Wednesday, February 29, 2012

Ahmad mahu KPF kembali sertai penyenaraian FGVH

Taman Sri Api-Api dapat surau baharu



AHMAD Maslan (dalam jentera pengorek) melakukan pecah tanah tapak Surau Taman Sri Api-Api, Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 28 Feb. - Selama lapan tahun masyarakat Islam di Taman Sri Api-Api di sini menggunakan 'kolong' rumah pangsa sebagai surau sementara.
Walaupun sukar, namun semangat kerjasama dan permuafakatan yang terjalin erat antara 900 penduduk akhirnya berbaloi apabila menerima peruntukan RM250,000 daripada Jabatan Perdana Menteri bagi membina sebuah surau baharu.
Pengerusi Surau Taman Sri Api-Api, Mohd. Tuah Sahlan berkata, berita gembira itu pasti melegakan penduduk setelah sekian lama menanti dan menggunakan surau sementara yang dibina hasil gotong-royong mereka pada 2004.
"Di surau sementara ini, kami menjalankan aktiviti membaca Yasin dan tahlil, sembahyang terawih dan Maulidur Rasul selain aktiviti oleh golongan wanita serta tempat mesyuarat bagi jawatankuasa Rukun Tetangga," katanya ketika ditemui selepas majlis pecah tanah tapak surau baru itu oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan di sini baru-baru ini.
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Api-Api, Mohd. Farook Sheikh Dawood, 42, bersyukur kerana salah satu usaha bagi menambahkan kemudahan awam di taman tersebut tercapai.
Katanya, sebagai sebuah taman perumahan baru, masih banyak kemudahan awam yang diperlukan demi keselesaan masyarakat menjalankan aktiviti mereka termasuk dewan serbaguna yang boleh dijadikan pusat kegiatan penduduk khususnya untuk bermesyuarat.
"Selepas pembinaan surau, matlamat kami membina dewan serbaguna untuk manfaat penduduk Taman Sri Api-Api dan masyarakat sekitarnya," katanya.
Bagi Timbalan Pengerusi KRT, Mohd. Yusof Yunos, 55, pembinaan surau baru itu tepat pada masanya memandangkan umat Islam di taman tersebut semakin bertambah termasuk di kawasan yang baru.
"Ia juga diharap dapat meningkatkan lagi semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan penduduk termasuk golongan muda bagi bersama-sama mengimarahkan surau baru itu kelak," katanya.

Monday, February 27, 2012

Slogan Sabah for Sabahan perkecilkan rakyat Sabah

TAWAU 26 Feb. — Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpedaya dengan propaganda dan slogan pembangkang “Sabah for Sabahan” yang jelas memperkecilkan kemampuan sebenar rakyat Sabah.

Beliau berkata, slogan itu menunjukkan seolah-olah pemimpin Sabah hanya layak jadi pemimpin di peringkat negeri sedangkan kemampuan rakyat Sabah adalah lebih jauh daripada itu.
Bagi BN slogan yang sesuai untuk rakyat Sabah ialah ‘Rakyat Sabah Memimpin Malaysia’ selaras dengan kejayaan rakyat negeri ini memegang jawatan penting dalam pelbagai kementerian dan agensi selain sebagai menteri dan timbalan menteri persekutuan, katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat isu-isu semasa kepada UMNO Bahagian Kalabakan di sini hari ini.
"Ada yang menjadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Zinin. Ada yang menjadi Peguam Negara, iaitu Tan Sri Abdul Ghani Patail...dan pelbagai lagi jawatan di seluruh kementerian.
"Tentunya, seperti kita sedia maklum, (ada) menteri-menteri dan timbalan menteri persekutuan daripada Sabah. Kalau saya tidak silap semuanya sembilan menteri dan timbalan menteri,” katanya.
Menurut beliau, BN memberi pentas yang cukup luas kepada pemimpin dari Sabah untuk memberi khidmat dan bakti kepada rakyat di negara ini sama ada dalam Umno, BN ataupun dalam kerajaan melalui kementerian dan pelbagai agensi.
"Semangat ini perlu ditanamkan dan perlu memberi motivasi kepada rakyat Sabah bahawa orang-orang Sabah mampu untuk berbuat demikian. Kalau ada satu tajuk yang saya boleh berikan (maka tajuk itu) ialah “Rakyat Sabah Pemimpin Malaysia”, katanya.

Program Sabah.. 26 Feb 2012





Friday, February 24, 2012

KPF masih berpeluang sertai FGVH


KUALA LUMPUR: Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Bhd (KPF) masih berpeluang menyertai penyenaraian bersama FELDA Global Ventures Holding Bhd (FGVH) jika lapan peneroka yang memohon injunksi di Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini, menarik balik permohonan berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (kanan), berkata FELDA tidak pernah mengetepikan kepentingan peneroka dan yakin jika KPF dapat menyertainya, warga FELDA secara keseluruhannya akan menikmati faedah berpanjangan.
Beliau berkata, ketiadaan KPF dalam penyenaraian itu bukan saja dilihat merugikan peneroka, malah kakitangan FELDA sepatutnya turut mendapat manfaat daripada program itu juga turut terlepas peluang berkenaan.
Ini semua rancangan pembangkang, jika mereka (pembangkang) ingin menjaga kebajikan peneroka sepatutnya menyokong penyenaraian FGVH. - Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
“Ini semua rancangan pembangkang, jika mereka (pembangkang) ingin menjaga kebajikan peneroka sepatutnya menyokong penyenaraian FGVH. Sebenarnya, pembangkang sedar jika penyenaraian ini berjaya mereka akan kalah teruk pada pilihan raya umum akan datang.“Sebab itulah perkara ini dipolitikkan pembangkang kerana satu perempat daripada 222 kerusi Parlimen mempunyai FELDA dan jika kerajaan berjaya melonjakkan masyarakat FELDA, pembangkang akan gagal meraih sokongan peneroka.“Jadi, jika pembangkang sedar penyertaan KPF penting untuk peneroka, mereka harus menasihati lapan peneroka berkenaan yang saya yakin didalangi pembangkang untuk menarik balik permohonan injunksi itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Akhbar semalam melaporkan Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, mengumumkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia walaupun tanpa pembabitan KPF dan memberi jaminan akan terus menjaga kepentingan peneroka. Bagi tujuan berkenaan, FELDA akan mewujudkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) bagi menggantikan KPF ekoran perintah injunksi dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuantan, bertarikh 17 Februari lalu yang mengakibatkan Mesyuarat Perwakilan Khas sepatutnya berlangsung kelmarin terpaksa dibatalkan.Sementara itu, Ahmad berkata, pihaknya berharap KPF dapat menguasai 37 peratus kepentingan dalam penyenaraian berkenaan kerana yakin ia mampu memberi pulangan lumayan kepada peneroka dan kakitangan FELDA.

'Langkah menuju durian runtuh...'

ANAK tangga pertama penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) sekaligus "durian runtuh" yang amat dinantikan peneroka bakal dilalui, Rabu ini.

Sebelum warga Felda dapat menikmati ganjaran 'durian runtuh' paling istimewa ini - sekali imbas - 1,200 perwakilan ke mesyuarat tahunan khas (EGM) Koperasi Permodalan Felda, Khamis ini harus meluluskan penjualan 51 peratus ekuiti koperasi dalam FELDA Holdings Berhad (FHB) kepada FGVH.
Saya sebutkan "sekali imbas" kerana bagi memahami proses ini, hakikat sebenar harus dikupas terlebih dahulu.
Asas utama ialah faktor hakmilik. Koperasi Felda yang menjadi koperasi terbesar dalam negara kita, dengan perolehan RM15 bilion dan dividen 15 peratus setahun kepada ahli yang 80 peratus daripadanya adalah warga Felda, tidak menguasai syarikat yang akan disenaraikan - FGVH.
Ini berbeza dengan kedudukan Koperasi Felda di dalam Felda Holdings di mana ia menentukan pelantikan pengurusan dan lembaga pengarah anak syarikat Felda Holdings, ganjaran, serta pemberian kontrak.
Benar, pegangan 51 peratus Koperasi Felda dalam Felda Holdings akan diganti dengan ekuiti sama dalam FGVH. Namun, seperti penstrukturan korporat lain selepas proses Terbitan Saham Awal (IPO), saham Koperasi Felda dalam FGVH dijangka menguncup kepada 37 peratus.
IPO bermaksud adanya peratusan yang diapungkan serta tidak dimiliki pelabur yang menguasai syarikat.
Persoalan hakmilik syarikat gergasi seperti Felda Holdings, apatah lagi FGVH yang jauh lebih berpotensi dan milikan aset lebih besar, ketara ia isu yang emotif.
Bagi Kerajaan pula, pertimbangan paling utama pastinya kepentingan peneroka Felda - bagi memastikan warga Felda mencapai tahap lebih tinggi dalam perjalanan Felda yang bermula di Lurah Bilut, 54 tahun lalu.
Jika dilihat pada struktur syarikat FGVH, ia gergasi global yang mempunyai aset serta keupayaan luar biasa dalam membawa perubahan sekali gus membuat keputusan perniagaan.
Selenggara
Penanaman semula contohnya, bakal di selenggarakan dengan lebih meluas dan pantas, sekaligus berupaya menambah dana dan aset syarikat.
Tidak seperti Felda Holdings, FGVH dapat meraih hak komersial tanah perladangan milik Kerajaan seluas 350,000 hektar selepas termeterainya perjanjian pajak dengan Kerajaan. Juga entiti yang bakal disenaraikan mempunyai hasil minyak sawit mentah (CPO) berjumlah 3.2 juta metrik tan setahun.
FGVH turut menguasai aset dan perniagaan lain, termasuk pegangan terbesar dalam syarikat gula MSM yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Setakat ini, FGVH memiliki 49 peratus ekuiti di dalam Felda Holdings yang terbabit dalam pelbagai aktiviti antaranya pemprosesan minyak sawit, aktiviti hiliran dan logistik minyak sawit serta getah, koko, IT serta perkhidmatan keselamatan.
Entiti yang akan disenaraikan kelak, yakni FGVH menawarkan untuk membeli 51 peratus pegangan dalam Felda Holdings daripada Koperasi Felda. Inilah keputusan yang akan harus dilakukan oleh perwakilan ke EGM Khamis ini.
Jawapan "ya" membolehkan penstrukturan semula serta kemungkinan pelupusan aset tidak-kekal tegar Felda Holdings.
Apa pula nasib peneroka sekiranya jawapan yang diberi ialah "tidak.'?
Apakah Kerajaan akan meneruskan rancangan penyenaraian FGVH sekiranya perwakilan ke EGM Koperasi Felda menolak penjualan saham dalam Felda Holdings kepada FGVH?
Tidak menghairankan - berdasarkan fakta yang ada - Kerajaan tetap dengan keputusannya menyenaraikan FGVH walaupun tanpa penyertaan Koperasi Felda.
Kekurangan 51 peratus ekuiti Felda Holdings sememangnya bermakna penguasaan saham FGVH lebih rendah, namun ia masih mempunyai kelebihan aset seperti tanah perladangan 350,000 hektar serta hasil minyak sawit mentah. Ini tetap menjadikan FGVH antara 10 syarikat gergasi di Bursa Malaysia.
Berdasarkan komitmen Kerajaan dan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada peneroka, perolehan penyenaraian FGVH tetap akan disalurkan kembali kepada peneroka - sama ada Koperasi Felda menyertai proses ini ataupun tidak. Perolehan RM3 ke RM4 bilion ini boleh diuruskan menerusi badan Yayasan ataupun amanah saham.
Difahamkan, walaupun FGVH tidak menguasai Felda Holdings, entiti yang bakal disenaraikan ini masih berkebolehan menguasai perniagaan dan syarikat Felda Holdings melalui urusan korporat serta pemberian kontrak tidak langsung.
Peneroka tidak akan rugi sekalipun Koperasi Felda enggan bersama proses penyenaraian. Lain pula halnya dengan keupayaan Koperasi Felda mengekalkan dividen dan bonus tahunan pada tahap 15 peratus kepada ahli, memandangkan Felda Holdings adalah penyumbang terbesar pemberian dividen Koperasi Felda - sekitar 50 peratus dengan perwakilan 20 peratus Felda Holdings daripada pelaburan Koperasi Felda.
Aset Felda Holdings bakal disalurkan ke FGVH, menyebabkan Felda Holdings tidak lagi mampu mengekalkan kadar pemberian dividen kepada Koperasi.
Ini akan memaksa Koperasi bergantung kepada aset lain sekali gus bertindak meningkatkan pelaburan.
Tiada kepastian bahawa Koperasi Felda berkebolehan mengekalkan prestasi kewangan sekarang pada era pasca-penyenaraian, sekiranya perwakilan memilih tidak bersama FGVH.
Hakikatnya, jika dibandingkan pegangan 37 peratus yang akan berkembang dengan pemilikan sentimental yang menguncup, pilihan yang ada pada perwakilan tentu sekali sangat jelas
Janganlah tersilap langkah, kerana bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, tersilap keputusan, buruk kesannya.
Fikirkanlah kegemilangan Felda dan masa depan warga dan generasi akan datang.

Majlis Perasmian Akademi Seni Beladiri di Kolej Negeri, Seremban 2

Ingat 5P: Perubahan, Pendidikan, Perniagaan, Perpaduan dan Politik untuk Melayu Maju di Negara ini..
Antara yang hadir program perasmian 
Pertunjukan Seni Silat Kalam di Perasmian Akademi Seni Beladiri di Kolej Negeri, Seremban 2
Bersama "Hang Tuah" Liama bersaudara di Seremban

Mesyuarat MT (23/2/2012) - Sidang Media

Thursday, February 23, 2012

UMNO sedia berdialog, bincang dengan semua NGO termasuk JATI

SHAH ALAM 22 Feb. - UMNO sentiasa membuka ruang dan bersedia untuk berdialog dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) termasuk JATI dalam semua hal terutamanya isu semasa membabitkan kepentingan bangsa dan agama.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO mengalu-alukan mana-mana sahaja NGO yang mahu berjumpa dengan parti tunjang pemerintah bagi mendapatkan penjelasan atau berbincang tentang sebarang isu semasa ataupun kekeliruan berhubung sesuatu perkara di peringkat kerajaan mahupun parti itu.
"Kita terima sesiapa sahaja, UMNO tidak memilih mana-mana NGO walaupun NGO daripada bangsa lain dalam membincangkan hal-hal bagi kebaikan bersama,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah sempena Program Rapat Umum 1Malaysia bersama Warga Pendidik di sini, hari ini.
Seramai 389 guru daripada sekolah-sekolah Bahagian Kapar hadir pada majlis penerangan itu.

Rapat 1Malaysia: Warga Pendidikan di Shah Alam






Tuesday, February 21, 2012

the sunday post


Dakwaan Taib liabiliti kepada BN tidak bersandarkan fakta

KUCHING 18 Feb. - Dakwaan bahawa Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) hanyalah satu persepsi dan ia tidak bersandarkan fakta.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Ketua Menteri itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajuinya tetap berjaya menyapu bersih kesemua 35 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya negeri tahun lalu.
Malah, katanya, rakyat juga memberikan mandat kepada Abdul Taib untuk terus menerajui negeri ini dengan kemenangan majoriti dua per tiga sekali gus menolak calon Ketua Menteri pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Baru Bian.
“Walau apa sahaja orang sebut mengenai Ketua Menteri (Abdul Taib), faktanya semua kerusi PBB yang ditandingi pada pilihan raya negeri lalu tiada satu pun yang kalah.
“Ia jauh berbeza dengan PKR yang kalah amat teruk dan memalukan hanya tiga kerusi daripada 49 yang ditandingi manakala PBB menang 100 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan pada sesi Dialog dan Penerangan Isu Semasa Bersama Media Massa Sarawak yang turut dihadiri Pengarah Penerangan Negeri, Resat Salleh, di sini malam tadi.
Mengenai pelbagai tuduhan pembangkang dan musuh politik kepada Abdul Taib dalam isu salahguna kuasa dan kekayaan, Ahmad berkata, perkara itu mesti dibuktikan dengan fakta yang sah.
“Ketua Menteri ini menghadapi seribu satu tuduhan tetapi tiada satu pun pendakwaan dilakukan kepadanya,” katanya.
Sementara itu, Ahmad yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau optimis bahawa undi masyarakat Cina masih bersama BN pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, sebagai kumpulan masyarakat yang rasional dan cekap kira-kira untung dan rugi, orang Cina pasti membuat keputusan terbaik pada pilihan raya umum nanti kerana ia berkaitan masa depan mereka.
“Mereka tahu untung nasib mereka dan parti mana yang boleh memerintah sambil mengekalkan kemakmuran ekonomi,” katanya.

BN perlu guna formula 4M hadapi PRU13

KUCHING 18 Feb. - Jentera penerangan Barisan Nasional (BN) disaran menggunakan formula empat 'M' iaitu media bersemuka, media cetak, media digital dan media elektronik dalam usaha memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, empat 'M' itu merupakan pendekatan penting dalam mendampingi rakyat dan berharap jentera penerangan BN akan menggunakan formula tersebut.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, BN bagaimanapun tetap meneruskan usaha melalui media bersemuka termasuk mengadakan pertemuan dengan orang ramai seperti dari rumah ke rumah, selain menganjurkan pelbagai siri ceramah.
“Selain itu, kami akan mengedarkan bahan cetak merangkumi buku atau risalah pada majlis anjuran BN,” katanya selepas menghadiri majlis jentera penerangan BN di sini hari ini.
Ahmad berkata, sementara penggunaan media digital atau media baru, seperti blog, laman sosial Facebook perlu diikuti kerana ia merupakan medium pilihan golongan muda pada masa kini.
"Anak muda tak minat datang ceramah, mereka suka baca blog jadi kita kena ikut dan jangan tertinggal daripada media maya," katanya.

ANWAR DAN NIK AZIZ

1. Kita meminta Anwar dan Nik Aziz agar jangan lari ikut pintu belakang dalam isu sokong Israel. Nik Aziz tidak ada 'legitimacy' untuk terima penjelasan Anwar secara peribadi sebab semua orang tahu bahawa Nik Aziz adalah rakan kongsi politik Anwar Ibrahim. 

2. Sebelum ini pun terbukti Nik Aziz sentiasa memihak kepada Anwar dalam kes liwat dan video seks. Pendirian dan prinsip Nik Aziz tidak ada kredibiliti sebab beliau ulamak politik. 

3. Kita semua mendesak Anwar memberi penjelasan kepada Majlis Syura PAS jika berani. Penjelasan kepada Nik Aziz seorang diibaratkan sebagai suatu adegan lakonan politik sahaja. Jika takut nak berdepan dengan Majlis Syura PAS maka tak perlulah heboh heboh nak berdebat dengan PM. Lagipun Anwar bukan presiden mana mana parti, cuma jawatan dilantik isteri. 

4. Beliau anggap hanya Nik Aziz yg penting & ahli2 Majlis Syura PAS itu tidak penting..beliau juga anggap perasaan umat Islam ttg Palestin & Israel itu tidak sepenting cita2 politik peribadinya utk menawan Putrajaya..Ingatlah bahawa kenyataan itu telah merobek perasaan umat Islam. 

5. Adakah beliau tidak sedar bahawa seluruh dunia Islam sedang memerhatikan tingkah lakunya berhubung kenyataan dia iaitu ''I support all efforts to protect the security of the state of Israel''..

Program dan program lagi..

















Tuesday, February 14, 2012

'Felda Global market cap to hit RM21b upon listing'

KUALA LUMPUR -- Felda Global Ventures Holdings Bhd's (FGVH) market capitalisation is expected to touch RM21 billion upon its listing on Bursa Malaysia Main Board, slated to be on May 10, said Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk Ahmad Maslan.

FELDA GLOBAL LISTING

The current market capitalisation of Felda's commercial arm is at RM3 billion.
"That will make Felda Global Ventures as one of the blue-chip companies in the global plantation industry," he said during a briefing to some 1,300 Felda personnel on the listing process, here today.
He said investors of Felda Global Ventures will get pre-and post-listing dividends.     He, however, declined to reveal further details, saying it will be announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
"The whole negotiation process before the initial public offering (IPO) is 90 per cent complete. Therefore, once it is completed, the Prime Minister will make the announcement."
Ahmad Maslan also said Koperasi Permodalan Felda (KPF) would be the single largest shareholder of Felda Global Ventures with a 37 per cent stake.
Among the other shareholders will be settlers, state governments and Bumiputera investors, institutional investors and foreign investors.
"We have finalised the shareholders. Companies like Permodalan Nasional Bhd, Employees Provident Fund and Amanah Saham Nasional Bhd will have their stake in the company after listing," he said.
Ahmad Maslan said a new investment holding company, Felda Asset Holdings Company had been established to control and manage KPF's 37 per cent stake in Felda Global Ventures.
This is to prevent KPF from selling Felda Global Ventures' stake to unwanted parties in the future, he said.
"Felda Asset Holdings Company will have representatives from the Prime Minister's Department, Ministry of Finance, Felda, Felda Global Ventures and KPF. These representatives will be appointed by Datuk Seri Najib Tun Razak."
Ahmad Maslan also said Felda Global Ventures had narrowed down its choice of global partners to two companies both of which are very big and successful.
Felda is still negotiating with the two entities and announcements will be made once the negotiations are completed, he said, adding that the global partner will diversify the group's network and open up more markets for them.

