Thursday, February 9, 2012

Pemberian bantuan kerajaan bukan untuk pancing undi

CAMERON HIGHLANDS 7 Feb. – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah bukan bertujuan memancing undi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Sebaliknya, beliau berkata, bantuan berkenaan semata-mata untuk mengurangkan beban rakyat.
"Mereka (pembangkang) memburuk-burukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ceramah-ceramah mereka dengan mengatakan semua bantuan itu, pada tahun ini adalah untuk pilihan raya akan datang.
"Ini semua tidak betul. Saya nak jelaskan di sini bahawa bantuan itu bukan untuk membeli undi kerana kita bukan berada dalam suasana berkempen setelah dibubarkan Parlimen, malah ia adalah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ketujuh,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penerangan Perdana anjuran UMNO Cawangan Kampung Raja di sini, hari ini.
Ahmad berkata, kejayaan kerajaan melaksanakan pelbagai bentuk bantuan seperti BR1M dan bantuan RM100 kepada kanak-kanak bersekolah dicemburui pembangkang dan menyebabkan mereka melemparkan tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment