Thursday, February 9, 2012

Transformasi PM dapat sokongan rakyat


Ahmad Maslan bersalaman dengan peneroka Felda Sungai Koyan selepas mengadakan sisi penerangan isu-isu semasa di Kuala Lipis, Pahang, Kelmarin.


KUALA LIPIS 6 Feb. - Transformasi ekonomi dan pentadbiran yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membawa perubahan serta kemajuan negara semakin diyakini dan terus mendapat sokongan rakyat.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, transformasi yang diperkenalkan kerajaan itu menyebabkan pembangkang kini hilang punca dan terus terdesak untuk mencipta isu-isu baru serta menabur fitnah meracuni fikiran rakyat.
Menurutnya, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Bantuan Persekolahan 1Malaysia (BP1M), Bantuan Baucer 1Malaysia (BB1M) dan Klinik 1Malaysia adalah antara 10 transformasi Sentuhan Rakyat yang dilakukan oleh kerajaan dan mendapat sambutan menggalakkan.
''Sehubungan itu, saya harap ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) jangan leka dengan pembangkang yang kini hilang punca berikutan sokongan rakyat terhadap transformasi yang dilakukan oleh Najib.
''Rakyat kini semakin yakin dengan pelbagai transformasi kerajaan, malah sokongan terhadap kerajaan dan BN terus meningkat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Isu-isu Semasa Siri Penerangan di kawasan Parlimen Cameron Highlands di Felda Sungai Koyan, di sini malam tadi.
Menurut beliau, segala tohmahan pembangkang termasuk mendakwa kerajaan meminjam wang bagi BR1M dan barangan KR1M tidak berkualiti ternyata meleset dan mereka seperti hilang punca serta terdesak ekoran sokongan rakyat terhadap transformasi berkenaan.
"Pemimpin, ahli UMNO dan BN perlu andakan aktiviti turun padang menerusi program Juara Rakyat.
"Setiap masalah rakyat perlu diatasi sambil memberi penerangan dan penjelasan berkaitan isu semasa kepada akar umbi," katanya.

No comments:

Post a Comment