Tuesday, January 10, 2012

Pembebasan Anwar tak jejas kekuatan BN - Ahmad Maslan

SEREMBAN 10 Jan. - Keputusan mahkamah yang membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tidak akan menjejaskan kekuatan Barisan Nasional untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata, sama ada Anwar dipenjara atau dibebaskan, ia langsung tidak menggugat kedudukan BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti kerana ini bergantung kepada perkara lain yang telah dikenal pasti.
"Ada empat perkara yang menentukan kemenangan BN iaitu pertama rekod pimpinan kerajaan di peringkat negeri dan pusat, dan kedua, dasar-dasar semasa yang diperkenalkan kerajaan seperti gagasan 1Malaysia dan Program Transformasi Kerajaan.
"Selain itu nasib BN juga ditentukan oleh pengharapan masa hadapan oleh rakyat, seperti rancangan pembangunan yang ingin dibawa kerajaan, dan faktor keempat iaitu kerja-kerja yang dibuat oleh pimpinan BN di semua peringkat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penerangan BN Negeri Sembilan di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment