Sunday, January 15, 2012

Program Juara Rakyat tiga kali sebulan

ALOR SETAR 13 Jan. - Mulai bulan ini, setiap kawasan Parlimen di seluruh negara diarah mengadakan program Juara Rakyat sebanyak tiga kali sebulan berbanding hanya sekali sebulan pada masa ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kesemua parti komponen Barisan Nasional (BN) juga diarah turut serta dalam program tersebut bagi mendekatkan diri dengan rakyat.
"Tahun ini adalah tahun ketiga program Juara Rakyat diadakan dan saya menyeru semua parti komponen BN untuk bersama-sama dengan UMNO menjayakan program ini.
"Peruntukan untuk program ini akan terus disalurkan dan semua kawasan Parlimen perlu mengadakan minimum tiga program Juara Rakyat dalam sebulan," katanya selepas menghadiri majlis penerangan empat peringkat di Bangunan Tunku di sini, hari ini.
Menurutnya, program Juara Rakyat perlu terus diadakan memandangkan BN mahu sentiasa berada di hadapan dalam memperjuangkan nasib rakyat.

No comments:

Post a Comment