari, 37, isteri kepada seorang daripada nelayan yang terbabit,  Redzuan Aris, 36, begitu gembira apabila diberitahu mengenai berita tersebut, malah bapa mentuanya yang berada hospital kerana sakit jantung juga terus cergas apabila mengetahui perkara itu.Mengimbas kembali detik-detik penangkapan suaminya itu, beliau berkata dunia dirasakan gelap apabila diberitahu suaminya  ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia, lebih-lebih lagi beliau tidak bekerja dan terpaksa memikirkanmengenai perbelanjaan  harian termasuk untuk keperluan tiga anaknya yang berusia 10 hingga 14 tahun."Jadi saya berterima kasih dengan usaha kerajaan dari awal lagi untuk membebaskan mereka ini yang secara tidak langsung  membuktikan kami tidak bersendirian, terutama kepada Datuk Ahmad Maslan yang telah banyak memberibantuan kewangan dan barang  keperluan termasuk perbelanjaan persekolahan," katanya.

No comments:

Post a Comment