Felda Aset jaga hak peneroka

Syarikat pelaburan kawal 37 peratus saham milik KPF dalam FGVH di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan menubuhkan Felda Aset Holdings Company (Felda Aset), sebuah syarikat pegangan pelaburan bagi mengawal dan menguruskan kepentingan 37 peratus saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 10 Mei depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ahmad Maslan, berkata Felda Aset akan memiliki Lembaga Pengarah yang terdiri daripada wakil JPM, Kementerian Kewangan, KPF dan FGVH untuk menjamin masa depan ekuiti pegangan koperasi yang mewakili 112,635 peneroka itu, selamat dan terpelihara.
“Penubuhan Felda Aset bertujuan mengelakkan KPF daripada bertindak sewenang-wenangnya menjual kepentingan dalam FGVH kepada pihak yang tidak diingini pada masa depan,” katanya selepas perjumpaan dan sesi penerangan komprehensif dengan 1,300 pemimpin dan wakil FELDA dari 317 tanah rancangan di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, Felda Aset hanya memiliki kuasa membuat undian saham, manakala KPF kekal memegang kuasa perniagaan dalam FGVH.

Beliau juga menjelaskan KPF yang menjadi pusat simpanan dan pelaburan peneroka, dilantik sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam FGVH sebanyak 37 peratus bertujuan memastikan hak peneroka serta generasi seterusnya terjamin dan terbela.

“Selain KPF sebagai pemegang saham tunggal terbesar, peneroka dan pelabur institusi seperti Permodalan Nasional Bhd, KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) serta Tabung Haji mempunyai kepentingan dalam FGVH. 
“Kumpulan lain yang akan diberikan hak keistimewaan memegang kepentingan saham dalam FGVH, termasuk kakitangan FELDA, kerajaan negeri, rakyat Malaysia terpilih dan pelabur asing,” katanya.

Ahmad berkata, apabila disenarai kelak, permodalan pasaran FGVH yang kini hanya kira-kira RM3 bilion, melonjak tujuh kali ganda kepada RM21 bilion dan muncul sebagai antara syarikat perladangan senaraian awam terbesar di dunia.

“Tarikh penyenaraian FGVH ditetapkan pada 10 Mei ini, manakala proses dokumentasi yang diperlukan bagi penyenaraiannya, termasuk pembahagian saham dan nilai tawaran awam permulaan (IPO) sudah 90 peratus lengkap,” katanya.

Mengenai durian runtuh yang akan diberikan kepada peneroka sempena penyenaraian FGVH, Ahmad berkata, ia akan dibuat dua kali, iaitu sebelum dan selepas FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia.

“Semuanya (jenis pemberian dan nilai durian runtuh) sudah ada... hanya tunggu Perdana Menteri mengumumkannya mungkin bulan ini,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK), Mazlan Aliman mendakwa FELDA Holdings Berhad akan mengalami defisit RM1.5 bilion setahun jika rancangan penyenaraian diteruskan.

Mazlan dilaporkan berkata, FELDA pada tahun lalu secara purata memperoleh pendapatan RM2.4 bilion setahun dengan perbelanjaan RM2 bilion menyebabkannya memperoleh lebihan pendapatan dan keuntungan RM400 juta.

FGVH adalah cabang perniagaan FELDA yang terbabit dalam perniagaan pertanian dengan penumpuan dalam sektor perladangan sawit dan getah, selain menanam serta memproses tebu sebagai gula. Syarikat yang ditubuhkan pada 2009 itu turut menjalankan perniagaan global seperti minyak dan lemak, oleokimia, logistik dan perkhidmatan di sebanyak 13 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan dan Asia Barat menerusi lebih 80 syarikat aktif.

Permodalan pasaran Felda Global Ventures diunjur cecah RM21 bilion



KUALA LUMPUR: Pemodalan pasaran Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) dijangka mencecah RM21 bilion apabila penyenaraiannya di Papan Utama Bursa Malaysia, yang dijadualkan pada 10 Mei ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. 

Permodalan pasaran ketika cabang komersial FELDA itu pada RM3 bilion.  "Itu akan menjadikan FGVH sebagai satu daripada syarikat saham mewah dalam industri perladangan global," kata beliau semasa taklimat kepada kira-kira 1,300 kakitangan Felda mengenai proses penyenaraian berkenaan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pelabur FGVH akan mendapat dividen pra dan pasca penyenaraian. 

