Saturday, January 28, 2012

Tanah rumah, kebun peneroka tiada dalam penyenaraian FGVH

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menjelaskan, tanah kebun dan tanah rumah milik peneroka tidak akan terlibat dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Sebaliknya beliau berkata, tanah terlibat adalah tanah milik Felda sepenuhnya yang telah dipajakkan kepada FGVH selama 99 tahun.
"Tanah ini milik Felda dan tanah peneroka tidak terlibat walaupun segenggam. Segala keistimewaan peneroka selama ini akan diteruskan. Bajet Felda berjumlah RM1.5 bilion itu juga tidak akan terjejas,'' ujar Maslan dalam satu kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu menjelaskan tiada tanah milik peneroka yang akan terlibat dalam projek FGVH kerana apa-apa projek oleh FGVH akan hanya melibatkan tanah-tanah milik Felda di seluruh negara.
Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan kesilapan laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyebut Felda mempunyai strategi mantap bagi penyenaraian FGVH yang dikatakan turut melibatkan pajakan tanah peneroka.

No comments:

Post a Comment