Thursday, February 2, 2012

Sikap Anak hanya bermotif politik



FELDA telah membawa kemakmuran kepada generasi yang sebelum ini tidak mempunyai tanah. - Gambar hiasan


PERSATUAN Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) pimpinan Mazlan Aliman nampaknya buat perangai lagi. Kali ini menampilkan sekali seorang 'pakar ekonomi' yang secara kebetulan juga merupakan pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan untuk menyatakan pandangan negatif mereka terhadap program penyenaraian.
Kali ini mereka umumkan kepada media yang sekiranya dilaksanakan, pajakan tanah Felda kepada FGV akan menyebabkan Felda mengalami defisit sebanyak RM1.5 bilion.
Saya ingin bertanya, berapa ramai pakar ekonomi, ahli perniagaan yang ada di dalam Anak ini sehingga mampu nampak dan selongkar cacat cela program ini yang tidak dapat dikesan staf, tenaga kerja dan bijak pandai di dalam Felda?
Lebih utama lagi, mengapa kita harus dengar kata-kata mereka yang semua kenal mempunyai kepentingan politik? Apakah tiada kemungkinan slogan 'Demi kepentingan peneroka' ini hanyalah satu lagi permainan politik?
Anak nampaknya mampu membuat telahan sempurna tentang kesan proses ratusan juta ini dengan berpandukan hanya sebuah dokumen yang mereka peroleh.
Perbuatan mereka ini seolah-olah merendahkan kredibiliti tenaga pakar Felda yang bersusah-payah menerangkan dan merancang program transformasi Felda menerusi pelbagai kajian dan perbincangan dengan agensi kerajaan, persatuan peneroka dan bank antarabangsa.
Anak secara tidak lansung cuba mempersoalkan reputasi institusi yang terlibat dan menonjolkan diri mereka sebagai alternatif untuk digunapakai.
Mujur Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pantas menjawab tuduhan mereka dan mengingatkan yang Felda juga ada bijak pandainya dan sudah ada perancangan utuh yang untungkan warga Felda, peneroka dan generasi baru.
Saya pasti kemajuan yang hendak dicapai daripada penyenaraian ini sudah jelas kepada semua.
Yang berbaki hanyalah permainan politik emosi sempit yang hanya akan merugikan warga Felda. Saya yakin kita semua cukup bijak dan tidak terikut-ikut sekali di dalam permainan ini.

No comments:

Post a Comment