Tuesday, February 14, 2012

Permodalan pasaran Felda Global Ventures diunjur cecah RM21 bilion



KUALA LUMPUR: Pemodalan pasaran Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) dijangka mencecah RM21 bilion apabila penyenaraiannya di Papan Utama Bursa Malaysia, yang dijadualkan pada 10 Mei ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. 

Permodalan pasaran ketika cabang komersial FELDA itu pada RM3 bilion.  "Itu akan menjadikan FGVH sebagai satu daripada syarikat saham mewah dalam industri perladangan global," kata beliau semasa taklimat kepada kira-kira 1,300 kakitangan Felda mengenai proses penyenaraian berkenaan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pelabur FGVH akan mendapat dividen pra dan pasca penyenaraian. 

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan maklumat lanjut dan berkata, ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


No comments:

Post a Comment