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan maklumat lanjut dan berkata, ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


FGVH dijangka lonjak RM21b



Ahmad Maslan bersama kepimpinan rancangan Felda melaungkan sokongan terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings ke Bursa Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Feb. – Nilai modal pasaran Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dijangka melonjak kepada RM21 bilion apabila syarikat itu disenaraikan di Bursa Malaysia pada 10 Mei depan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding nilai modal pasaran FGVH sebanyak RM3 bilion pada masa ini.
Menurut beliau, sebanyak 37 peratus saham syarikat itu bakal dimiliki oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) manakala bakinya diperuntukkan mengikut formula tertentu kepada syarikat milik kerajaan (GLC) terpilih dan beberapa pelabur dari luar negara.
“Sebelum penyenaraian, KPF memiliki sebanyak 51 peratus daripada pegangan FGVH. Namun, pegangan 37 peratus daripada RM21 bilion sudah tentu jauh lebih besar berbanding 51 peratus daripada RM3 bilion.
“Selain itu, pegangan GLC dalam FGVH membolehkan rakyat turut menikmati keuntungan yang dihasilkan manakala syarikat tersebut perlu ada satu atau dua pelabur asing agar lebih mudah melebarkan sayapnya ke luar negara,” katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan kepimpinan 317 tanah rancangan Felda di Dewan Perdana Felda, di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Besar Felda, Datuk Suhaimi Zainuddin; Timbalan Pengarah Besar Felda (Pembangunan Komuniti), Faizoull Ahmad dan disertai kira-kira 1,300 ketua peneroka, ketua persatuan belia, pengurus rancangan dan pegawai kanan Felda dari seluruh negara.
Kata Ahmad, Felda Asset Holding Company (FAHC) yang bertindak selaku syarikat pemegang pelaburan telah ditubuhkan baru-baru ini bagi memastikan kepentingan KPF dalam FGVH tidak dijual dengan sewenang-wenangnya kepada pihak tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, Lembaga Pengarah FAHC bakal dianggotai wakil dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Felda, FGVH dan KPF.
“Ingin diperjelaskan, FAHC hanya memiliki kuasa mengundi. KPF pula menerima semua keuntungan daripada pegangan sahamnya dalam FGVH,” katanya.
Ahmad berkata, cadangan berkaitan pegangan saham dalam FGVH dan penubuhan FAHC akan dibentangkan dalam mesyuarat agung KPF pada 22 Februari ini.
“Saya yakin KPF menyambut baik cadangan tersebut setelah mendengar penjelasan tentang penyenaraian FGVH secara terperinci dalam majlis perjumpaan ini,” katanya.
Ketika berucap pada majlis sama, Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO turut membuang Buku Jingga yang mengandungi manifesto pakatan pembangkang ke dalam tong sampah sebagai simbolik membantah fakta tidak tepat berkaitan Felda di dalam buku itu.
Sementara itu, di Pontian, Ahmad berkata, Barisan Nasional (BN) bukan sebuah parti politik perkauman, sebaliknya bergerak dalam sebuah kumpulan yang mewakili 13 parti dengan pelbagai kaum.
Sebaliknya, kata Ahmad, parti dalam pakatan pembangkang lebih perkauman walaupun mereka mendakwa mewakili kaum lain tetapi ia dalam bilangan yang kecil.
“BN bukan bergerak atas tiket UMNO sahaja tetapi parti komponen yang lain seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP serta parti lain di Sabah dan Sarawak berbanding parti pembangkang,” katanya.

Permodalan pasaran FGVH diunjur cecah RM21b

KUALA LUMPUR 13 Feb. — Pemodalan pasaran Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) dijangka mencecah RM21 bilion apabila penyenaraiannya di Papan Utama Bursa Malaysia, yang dijadualkan pada 10 Mei, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Permodalan pasaran semasa cabang komersial Felda itu pada RM3 bilion.
"Itu akan menjadikan Felda Global Ventures sebagai satu daripada syarikat saham mewah dalam industri perladangan global,” kata beliau semasa taklimat kepada kira-kira 1,300 kakitangan Felda mengenai proses penyenaraian berkenaan, di sini hari ini.
Beliau berkata, pelabur Felda Global Ventures akan mendapat dividen pra dan pasca penyenaraian.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan maklumat lanjut, dengan berkata ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Keseluruhan proses rundingan sebelum tawaran awam permulaan (IPO) 90 peratus siap. Oleh itu, sebaik sahaja selesai, Perdana Menteri akan membuat pengumuman.”
Ahmad Maslan juga berkata, Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan menjadi pemegang saham tunggal terbesar Felda Global Ventures dengan 37 peratus kepentingan.
Antara pemegang saham lain adalah peneroka, kerajaan negeri dan pelabur Bumiputera, pelabur institusi dan pelabur asing.
"Kami telah memuktamadkan para pemegang saham. Syarikat-syarikat seperti Permodalan Nasional Bhd., Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Amanah Saham Nasional Bhd. akan mempunyai kepentingan mereka dalam syarikat selepas penyenaraian,” kata beliau.
Ahmad Maslan berkata, syarikat pegangan pelaburan yang baru, Felda Asset Holdings Company telah ditubuhkan untuk mengawal dan mengurus kepentingan 37 peratus KPF dalam Felda Global Ventures.
Ini untuk mengelakkan KPF daripada menjual kepentingan Felda Global Ventures kepada pihak yang tidak diingini pada masa akan datang, katanya.

Ramai ahli muda UMNO tak daftar

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Majoriti daripada 400,000 ahli UMNO yang belum mendaftar sebagai pengundi adalah golongan muda dan pelbagai usaha akan dipertingkatkan bagi memastikan mereka tersenarai sebagai pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Pemuda dan Puteri UMNO telah diarah memberi perhatian terhadap usaha tersebut.
"Kami berharap dalam tempoh dua minggu ini, usaha mengesan dan mendaftar kumpulan ini sebagai pengundi berhasil, itupun jika tarikh pilihan raya umum ditetapkan selepas tiga bulan," katanya selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana anjuran Puteri UMNO yang turut dihadiri oleh Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di PWTC di sini hari ini.
Menurut Ahmad, usaha itu perlu dilakukan secara berterusan walaupun tarikh pilihan raya umum ditetapkan lebih awal dari tempoh tersebut.
"Jika kumpulan ini hanya sempat didaftarkan tetapi tidak tersenarai sebagai pengundi, mereka boleh membantu jentera pilihan raya nanti," katanya.
Sementara itu, Rosnah berkata, seramai 40,000 daripada kira-kira 380,000 ahli Puteri UMNO dikesan masih belum mendaftar sebagai pengundi.
"Kami memandang serius perkara ini dan akan pastikan mereka berdaftar termasuk cuba mengesan mereka kerana ada ahli berpindah termasuk menyambung pengajian ke luar negara," katanya.
Menurutnya, Puteri UMNO akan meningkatkan kerjasama dengan Pemuda UMNO untuk mengesan mereka masih belum mendaftar.
"Kami sentiasa mengingatkan ahli supaya berdaftar sebagai pengundi dan maklum balas yang diterima amat memberangsangkan," katanya.
Rosnah berkata, sepanjang tempoh 2009-2011 seramai 100,000 ahli Puteri UMNO mendaftar sebagai pengundi.

Monday, February 13, 2012

Puteri, Pemuda Digesa Pergiat Usaha Daftar Ahli Sebagai Pengundi

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO digesa supaya mempergiatkan usaha untuk mendaftar ahli UMNO terutamanya golongan muda sebagai pengundi.
Gesaan dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berkata usaha berkenaan perlu dilakukan secepat mungkin sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.
“Saya harap masih sempat jika dibuat (pendaftaran) dalam seminggu dua ini kerana proses pendaftaran mengambil masa selama tiga bulan sebelum mereka yang mndaftar boleh mengundi,” katanya selepas melancarkan Program Penerangan Perdana Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai pendedahan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa hampir 400,000 ahli UMNO belum mendaftar sebagai pengundi.
Ahmad berkata jika pendaftaran sebagai pengundi tidak sempat dilakukan, ahli UMNO itu boleh membantu sebagai jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata 86 peratus daripada kira-kira 380,000 anggota pergerakan itu telah mendaftar sebagai pengundi.
“Puteri mempunyai ahli berusia 18 hingga 21 tahun yang agak ramai. Masalah yang kita hadapi ialah susah untuk mengesan ahli kita ini, mungkin kerana mereka telah berpindah dari alamat asal, sama ada telah berhijrah di dalam negeri atau luar negara.
“Antara kaedah kita gunakan ialah kita hantar surat melalui pos untuk mengingatkan mereka bahawa mereka sudah layak mengundi dan ini kita lakukan secara berterusan,” katanya.

11 Feb 2012